Monday, July 27, 2009
Kaki Ibu Bapa Dalam Kasut Guru

Sunday, July 19, 2009
Kosmologi Melayu Abad Ini, Siapa Lebih Hebat Dari Pak Ungku?

“Kalau PPSMI tidak dimansuhkan, pelajar-pelajar Melayu terutama di desa akhirnya menjadi pekerja kelas bawahan, itu pun mungkin susah,” kata Ungku Aziz lagi.
Universiti Malaya pernah melakukannya pada tahun 1974-1975 para pelajar boleh belajar dalam bahasa Melayu termasuklah pelajar jurusan kejuruteraan dan kedoktoran. Semua ini dilakukan dalam bahasa Melayu dan contoh lain kita boleh ambil Pusat Asasi Sains dan ia terbukti berjaya. Namun datang pula kelompok lain 10 tahun kemudian menukar sistem pembelajaran kepada bahasa Inggeris.
Sebenarnya semua ini bermula apabila arahan dikeluarkan supaya matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris oleh kepimpinan sebelum ini. Bagi saya ini seolah-olah ada satu magic untuk membolehkan pelajar-pelajar berbahasa Inggeris dengan lebih lancar dan mudah. Ketika itu semua orang akur dengan arahan dan tidak ada sesiapapun yang berani menolaknya termasuklah para menteri. Ramai yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini tetapi tidak ada yang berani melawan.Saya telah diberikan satu kajian yang dijalankan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) mengenai PPSMI. Tujuh universiti terlibat dalam kajian ini dan kajian ini telah diberikan kepada Menteri Pelajaran sendiri. Segala butiran yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta. Kajian ini mendedahkan semua kelemahan yang berlaku akibat dari pelaksanaan PPSMI selama enam tahun termasuklah kekurangan guru, serta kelemahan pelajar di desa.
Kita ambil contoh matapelajaran Matematik, ia merupakan satu bahasa simbolik. Ia hanya membabitkan simbol sahaja dan tidak banyak menggunakan perkataan. Kita tidak gunakan perkataan tambah tapi simbol seperti juga simbol bahagi, Algebra dan sebagainya. Orang boleh membuat penilaian hanya berdasarkan simbol namun bagi mereka yang tidak tahu tentang simbol ini mereka tidak boleh membuat perkiraan Matematik. Oleh itu pelajar kena belajar tentang simbol dan bukan belajar bahasa dalam matapelajaran Matematik.
Bagaimana pelajar yang menggunakan bahasa simbol dalam Matematik boleh pandai bahasa Inggeris? Kita lihat orang Cina mahir dalam Matematik, ini kerana dalam penggunaan bahasa dan tulisan mereka banyak simbol daripada huruf. Maka jika para pelajar Melayu dipaksa belajar dalam bahasa Inggeris mereka ini akan lebih terbeban. Mereka perlu belajar Matematik misalnya tetapi pada masa yang sama mereka perlu belajar bahasa Inggeris.
Semasa saya menjadi Naib Canselor Universiti Malaya dahulu saya pilih budak kampung untuk ambil kursus Asasi Sains kerana tidak ramai yang hendak mengambil kursus ini. Mereka diajar selama dua tahun dalam bahasa Melayu dan selepas itu masuk ke fakulti. Dan terbukti mereka ini boleh belajar kursus seperti kejuruteraan dan sebagainya. Tidak ada masalah malah ramai kalangan mereka kini menjadi profesor dan mengajar anak-anak Melayu kita.
Kita perlu faham bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah dua bahasa yang sangat berlainan. Tatabahasa Inggeris banyak diceduk dari bahasa Perancis, Jerman dan bahasa Scandinavia. Dan kemudiannya ia banyak diperbetulkan oleh pujangga agung mereka William Shakespeare kemudiannya barulah ada bahasa Inggeris yang sebenar. Shakespeare merupakan bapa kepada bahasa Inggeris moden dan ia berlaku sekitar kurun ke-17. Tetapi bahasa Melayu sudah ada pada masa itu. Bahasa Melayu sudah digunakan oleh orang Melayu di rantau ini serta di Fiji dan Madagascar. Saya sudah melawat tempat-tempat ini serta melihat buku mengenai nahu mereka dan banyak perkataan Melayu digunakan. Mengikut kajian saya bahasa Melayu sudah wujud lebih dari 1,000 tahun.
Jika kita lihat Angkor Wat di Kemboja, penduduk mereka telah menggunakan bahasa Melayu yang kebanyakannya diambil dari bahasa Sanskrit. Jadi, saya tidak nampak kenapa dengan menggunakan bahasa Melayu kita tidak boleh maju. Saya hairan kenapa kita perlu menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama pendidikan.
