Tuesday, March 15, 2011

Merocok-rocok; Sebuah Pementasan Yang Sia-sia



Seperti ada yang tidak kena dengan Merocok-rocok arahan Aloy Paradoks. Teater inisiatif Paradoks tersebut dipersembahkan sekitar 24 hingga 27 Februari yang lalu di Stor Teater DBP.

Ok, Plotinus kata Love anak kepada Poverty dan Possesion. Cinta (katanya) telah menjadi terlalu 'intimate' dengan realiti material hingga terlupa kepada asal usulnya dan mengalami keadaan 'poverty of being'. Oh, patutlah huru hara jadinya cinta ni. Ok, kita tinggalkan sebentar soal Plotinus, si founder mazhab Neoplatonism ini.

Kembali kepada pementasan Merocok-rocok.

1. Naratif huru hara. Ok, tak menjadi masalah. Anti-establishment. Audien masih boleh faham. Good exercise untuk audien belajar anti-kronologi.
2.Set minimal. Sesuai dengan Aloy. Mazhab dia mana main props.
3. Street discourse. Paksa audien cerna skrip double layer. Ini boleh dipuji. Itu pun kalau ada internal moral message disisip. (ok ini akan kita bantai kat bawah)
4. Tema universal. Memang manusia seni kalau bukan terinpirasi dengan pengalaman, mana nak dapat ilham kan?
5. Karakter amatur. Kalau ikut tiket, kira bolehlah. (cincai kira - kisah cinta, siapa-siapa pun boleh berlakon)

Itu lima ramuan penting yang sepatutnya memberi Merocok-rocok tenaga. Tetapi Merocok-rocok kelihatan terlalu lemah. Tenaga yang memberi nafas kepada Merocok-rocok hanyalah Randai versi moden yang disulam selang-seli dengan post-naratif Merocok-rocok.

Merocok-rocok hanyalah sebuah pementasan ala erotis yang terhasil dari cetusan pemikiran bawah sedar pengarahnya. Pementasan ini, tersimpang jauh dari budaya malah melongkang-sampahkan aspek moral versi Melayu.

Harus diingat bagaimana sesebuah pementasan seni berskala 'push energetic' seperti teater sepatutnya menjadi agen budaya melalui identiti seninya yang halus dan meyakinkan. Produk-produk seni pasca globalisasi bukanlah tiket mudah buat penggiat seni 'scene under' seperti Paradoks membelakangkan ciri dan norma bangsa sebagai galang ganti memodenkan jati diri.

Tidak, kita bukan bercakap soal boleh atau tidak; haram atau halal mahupun tradisional atau konvensional. Seni berakar dari adat. Hebat atau tidak sesebuah bangsa diukur berdasarkan tamadun yang mempercayai kesuperioran bangsa dan budayanya sendiri. Soal percaya kepada adat dan budaya, sesekali tidak boleh kita gadai golok dengan kebebasan manusia seni menginterpretasi produk seninya sendiri. Malah, produk seni seseorang itu pula bukan evaluasinya dipercayai jika hanya dirinya sendiri yang meletakkan kayu ukur, tetapi masyarakat yang akan menjadi hakim.

Sebab itu, apabila Paradoks membebaskan Aloy untuk berkarya seraya memproduksikan sebuah pementasan yang bersifat anti-budaya sebegini, harus wujud sebuah 'self buble' kepada audien agar rasional dan titik ukur persepsi ditunjangkan kepada 'makna' atau mesej yang dibawa kepada audien berdasarkan lenggok literasi dan lantunan fizikal yang digambarkan secara harfiah.

Merocok-rocok yang didasari kisah cinta segi lima dan enam, tidak lebih dari sebuah naratif nafsu yang terlihat melalui aksi peluk memeluk para pelakonnya. Audien yang masih memuja Aloy kerna hadir dengan 'stage play' sebegini sebenarnya tidak faham dan masih belum lancar untuk memahami bahawa pementasan Merocok-rocok terilham dari sumber nafsu bawah sedar pengarahnya!

Selain dari punca kuasa kepada aksi erotis, Merocok-rocok hanyalah sebuah pementasan biasa yang memperalat Randai untuk menjana kuasanya yang tengelam dek keghairahan pengarahnya meraikan nafsu.

Sebagai agen budaya, seni mempertahan falsafah bahawa persembahan harus hadir untuk memberi mesej kepada masyarakat, atau sebagai muzium untuk merakam produk-produk budaya.

Eroticism, bukan budaya kita. Bukan kerja ahli seni juga untuk meniru peradaban Barat yang terilham oleh nafsu. Sesungguhnya, lebih banyak kerja lain yang perlu dipenuhi oleh ahli seni untuk menyedarkan masyarakat selain terbuai pemikiran hedonisasi dan terleka dengan kebebasan berkarya.

Merocok-rocok boleh dirai kerna usaha dan inisiatifnya mem-barua dan meng-keldaikan Randai; tetapi tidak lebih dari sebuah pementasan yang sia-sia kerana sikap anti-budaya dan mesej moralnya yang sangat mengelirukan.

Mengelirukan kerana Merocok-rocok tidak menwakili budaya dan norma bangsa negara kita. Lebih dari itu, jika moden dijadikan kayu ukur, Merocok-rocok juga tidak membawa mesej 'Love' dengan jelas dan meyakinkan.

Sudahlah gagal mencerahkan audien, Merocok-rocok pantas menyesatkan dengan memprojek visual dan imaginasi sonsang sekaligus mencerminkan sikap super-realisnya yang dianut produksi Paradoks!

Plotinus mungkin keliru ketika mendefinisikan Love sebagai anak kepada Poverty dan Possesion kerna ketika itu, dia sedang mengusahakan sebuah mazhab falsafah yang membawa unsur ketuhanan sebagai penguat. Tetapi Aloy adalah manusia beragama yang sepatutnya sedar, unsur budi dan daya bukan hanya berdiri ketika sembahyang Jumaat sahaja.

Comments:
terima kasih atas review... memang aku nanti nantikan review dari blog ini..
 
aku terkomen guna akuan Rayza MukMin di atas,, sebenarnya itu aku..
 
Sangat Membina! saya suka kritikan ni
 
Interesting critic, look forward to your other critic, maaf menggunakan Bahasa Inggeris, kerana sedang meraikan keberadaan saya di Los Angeles. Enjoy reading your critic.
 
bagi saya; kalaupun merocok-rocok merayakan nafsu; membudayakan erotism, membelakangkan norma dan jati diri-melayu-islam.... ia tetap membawa audien kepada sebuah 'ruang' lain- boleh disebut ruang baharu- ruang fikir bawah sedar bla-bla-bla-
dan takkan menaikkan harga gula dipasaran. ;)
 
hafiz; kita kena bergerak menuju masyarakat seni yang berhati besar..takat main teknik untuk suka-suka bukan level kita lagi dah
 
Bila nak kritik show saya pulak? (cewahh.. tetiba ja invite. He he he)
 
best.dh lama tak tgk abg zamir berteater.
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]