Monday, July 04, 2011

BERSIH 2.0; apa ada hal?

ubi tu pulsas, ego vapulo tantum, Libertas pauperis hac est; Pulsatus rogat, & pugnis concisus, adorat, Ut liceat paucis cum dentibus inde reverti -Juvenal, Satires, III, 289-90, 299-301

(Catatan usai siap artikel ini ditulis; Gua mula-mula ingat nak tulis hal BERSIH 2.0 ni guna framework John Locke, tapi gua tau nanti mesti ada yang tuduh gua anasir Barat punya! So gua dengan rendah diri guna kerangka gua sendiri je la, logik akal 'Intelligible', paling tidak pun rasional yang mengandungi nafs, qalb, aql, ruh, sirr, khafiy dan akhfa. Pun gua masih stim nak hurai bab sub-conscious mind reform mengenai dalam political will ni guna item unitheoryia, measuremyiopia dengan regressonia, tapi nanti panjang sangat lu orang lebam lak nak baca, nanti rajin sikit gua cuba tulis!)

Gua selalu pening kalau nak kena fahamkan set-set UMNO-BN ni antara knowledge by presence dengan acquired knowledge semasa nak cerna Utusan dengan fakta TV 3. Selain TV3, iklan-iklan RTM, Utusan Malaysia dan lebih 2000 laporan polis, BERSIH 2.0 telah mencetuskan perdebatan yang panjang di antara penyokong dan penentangnya.

Gua fikir tak ada perkara yang lebih baik buat BERSIH 2.0 selain dari publisiti percuma akibat kempen 'anti-BERSIH' oleh pihak UMNO-BN.


Dengan tangkapan mencecah 150 orang (sehingga tulisan ini ditulis) dan provokasi berterusan, tiada cara yang lebih baik untuk menyekolahkan anak muda tentang kempen BERSIH 2.0 ini.

Namun kejayaan kempen 'anti-BERSIH' oleh UMNO-BN ini juga bergantung rapat kepada sejauh mana anak muda negara ini berusaha untuk memahami sisi-sisi linear dan vertikal yang saling silang menyilang diantaranya.

'Signal'
1. Lu orang fikir tak sebenarnya perhimpunan BERSIH 2.0 ni bukan sebab nak hantar memorandum sangat pun. Setakat hantar memorandum pada Sultan, apa ada hal? Lu Ambiga pergi sorang pun boleh. Tapi kekuatan untuk mengumpul rakyat (dalam masa yang sama) menyampaikan mesej bahawa 8 tuntutan yang masih tidak selesai mendapat perhatian ramai akan memberi mesej kepada seluruh negara masih terdapat perkara yang tidak mampu diselesaikan oleh UMNO-BN.

Perkara yang tidak dapat diselesaikan oleh UMNO-BN?

Ya, bayangan berkumpulnya 100 ribu orang di tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan kilauan baju kuning (eh, bukan warna diraja?) memang sesuatu yang akan memburukkan transformasi pembaharuan pasca-Najib dan Rosmah.

Bukan memorandum, ingat! Mesej inilah yang sebenarnya hendak dibawa oleh BERSIH 2.0 yang tidak dapat dijawab oleh UMNO-BN. (Gua fikir UMNO-BN kena selesaikan 8 tuntutan tu, apa ada hal? Lu orang kecoh sangat..selesai 8 tuntutan tak ada lah Ambiga tu sibuk-sibuk lagi nanti)

Alat
2. Lepas tu semua orang sibuk cakap pasal BERSIH 2.0 yang dah jadi alat pembangkang. Kamon, what the heck? Dah memang terang-terang BERSIH 2.0 ni alat pembangkang. Apa ada hal? Kalau polis, SPR, RTM, TV3, Utusan semua boleh jadi alat UMNO-BN, apa ada hal kalau BERSIH 2.0 jadi alat pembangkang?

Pembangkang pun memerlukan utiliti, salah satu yang popular sekarang adalah NGO-NGO yang poyo konon letak NGO-driven padahal mana ada perkara seperti 'non-partisan' dalam dunia ni?

Lu orang pun semua tak payah nak poyo sangat, mengaku non-partisan. Paling-paling pun, Tuhan tahu lu orang semua pun ada kecenderungan.

So, apa ada hal?

Alasan
3. Hah, yang ni paling best. Gua tengok sampai 2000 lebih laporan polis. Tu belum kira 6000 tanda tangan oleh peniaga di Jalan TAR. Persatuan pelancong kata rugi nanti sampai juta-juta pelancong tak jadi masuk KL. Persatuan peniaga kata rugi, pemandu teksi kata rugi, pakat-pakat semua tolak demonstrasi aman BERSIH 2.0 ni.

Lawak sungguh. Dalam banyak demonstrasi yang sempat gua join, huru hara hanya terjadi akibat provokasi pihak polis. Kalau polis tak sembur air, tembak gas, apa hal pula budak-budak demo ni nak huru hara? Gua fikir Ambiga pun pandai, takkan dia nak kumpul 100'000 orang untuk buat KL jadi huru hara?

Tu belum kira dengan masyuk kira-kira kalau setiap orang belanja RM10 (darab dengan 100'000 orang), berapa banyak keuntungan pulangan kepada peniaga sekitar Jalan TAR pada hari tersebut?

