Monday, June 29, 2009
Debat dan Lelaki 'Lembut'
Saya tidak pandai berdebat, saya mengaku. Bahkan realitinya, saya masih belum mahir kebanyakan kemahiran berdebat lagi. Debat FOMCA yang lalu adalah kejohanan debat ke-3 yang terbesar pernah saya sertai sepanjang hidup saya.
Pun begitu, semenjak penampilan pertama saya, sedikit sebanyak saya fikir ada peningkatan persembahan. Benar menurut Dr Rem, debat bukan sekadar kemahiran. Ia adalah seni peringkat tinggi. Bukan mudah untuk menguasai seni orator yang pelbagai sisi ini. Bercakap semua orang boleh, tetapi berhujah dengan seni, itu yang menjadikan dunia debat ini eksklusif.
Namun begitu, kehadiran saya ke Batu Pahat sektar 18 Jun tempoh hari telah menimbulkan beberapa persoalan kepada saya, rakan dan juga para pensyarah. Sebetulnya, persoaaln ini telah lama bermain di dalam fikiran saya, cuma belum mendapat tempat untuk dicoretkan sahaja.
Saya percaya, debat adalah platform terbaik untuk menzahirkan pendapat dan perasaan. Untuk para pelajar, penuntut universiti khususnya, debat menyediakan medium atau kuantum untuk mereka membiasakan diri berhujah dengan analisis tahap kritikal, selain melatih sisi kognitif mereka untuk terbiasa dengan konseptual isu semasa.
Dalam situasi polisi politik negara yang rencam dan merenyahkan ini, mahasiswa sewajarnya menggunakan platform debat, selain untuk menyampaikan pendapat ataupun perasaan, juga untuk berlatih kemahiran berfikir pantas berdasarkan rasional dan analisa logik.
Namun yang demikian, yang menjadi isu di arena dunia perdebatan kini adalah, kebanjiran pendebat 'lembut' yang sehingga kebanyakannya sudahpun menganggotai Majlis Debat Universiti (MADUM).
Tulisan ini bukan bertujuan untuk menyalahkan lelaki 'lembut', tetapi persoalan asas yang perlu dihadapi warga mahasiswa adalah, mengapa lelaki macho dan sasa tidak mahu mengambil peluang di atas platform debat tersebut untuk berhujah?
Benar, jika dianalisis secara kuantitatif, saya tidak dapat memberikan angka-angka yang tepat berapa ramai lelaki 'lembut' dan berapa ramai pula peserta debat lelaki yang benar-benar lelaki. Walaubagaimanapun, sepanjang 3 kali penyertaan saya di dalam kejohanan yang besar, pemerhatian kualitatif saya memberikan hasil-hasil yang memberatkan bahawa lelaki 'lembut' memang suka berdebat.
Mengapakah lelaki macho, yang sasa dan benar-benar jantan tidak gemar memenuhi gelanggang debat? Adakah dengan berdebat maka ke-macho-an mereka akan luruh? Ataupun mereka tidak suka berfikir?
Analisis ringkas saya dari sudut psiko-analisis, dunia perdebatan memang sesuai dengan lelaki 'lembut' kerana mereka lebih sensitif, selain kurang perasaan malu dan kelebihan dari sudut melontarkan hujah dengan logis.
Namun yang demikian, situasi ini memberikan sebuah parameter, adakah lelaki macho dan sasa di universiti-universiti tidak berani berhujah berdasarkan logik dan rasional? Jika benar, maka lelaki macho+sasa ini krang cakna, kurang sensitif serta kurang mengetahui isu semasa.
Arena perdebatan semestinya memerlukan seseorang pendebat untuk banyak membaca, cakna isu serta dapat menguasai sesuatu hujah sebelum turun ke gelanggang. Jika mahasiswa lelaki macho+sasa di universiti gagal menepati tanda aras ini, adakah para pemimpin kita pada masa depan akan digantikan oleh warga lelaki 'lembut' ini, kerana mereka lebih terbuka, sedar isu semasa serta lebih berpengaruh dan berpengetahuan?
Saya percaya, seni berhujah adalah kuantum terbaik untuk mahasiswa melahirkan pendapat dan perasaan mereka terhadap sesuatu isu. Terdapat pelbagai jenis pertandingan yang menuntut suara mahasiswa untuk didengari, Debat Integriti, Debat Kepenggunaan, Debat Alam Sekitar, Debat Pendidikan dan sebagainya. Tetapi bagaimana jika lelaki sebenar, mahasiswa kita buat sikap tidak peduli?
Sunday, June 28, 2009
Mengapa Saya Mula Letih Berblog?