Jika diteruskan orang Melayu akan hancur. Dalam kajian yang dilakukan oleh Pembina, kumpulan anak Melayu di kawasan desa (luar bandar) akan terus terpinggir dan ramai mereka akan berhenti sekolah dan mungkin berakhir hanya sebagai pemandu dan pekerja kelas bawahan. Itu pun mungkin susah. Ini kerana mereka tidak mampu untuk mengikut rentak perubahan yang ingin dilakukan melalui PPSMI. Mereka ini tidak berupaya untuk belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan cepat seperti pelajar di kota apatah lagi dengan masalah-masalah lain seperti kekurangan guru dan peralatan.
PPSMI adalah satu kesilapan. Kita sebenarnya mampu dan boleh mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang yang kemudiannya mengajar di universiti lain dalam bahasa Melayu. Tidak ada masalah pun. Pengajaran PPSMI sebelum ini dilakukan dalam pelbagai masalah seperti kurang guru, peralatan dan sebagainya. Masalah juga berlaku akibat dari penambahan pelajar yang ketara berbanding guru yang berkemampuan mengajar dalam bahasa Inggeris. Maka dengan itu kualiti pelajaran dan pengajaran pastinya menurun.
Saturday, July 18, 2009
Hantu Doktor dan Kencing Pesakit

Ada pula yang menyatakan 10 billion. Tak kurang juga yang memandai-mandai, kononnya hanya 6 billion.
Pun ada saya dengar, untuk elaun guru (yang bukan semuanya menepati ciri-ciri 'menguasai' bahasa Inggeris dengan baik) sahaja hampir mencecah 400 juta.
Ini semua berlaku dari tahun 2002-2009, kira-kira 7 tahun selepas digubal secara sendiri-sendiri, autokratik, tak minta pendapat intelektual (hoi, kau bukan Albus Dumbledore, kau ingat kau tahu semua ke?)
Cuba kita selidik kembali, kemasukan pertama kumpulan pengajian 4+1.5 tahun Ijazah di kesemua 27 Maktab Perguruan seluruh Malaysia bermula pada 19 Julai 2004.
Kini(esok), setelah hampir 5 tahun transformasi maktab kepada institut kepada IPGM(Institut Pendidikan Guru Malaysia), pun masih ada Institut-Institut yang tidak cukup kelas, tidak cukup bilik kuliah, tidak mempunyai bilangan asrama yang mencukupi, belum mempunyai kemudahan Internet Wireless di kawasan kampus, dan yang maha sedih, masih ada para pensyarah yang terpaksa menumpang di Dewan Utama semata menunggu siapnya bilik pensyarah yang baharu!
Kesimpulan saya mudah;
Kita angkat seorang DOKTOR menjadi pemimpin, yang ingat dia pandai, dia tahu semuanya, maka orang harus ikut kata-katanya dan menganggap oleh sebab dia DOKTOR, orang lain tidak bagus fikirannya dengan kata lain orang selain dia adalah bodoh.
Kemudian DOKTOR yang seorang ini, oleh sebab dia ingat dia sangatlah pandai berbanding orang lain yang bukan 'doktor', kemudiannya secara matematikal (konon-konon pragmatiklah tu) cuba menghitung sebuah masa depan dan mencipta rumus-rumusnya sendiri (konon sebagai pati untuk mengubat) yang diberi nama PPSMI.
Tidak lama setelah dia menyuap ubat PPSMI ini kepada pesakitnya (baca:rakyat), pesakit itu semakin teruk, semakin parah sampai kelihatannya macam dah nak nazak pula.
Setelah selesai 12 billion (ambil kira maksimum), ubat tersebut ditarik balik.
Kalau sayalah pesakit itu, memang tanpa segan silu saya akan kencing kuat-kuat kepada DOKTOR tersebut.
Kita kan hebat, mampu bina KLCC, Putrajaya, KLIA, ada AirAsia, Petronas, Litar F1 dan segala macam kecemerlangan dan kegemilangan lagi, tetapi kita masih tidak mampu menggembleng sebuah pasukan penyelidik+penterjemah untuk menterjemah terminologi-terminologi yang sangat ditakuti oleh puak pro-PPSMI ini!
Nak 1000 daya, tak mahu, sejuta alasan!