Yang betul-betul jadi hal gua tengok set-set Pekida, Perkasa dengan Pemuda UMNO nak turun sekali. Ok, nak harap polis jaga demonstrasi memang tak boleh harap, depa boleh pakat nak turun sama, lu orang fikir perhimpunan ni boleh jadi aman ke?

Kamon..ni semua alasan..perhimpunan ke, demonstrasi ke, kalau dijaga oleh polis dengan cara yang betul tanpa wujud provokasi, memang boleh jadi aman. Masalahnya sekarang alasan UMNO-BN untuk menggambarkan kepada orang ramai bahawa setiap perhimpunan atau demonstrasi akan membawa bala bencana. Ok, paling kelakar siap buat demo haram sambil huru harakan Penang. (Boi, pemikiran jenis apa ni?)

Ala-ala 'Tahrir Square'
4. Dan ada juga yang bangang dok tanya, apahal tak buat kat stadium? Aduh, susah sangat ke lu orang nak fikir? BERSIH 2.0 terwujud akibat dari 8 tuntutan yang tak terselesai. 8 tuntutan ini dijadikan alasan oleh pembangkang untuk menunjukkan kepada seluruh negara bahawa masih wujud perkara-perkara yang tidak diberi perhatian oleh pihak UMNO-BN.

Dan perlu diingat, 8 tuntutan ini adalah perkara yang paling fundmental. 8 tuntutan ini akan menentukan naik atau turun kerajaan seterusnya pada PRU 13 nanti. Sebab itu gua cakap UMNO-BN tak boleh pandang ringan soal 8 tuntutan tersebut! Lawan hujah dengan hujah, tuntutan lawan dengan penyelesaian, bukan dengan tangkapan!

Apa kaitan 8 tuntutan dengan stadium? 8 tuntutan tersebut sifatnya nihil; kalau setakat berhimpun untuk 8 tuntutan fundamental di stadium, tak rock la beb! Mana ada kesungguhan nak bawa isu 8 tuntutan kalau setakat address melalui stadium!

Stadium selain tak rock, tak boleh jadi ala Tahrir Square la. Reformasi, sifatnya terbuka. Mencerahkan. Stadium tertutup. Menutupkan. Apa barang kalau setakat berkumpul di stadium? (Tak faham lagi? Lu orang kasi baca dulu 8 tuntutan tu baru lu orang boleh fikir agaknya)

'Compress'
5. Ok, dok sebut 'Tahrir Square'. Ni yang buat UMNO-BN dok kalut. Gua dah cakap tadi, 8 tuntutan BERSIH 2.0 adalah sesuci-suci tuntutan. Ok, fine, lu orang tak boleh janji nak ubah, tapi at least lu orang kena ambil perhatian kepada tuntutan seperti dakwat kekal, rasuah, politik kotor dan akses kepada media.

Kesilapan besar UMNO-BN adalah dengan meng-compress-kan gerakan BERSIH 2.0 ni. Tangkap, dok buat kempen anti-BERSIH kat RTM, TV3, Utusan semua dok toron pasal BERSIH 2.0 ni sebulan sebelum tarikh perhimpunan.

Toron tak menyelesaikan isu 8 tuntutan tersebut. BERSIH 2.0 turun ke jalan raya dengan isu. Lu orang dok sibuk tanya stadium, pak cik teksi tak dapat cari makan, apa ada hal?

Apa ada hal gua tanya sama lu?

Habis isu 8 tuntutan macam mana?

"Aku menggelupur dengan pukulan-pukulanmu pada tubuhku, Ini adalah kebebasan orang yang miskin; semakin dia dipukul, semakin dia merayu, dan dia meniarapkan dirinya sebaik memasuki medan pertempuran, agar dia dapat datang kembali dengan masih bergigi"

(Jangan jawab diplomasi dengan gua; PPSMI dulu bukan main jenuh orang dok diplomasi la, dialog la, rundingan la, semua tak jadi, budak-budak dengan cikgu kalut dok belajar tak tentu arah; demonstrasi juga yang berjaya menjawab tuntutan terhadap PPSMI; dan perlu diingat, demonstrasi dan perhimpunan hanya akan wujud setelah setiap usaha sebelumnya mencapai kegagalan dan tiada saluran lain untuk menyedarkan orang ramai!)

p/s: Sebenarnya bukan susah nak faham isu BERSIH 2.0 kalau seseorang berani menggunapakai akalnya yang sihat melalui lorong Intelligilbe-nya yang mengandungi sifat rasional tahap tinggi, yang mana disebut sebagai cabang Falsafah; masalahnya manusia Melayu banyak sangat cenderung mengubah ganti falsafah kepada seni, sebagaimana Syed Muhammad Naguib al-Attas nyatakan dalam bukunya 'Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu''; "Falsafah telah diubah ganti menjadi seni, dan dengan demikian unsur-unsur akliah dan ilmiah menjadi terkorban. Pemikiran akliah dengan secara mendalam, dengan menitikberatkan unsur-unsur tatatertib lojika dan rasionalismanya,tiada ternampak sebagai umum digemari!"




Zul Fikri Zamir adalah seorang pemerhati yang masih menganggap dirinya bebas. Ya, bebas. Tulisan ini juga disiarkan di http://zamiramnesia.blogspot.com/.

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]