Ketika saya mula bermain dengan blog awal Jun 2006, saya tidak menyangka hidup saya akan berubah sehingga begini sekali. Benar, blog adalah sebahagian dari kecanduan saya, tempat saya mula bertatih untk belajar menulis. Pun begitu, bukan sedikit kontroversi yang hadir akibat darinya.
Menulis memerlukan pembacaan. Bohong kalau penulis yang maha hebat tidak atau jarang membaca. Ketika saya mula bermain dengan blog ini, apa yang terlintas di fikiran adalah berkenaan dengan apa yang perlu ditulis. Maka saya mula membaca. Bukan sejarah pembacaan saya bermula pada tahun 2006, tetapi saya mula agresif dahaga membaca ketika saya berjinak dengan blog inilah.
Maka ketika membaca itulah baharu saya sedar betapa kosong dan dungunya kehidupan saya saat itu. Mula saya terkilan kerana terlalu lambat menyedari kehilangan arah dan tujuan hidup. Saya mula dahaga membaca novel-novel berat, satira dan ironi sastera saya cuba hadamkan. Sedikit demi sedikit, masa mengintai saya yang mula belajar tentang hidup.
Saya kemudiannya semakin dahaga. Saya mula tercari-cari bahan sejarah dan falsafah. Ketika itulah saya mula mencari guru untuk menulis. Saya yang semakin memahami bagaimana dunia ini berfungsi mulai menjadi kritikal dengan suasana sekeliling. Benar-benar saya semakin cakna.
Tuhan maha benar, Tuhan maha kaya dan adil, saya dipertemukan dengan seorang guru menulis yang tidak lansung kekok untuk berkongsi ilmu. Tahun itu juga saya memasuki Sayembara Mengarang DBP, tahun depannya saya memenangi sayembara tersebut bersama rakan yang sama-sama mengaji menulis bersama (antologi tersebut diterbitkan tahun ini dengan judul Istana Cinta ayah). Saya mulai berasa runsing dan risau, saya telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk mengubah dunia melalui penulisan.
Sehingga saat ini, menulis adalah sisi lain dalam diri saya. Memang sedikit kesal kerana gagal untuk menelaah sepanjang minit untuk diabdikan buat menulis, namun saya percaya bahawa bakat boleh di asah. Yang utama dan paling agung adalah, percayakan diri sendiri.
Begitu juga ketika saya pertama kali menyertai pertandingan debat mewakili maktab Ipoh pada awal 2006. Saya yang tidak pernah berdebat di sekolah, hanya membawa bekal kepercayaan terhadap diri yang tinggi. Sepanjang pertandingan tersebut saya menjadi bahan lawak rakan-rakan, kerana dituduh memalukan diri sendiri kerana tidak mempunyai keupayaan untuk berdebat serta menyebabkan kekalahan kepada pasukan debat.
Namun pertengahan tahun ini saya membuktikan kepada diri sendiri bahawa, kepercayaan kepada diri sendiri itulah yang akan mengubah segala kemungkinan. Saya berjaya membawa maktab Ipoh sekurang-kurangnya menghuni tangga ke-16 (IPGM ke-3) daripada 42 pasukan yang bertanding di debat Fomca, Batu Pahat selain menjadi pendebat terbaik 2 kali daripada 6 pusingan perlawanan liga.
Memang tulisan ini bersifat terlalu instrumental dan nostalgia, namun apa yang saya mahu sampaikan adalah, saya melihat sepanjang 5 tahun setengah saya menuntut ilmu keguruan, kepercayaan kepada diri sendirilah yang akhirnya mengubah segala kemungkinan. Saya mungkin seorang pelajar biasa, namun dari sisi kemahiran linguistik, sedikit sebanyak usaha saya menubuhkan kelab teater dan mengcungkil bakat baru para pelajar dalam bidang lakonan mendapat pujian para pensyarah.
Bloglah yang mula sekali menjentik keupayaan saya ini, selain kesedaran tersebut semuanya bermula dari ingatan oleh Allah SWT.
Walaubagaimanapun ini semua hanyalah sebahagian dari sebuah proses yang panjang. Tahun ini juga novel saya disenaraipendek dalam 4 novel terbaik HSKU, walaupun gagal memenangi sebarang hadiah utama, laporan panel banyak mengajar saya erti kejayaan tertangguh.
Saya sentiasa percaya, semenjak bermula blog ini ditubuhkan bahawa, manusia dan dunia boleh diubah atau diperbaiki. Berikan saya sedikit masa lagi untuk kembali aktif dan agresif bermain blog, ada kala dan ketikanya, di mana kejijikan dan kekejian terhadap dunia politik membunuh minat saya untuk kembali berkongsi.
Saya walau apa pun, akan tetap percaya.
p/s: saya akan menulis tentang sisi 'lembut' dunia debat serta dapatan dari rombongan ke Medan tidak lama lagi, insayAllah.

Thursday, June 18, 2009
Dari Malmo ke Sarajevo
Akan ke Johor hujung minggu ini, InsyaAllah menghadiri Debat FOMCA di Batu Pahat.
Kepada rakan-rakan yang akan ke Istana Budaya malam esok, TAHNIAH, HSKU semakin meriah dengan kehadiran kalian.
Kepada ahli politik yang semakin panas dengan kerajaan perpaduan, juga sekalung tahniah kerana menghangatkan dunia kebobrokan ekonomi negara.
Cellist of Sarajevo akan menemani saya, sepanjang perjalanan pergi dan pulang. Dan pasti lebih banyak untuk dicoret kemudian nanti, hanya masa yang tertangguh serta buah fikiran yang membeku, meminta segera dicairkan.
Rusuh dalam hati ini ternyata bukan lagi mainan, tatkala melihat pemimpin berebut jawatan, lantas mengenepikan kebajikan kepada rakyat.
Berebutlah kamu semua, lupakan rakyat.
Tahniah kerana berpura-pura.

