Sunday, April 04, 2010

Gelabah








Saya fikir gelabah ini asalnya kalaupun tak bermula dari Surinam ataupun Swaziland, tentu bermula dari Lubango, sebiji bandar dari Angola.


Gelabah.


Bayangkan, manusia Melayu mana yang mula-mula sekali menciptanya? Apakah kata dasar baginya? Gelab? Labah? Tidak, tidak mungkin perkataan ini berasal dari rumpun Austro-nesia sekurang-kurangnya. Hipotesis saya kalau tidak Afrika, mungkin sekitar benua Latin di sebelah sana.


Itu, hipotesis saya. Kalau betul, dapat satu. Kalau salah, dapat dua. Ok la kan.


Nasib baik salah. Untuk manusia yang belum pernah mengenal manusia Melayu Kuala Lumpur, saya nasihatkan jangan. Rupa-rupanya, gelabah ini saya temui terendam, melekat, pekat dan sebati dalam diri manusia Melayu Kuala Lumpur.


Rambut mohawk atau 'emo', tshirt kolar berdiri, hujung baju diselit ke celah seluar untuk menonjolkan tali pinggang 'buckle', seluar 'skinny' dan kasut fesyen terkini adalah ciri-ciri 'gelabah' manusia Melayu yang tertonjol jati diri metro ala urban.


Tak cukup dengan itu, awek harus ada, tak perlu yang comel, muka pecah rumah pun boleh asal boleh jalan sambil cekak pinggang. Ciri-ciri penonjolan 'gelabah' sang aweks pula perlulah sama beratnya dengan kesan-kesan dramatik yang terhasil dari penggelabahan dirinya; rambut blonde bersalun simpai kanan di bahagian depannya, berbaju ketat yang sebolehnya pendek sebelum menutup pusat, seluar 'low-cut' yang boleh membayangkan imej 3D lurah bontot jika duduk.


Wujud peraturan berpakaian buat mereka; pertamanya, jika keluar perlulah berkasut. Selipar atau sandal sangatlah ketinggalan zaman. Kedua, seluar perlulah 'low-cut' dan 'skinny', yang lain sangatlah tradisional. Ketiga, baju perlulah 'fitted' untuk kelihatan seksi ataupun metro. 'Baggy' sudah masuk muzium, kata mereka.


'Dress code' ini malangnya, terpadan pula dengan perangai keluar malam dan budaya ala hippies 90-an yang mana ditirunya bulat-bulat iaitu; perlu berpasangan dan juga minum di kedai-kedai yang berstatus Starbucks paling kurang.


Tidak mempunyai kereta atau motor adalah kebiasaan. Kenderaan awam adalah kenderaan asasi mereka. Untuk berharta seperti membeli rumah ataupun pelaburan lain, jangankan mimpi, fikir pun tidak golongan sebegini. Buat mereka, bekerja sehari-hari semata untuk memenuhi keperluan fesyen dan kehendak hidup hedonis yang mereka pegang itu.


Selamba, agama gelabah yang mereka anuti ini dipegang bertahun-tahun sehingga kereka sendiri mengimani tiang agama tersebut yang memerlukan untuk mereka berpegang teguh kepada ajaran fesyen semasa.


Tidak sukar untuk mengenali mereka. Cukup sekadar jika anda mampu bertahan setengah jam di mana-mana Downtown sekitar Kuala Lumpur, anda akan melihat mereka bergerak dalam kumpulan, ketawa hu-ha hu-ha, dan jika anda cukup stamina untuk memanjat Gunung Belacan, anda tidak perlu terkejut untuk melihat mereka ini sedang galak meminum todi.


Saya hanya memaparkan satu ciri dari pelbagai cabang aspek yang perlu diamati dan difahami iaitu; budaya berpakaian dan norma sosial mereka secara ringkas. Malang buat manusia Melayu zaman urban dan metro ini, kalian bukan sahaja tidak mengenal konsepsi Lettere del cercere Gramsci, ataupun pentakwilan falsafah Ibn Rusyd ataupun metafizik Heidegger, lagikan pandangan ilmu dan alam Syed Naquib al-Attas, tetapi kalian menganut budaya neo-liberalis yang memerlukan kalian untuk menjelmakan jati diri gelabah untuk kekal bernyawa.


Ingat, untuk kekal bernyawa, bukan untuk meneruskan hidup.


Keluar berkasut Lacoste tiruan, seluar jeans skinny, tshirt tight dengan kolar berdiri. Awek seksi berambut simpai kanan, jalan bercekak pinggang. Jangan lupakan cermin mata gelap mat rempit. (jam tangan Panerai replika-mesti)


Cool beb! (dia tak perasan orang lain tengok dia; gelabah!!!)










p/s: jangan mimpi perkataan gelabah itu asalnya Mogadishu ataupun Guatemala, kerana ianya larut dan resap dalam jantung manusia Melayu; masakan ianya datang dari bangsa lain?




Comments:
golongan yang anda kata-gelabahkan itu saya kenal. budak2 flat sri sabah, sri melaka, sri apa ntah lg. anda faham kehidupan mereka yg anda gelabahkan itu? untuk apa mereka tahu ttg heidegar, malah metafizik pun x ada gunanya bg mereka. mereka hanya mahu hidup. mahu bahagia ikut cara mereka... mmg kita tengok gelabah. tp mesti ada empati.. mesti ada kefahaman kenapa begitu...
 
nice blog... :)

http://yusri-outsider.blogspot.com
http://www.fk-unhas.co.cc
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]