Saturday, October 24, 2009
'Tanah Terpilih' di Berita Harian 24 Oktober 2009
“Musibah ini adalah untuk dihayati, Ren. Tidak lain dan tidak bukan untuk mengingati manusia agar kembali memproses diri, pulang ke pangkal jalan, kembali kepada aturan Allah SWT dan Rasulnya.”
“Umat Islam harus bersatu untuk menghayati musibah ini secara bersama untuk berjuang dalam erti kata yang sebenar melawan musuh yang nyata seperti Amerika dan Israel. Ketepikan taklid sempit kemazhaban atau sekali lagi kita akan terjerumus ke dalam lubang biawak!” seruku kepada Ren dalam upaya untuk memotivasikannya kembali, mengakhiri jawapanku terhadap warkahnya. Dan jawapan ini harus kuposkan pagi esok juga!
p/s: baca lanjut di sini atau dapatkan Berita Harian 24 Oktober 2009
“Umat Islam harus bersatu untuk menghayati musibah ini secara bersama untuk berjuang dalam erti kata yang sebenar melawan musuh yang nyata seperti Amerika dan Israel. Ketepikan taklid sempit kemazhaban atau sekali lagi kita akan terjerumus ke dalam lubang biawak!” seruku kepada Ren dalam upaya untuk memotivasikannya kembali, mengakhiri jawapanku terhadap warkahnya. Dan jawapan ini harus kuposkan pagi esok juga!
p/s: baca lanjut di sini atau dapatkan Berita Harian 24 Oktober 2009
Saturday, October 17, 2009
Falasi Perhimpunan UMNO
Saya percaya kadangkala kita muak, apabila saban tahun disajikan dengan retorika ala le-rupture oleh sebuah parti terbesar bangsa Melayu di negara kita ini.
Setiap kali persidangan maka rakyat akan diberitahu dengan leluasa melalui media konservatif milik mereka unsur-unsur yang akan mereka gunakan untuk membahagiakan masyarakat secara keseluruhannya.
Namun pada tahun ini saya fikir berlainan situasinya. UMNO (namanya sahaja sudah membina konotasi negatif berkenaan westernization) pasca 8 Mac 2008 benar-benar sudah terdesak.
Pada persidangan kali ini UMNO terpaksa mengambil Viagra supaya boleh terus ereksi di dalam antropologi politik ekstrem semasa negara dengan kata lain; meminda perlembagaannya sendiri.
Hugo Chavez pada awal tempoh pemerintahannya pada 1998 telah melakukan 3 langkah utama yang banyak membantunya hingga kini iaitu 1; membangun dukungan dari masyarakat kelas bawahan , 2; mencipta dukungan bersifat komplementari dengan organisasi bisnes domestik dan yang ke-3; mengisolasi oligarki industri desa, asing dan domsestik secara besar-besaran.
Dalam tiga langkah tersebut, langkah yang cukup penting, di antara faktor utama mengapa Presiden Ahmadinejad berupaya mengekalkan popularitinya adalah keberupayaan mendapat dukungan dari masyarakat kelas bawahan dan masyarakat luar bandar.
UMNO sehingga ke hari ini, dilihat berupaya mengambil hati masyarakat luar bandar, walaubagaimanapun jelas gagal menangani masalah masyarakat kelas bawahan. UMNO dilihat kekal bersifat elitis, para pemimpinnya bermuka licin kesan suntikan Vitamin C, bercelana licin dan ke sana ke mari ditemani pemain politik masing-masing.
Tidak cukup itu, pemimpinnya sukar untuk ditemui malah jarang-jarang turun memerhatikan masalah rakyat.
Saya bukan bersifat ultra-fanatis kepartian, di kawasan saya sendiri, adun kami melompat parti semata-mata untuk menyelamatkan dirinya dari tuduhan rasuah wang dan wanita, lantas menyebabkan kudeta kerajaan secara simbolik. (Apa yang ingin saya tegaskan bahawa bukan UMNO semata yang bermasalah)
Namun permasalahan utama yang ingin dibangkitkan di sini adalah, wujudkan perubahan major seperti yang dicanangkan oleh setiap corong wakil media konservatif kerajaan seperti yang dihadapkan kepada masyarakat sehari dua ini?
Perlu difahami bahawa keghairahan sesebuah gerakan berhubung rapat dengan kondisi seperti lokaliti dan komposisi ras. Dengan kata lain, UMNO yang berwajah Melayu (walau namanya sahaja sudah menjelekkan bahasa Melayu) perlu mengambil inspirasi dari semangat kebangsaan Melayu, bukannya bergerak semakin ke belakang dengan menimbulkan soal kesamaan dan kesaksamaan sebagaimana yang ingin diperlihatkan oleh presidennya melalui kempen 1 Malaysia beliau.
Perubahan yang diambil ketika ini sebagai Viagra, hanya bersifat permukaan di mana ianya hanya menyuluh ke arah daerah terpencil berkait soal pemilihan kepimpinan, tetapi lansung tidak berani menyoal secara retrospektif berkenaan soal etika dan rejuvenasi siasah politik dari dalam (fikr dan nafs).
Sayang seribu kali sayang, oleh kerana UMNO adalah harapan alternatif kepada penyokong pembangkang yang sehingga kini masih gagal menemui sosok terbaik pemimpin ultra-utopia mereka, UMNO dilihat gagal membina impresi positif melalui persidangan ala kadar yang hanya berani bercerita mengenai perubahan dari sisi lapis-lapis permukaan sahaja.
Transformasi kalau menurut Michael Kaufman adalah sebahagian dari empat elemen demokrasi partisipatoris. Transformasi merujuk proses transisi yang bukan sahaja linear atau kuantitatif (sehingga 7 pindaan dilakukan) tetapi agen yang lebih penting adalah pergeseran substantial serta kualitatif yang berhubung rapat dengan ekonomi, sosial dan budaya pada setiap hari.
Sehingga UMNO dapat menyentuh ketiga agen substantial di atas pada setiap hari untuk masyarakat kelas bawahan, maka transformasi aka perubahan yang dilaungkan pada perhimpunan kali ini akan dianggap berani.
Jika tidak, sebagaimana cadangan Derrida di dalam deconstruction-nya, karektor dikotomi kehidupan kita adalah tiada yang neutral, selain ianya adalah 'double gestures' ataupun 'general displacement of the system'.
Subscribe to Posts [Atom]