Tuesday, June 16, 2009
Emel dari Malmo
Salam bro,
Aduh, sori beb gua lama menyepi.. mmg niat nak hubungi lu..gua dh sebulan setengah kt sweden ni.. gua x bwk famili lagi.. sebelum ke sini mcm2 hal jadi.. sampai projek tulis novel sains fiksyen dgn lu pun tergendala..sori byk2.. start bulan 2 gua pi jepun, sampai dapat anak, pastu terus ke sweden.. gua rasa nk pengsan.. kalut.. buku pun x baca.. menulis langsung x.. balik jepun gua ada kursus lain, exam, pastu BTN, bini gua masuk hospital sbb darah tinggi, pergi balik putrajaya psl urusan belajar gua ni, pastu bini gua operate anak sulung tiba2, lepas anak gua keluar 7 hari, tiba2 ja gua dh smpai di sweden.. sori beb.. x sempat jumpa lu.. mmg gua kucar kacir sgt haritu.. ramai juga yg gua janji nk jumpa x sempat.. maaf byk2.. insyaAllah hujung tahun gua balik cuti sebulan.. bayar hutang member2 yg x sempat nk mabuk nescafe dan sembang pung pang..
ok beb, nanti papehal lu emel la.. maaf byk2 sekali lagi..insyaAllah masa depan kita buat projek lain..harap2 jadi betul2..ok, slamat berkarya!

gua punya blog pun dh setahun x update..haha..teruk gila gua..x disiplin bab menulis ni.. bulan lepas adal cerpen gua keluar kt berita harian, tu pun sbb utusan reject..haha..lu baca x?
skrg gua dok hostel..masalhnya bayi x boleh dok sini..tu sbb famili gua x ikut.. wife gua skrg dok kedah, rumah mertua dgn anak gua la.. lu serius nak mai sini? tiket yg murah gua dh ushar lu amik KLM airline.. dutch punya airline.. antara yg murah la kalau route europe ni.. dlm 4-5 ribu ringgau mcm tu.. lu kena turun Copenhagen, Denmark.. sbb Malmö ni selatan sweden.. mmg dekat dgn denmark.. 30 minit ja dari sini.. sini cuma ada domestic airport, kalau international airport mmg denmark la.. kalau Stockhol jauh ke utara sana..adala 5-6 ratus km dr sini..
gua sini baru nk biasa nk cuaca, cara hidup..kucar kacir jugak..ni kalut nak exam pulak.. tapi kalu lu betul2 nak datang mmg nice la.. mai lepak bilik gua.. org malaysia masuk sini x payah visa.. dia panggil Schengen countries.. denmark, german dan byk lg la negara europe yg ahli Schengen yg kita boleh masuk mcm tu ja..
ok beb, nanti papehal lu emel la.. maaf byk2 sekali lagi..insyaAllah masa depan kita buat projek lain..harap2 jadi betul2..ok, slamat berkarya!
Sunday, June 14, 2009
Antara Kuan Yew, Rosmah, Haji Hadi dan Oxymoron
Dulu, sewaktu Anwar Ibrahim melancarkan perang saraf sehingga gugurnya Pak Lah, di mana Task Force 2010?
Menarik untuk diperdebatkan, mengapa Pemuda Pas sehingga sanggup menolak jemputan debat terbuka mengenai kerajaan perpaduan? Pendirian tersebut selain terlalu bersikap berhati-hati, mencerminkan kepondanan sebuah sayap kanan parti untuk bersemuka dan mempertahankan pendapat presidennya.
Atau jika benar kerajaan perpaduan adalah sebuah perang saraf, maka rasionalkan keputusan muktamar 2009 yang mengenepikan kebanyakan orang kanan Tuan Guru Nik Aziz.
Lain dari itu, mengapa Lee Kuan Yew mengadakan lawatan mengejut ke Malaysia? Selain beberapa blog lain yang menganalisis bahawa LKY sedang membuat risikan, ada juga laporan yang mengatakan LKY juga mengunjungi Rosmah. Hahaha. Rosmah sama penting dengan Perdana Menteri Malaysia?
Politiking baru Malaysia serba serbi bak sebuah teh jenama Mesjid yang pengurusnya bernama Lee Chooi Moi. Sebagaimana mendiang MGG Pillai mengatakan sebuah caretaker negara ini yang sangat oxymoron.

Tuesday, June 09, 2009
Ruang
Empat hari di Medan menimbulkan pelbagai isu. Memang sengaja saya mengosongkan blog ini, maka nanti akan ada ruang untuk diperdebatkan.
Sabar, kekecewaan ini akan diulas sedikit masa lagi.

Subscribe to Posts [Atom]