Orang dulu-dulu dah lama tahu sikap masyarakat macam 'doktor' itu!!
p/s: cuba kita sama fikirkan, kalau jumlah 12 billion itu disalurkan kepada pembinaan fasiliti 27 IPGM untuk sama meningkatkan taraf pendidikan dan suasana pembelajaran 'bakal guru',bina makmal, bina dewan kuliah, bina bahan bantu pengajaran berunsur teknologi, bukankah murid nanti yang akan menerima hasil guru-guru yang lebih terlatih (berbanding sekarang yang suasana 'maktab' tak lebih dari pengajian bertaraf 'Diploma' sahaja tetapi dicop besar-besar 'Ijazah'!!)
Saturday, July 11, 2009
PPSMI
Petikan manuskrip 'Warkah Terakhir Untuk Abang', tersenarai pendek 4 terbaik HSKU 2008 menurut Laporan Panel yang termuat di dalam antologi Batu-Batu di Jalanan.
Saya sendiri sudah banyak kali bercakap dengan Papa mengenai kesusahan dan kepayahan kami belajar bukan dalam bahasa pertuturan kami sendiri. Namun, alasan saya seringkali ditolak mentah-mentah. Ini masalah kerajaan, katanya. Kamu kecil lagi, apa yang kamu tahu? Sambungnya lagi setiap kali. Oleh sebab Papa sering mengelak dari membincangkan topik ini setiap kali saya membuka persoalan, saya menjadi emosi untuk mencari jawapan kepadanya.
Kak Ngah, hakikat bahawa keupayaan bahasa ibunda dalam melahirkan ribuan ahli akademik dan ilmuan terkenal tidak dapat disangkal. Sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa serta bertaraf antarabangsa kebanyakannya kini lahir dari Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
Maka atas justifikasi apa dasar penggunaan bahasa kedua diperkenalkan dalam mata pelajaran Sains & Matematik secara selektif, untuk sekolah vernakular dibenarkan melalui proses dwibahasa manakala untuk sekolah kebangsaan pula secara autokratik dipaksa dijalankan tanpa soalan?
Siapa pula yang memberi dalil bahawa bangsa negara kita yang punya tamadun dan budaya tinggi perlu mempelajari bahasa asing semata-mata kerana lambakan bahan bertulis dalam bahasa tersebut dalam bidang Sains dan Matematik? Ah, kadangkala saya menjadi bingung dengan sandaran hujah pihak-pihak yang menyokong dasar tersebut.
Adakah kerana lambakan bahan dalam bahasa asing tersebut maka kita perlu mempelajari subjek tersebut dalam bahasa asing? Sentiasa saya membayangkan, tidakkah boleh kita terjemah bahan tersebut ke dalam bahasa Melayu agar pencairan ilmu boleh berlaku dan lebih ramai anak bangsa kita mendapat faedah daripadanya?
Kalau kita mampu membina bangunan setinggi KLCC, blok pentadbiran secantik Putrajaya, litar seksi segah Sepang dan lapangan terbang maha eksklusif sehebat KLIA, maka halangan apa pula yang menghadkan kita untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah pasukan penterjemah dengan biayaan yang cukup untuk menterjemah bahan lambakan tersebut ke dalam bahasa kita sendiri?
Bukankah kita mengaku kita bangsa berbudaya dan bercitarasa tinggi? Maka kerana apa pula sanggup kita mengenepikan bahasa sendiri semata-mata kerana pendek akal dan mandul idea?
Wednesday, July 08, 2009
PPSMI - Memang tak tahu malu!

(Sebuah dasar mega, tiba-tiba GAGAL di tengah jalan, maka di'delete'.Eh, ini bukan virus trojan-horse, boleh guna Antivirus Panda!?)
Tidak, memang saya tak berniat untuk mengucapkan terima kasih pun. Ini yang sepatutnya. Tidak perlu terlalu apologetik.
Tak tahu pula saya, kalau ada negara lain yang mengamalkan dasar 'aci-cop' macam ini. Tut-tup rakyat dah tak mahu undi, tukar semula, konon-konon rakyat akan sukalah tu.
Rakyat tidak akan pernah lupa, bagaimana sebuah dasar yang makro sifat dan kesannya ini dijalankan tergesa-gesa, tidak pula meminta pendapat rakyat, kemudian menambah penyakit kepada suku bangsa yang memang sudah banyak sakitnya ini.
(Eh eh, tiba-tiba hari ini bukan main banyak pula fakta prestasi pendidikan negara menurun di Berita Harian & Utusan Malaysia! Enam tahun mereka meyorok fakta-fakta ini dari masyarakat? Memang dasar bodek!)
'Pemansuhan' ini bukan ubat. Bukan macam mefenamic acid yang boleh buat rakyat berhenti sakit hati sebentar.
Kita sedang menunggu kerajaan yang tak tahu malu ini melaksanakannya.
Subscribe to Posts [Atom]



