Saturday, May 09, 2009

SAMAN

  1. 7 Mei - Rakyat perlu saman sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri dan perlembagaan melalui Pilihanraya Umum Ke-13 nanti
  2. Penguatkuasa menguatkuasakan undang-undang, bukan menunjukkan teladan buruk di hadapan rakyat
  3. Dewan Undangan negeri bukan sebuah pentas badut, yang dihadiri oleh sekumpulan monyet dan lembu yang tidak mahu mendengar tetapi lidah bercabang.
  4. Rakyat sedang memerhati. Dunia sedang tertawa.
  5. Ahli politik perlu berhati-hati, bukan melakukan sesuka hati.

Wednesday, May 06, 2009

Non-Partisan


Sebagai seorang pemerhati, saya senang dengan warna non-partisan.

Saya mengaku, saya senang, dan pasti ramai yang akan bersetuju jika dikatakan bahawa UMNO adalah agen, satu-satunya entiti yang telah teruji dengan jayanya dalam menghadirkan keseimbangan dan keharmonian di dalam negara.

Keseimbangan politik, sebagaimana 15 tahun yang lalu misalnya, membuatkan para pelabur aka kapitalis aka illuminati dunia cemburu dengan situasi kita.

Keseimbangan inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat.

Walaubagaimanapun, saya juga tidak bersetuju dengan sebahagian besar dasar-dasar Mahathirisme yang didoktrinasikan terhadap bangsa kita.

Saya teramat jijik pabila mengenangkan dasar yang menganjingkan, membakulsampahkan, melongkangkan bahasa bangsa kita sendiri. Nah, selesai 8 tahun pun masih belum selesai polemik PPSMI yang perlu ditangani akibat dasar Mahathirisme ini.

Malah saya juga kekok pabila mengenangkan kebanyakan projek mega futuristik ala pasca modernisme seperti Litar F1, KLCC ataupun Jambatan Bengkok yang tak sudah itu.

Cukup-cukuplah kita membangunkan material, sisi fizikal hanya sebahagian dari aspek pembinaan tamadun. Budaya harus beri perhatian terlebih dahulu.

Pun, sebagai warga muda, saya tidak terlepas dari faktor favouritisme - anti-establishment.

Saya ulang sekali lagi, saya senang dengan kemampuan Barisan Nasional menghadirkan keseimbangan dari sisi ekonomi dan juga politik. Namun bukan semua dasar-dasar Mahathirisme yang saya persetujui.

Dan begitu pula, walaupun saya kadangkala terpengaruh dengan sentimen anti-establishment, bukan bermakna saya meraikan kemenangan tsunami Pakatan Rakyat pasca 8 Mac 2008.

Perhatikan pandangan saya;

1. Posisi PR sekarang tidak menguntungkan rakyat
2. PR mengganggu fokus Kerajaan dalam melicinkan urusan dan fokus pembangunan negara
3. Janji retorik PR tidak banyak yang berjaya dilaksanakan usai setahun pemerintahan mereka

Walaubagaimanapun, sebagai seorang pemerhati non-partisan, saya tetap berada di garisan tengah yang sedang menilai kemampuan dan keupayaan ahli politik negara. Garisan tengah itu, bergantung kepada bagaimana mereka mengendalikan objek-objek budaya sebagai ahli pembinaan tamadun bangsa.

Pemimpin yang menolak bahasanya sendiri, automatis akan terkeluar dari senarai pendek negarawan saya.

Tuesday, May 05, 2009

MERAGUKAN

1. Apakah pendirian sebenar kerajaan berhubung PPSMI sebenarnya?

2. Pemimpin bersilih ganti, dasar yang perlu diperbaiki dijadikan kambing hitam retorik politik.

3. Bahasa adalah produk budaya, agen seni dan pembina tamadun bangsa.

4. Bagaimana kerajaan Malaysia yang haharu boleh bertolak ansur terhadap melambat-lambatkan keputusan berkenaan isu sebesar tamadun ini?

5. Pemimpin jenis apa yang menolak bahasa dan produk budayanya sendiri?

Saturday, May 02, 2009

Slumdog Makkal Shakti


Dalam dunia jangkitan Influenza A1, ada turun dan ada naik.

Tidak, jangan salah faham. Bukan manusia sahaja boleh dijangkiti penyakit transformasi generatif genetik, mutasi juga boleh menular di dalam keabsurdan polisi politik.

Di Malaysia, setahun yang lalu, tepatnya 8 Mac, Makkal Shakti aka kuasa rakyat telah di-charge dan akhirnya telah me-revolt takdir falsafah politik negara.

Psiko-drama ini, yang membabitkan keseluruhan rakyat yang megnundi sebagai watak-watak utama telah berlakon dengan berjaya sekali. Jika ada anugerah Emmy, Globe atau Oscar sekalipun, agen-agen Makkal Shakti inilah yang patutnya mendahului senarai penerima, jauh lebih awal sebelum Slumdog Millionaire memenanginya.

Setahun berlalu, dan psiko-drama ini masih ditayangkan, dengan isu, konflik dan kausaliti yang tidak kehabisan modal. Menarik sekali, ada persidangan Dun di bawah pokok, ada cerita Hang Jebat, ada cerita undi-undi, ada cerita kapal selam, ada cerita perempuan Mongol, dan seperti yang saya katakan, modal aksi keabsurdan dunia polisi politik baru ini tidak kehabisan.

Agenda propaganda drama absurd ala-ala teater bangsat-wan ini sebenarnya apa?

Pemimpin bertukar ganti, agenda ditabur janji, namun rakyat marhaen dapat apa?

Politik kita semakin busuk, tercemar dan merbahaya. Persis virus Influenza A1. Saya tak sampai hati kata politik kita seperti gambar di atas.

Tetapi hakikatnya harus diterima semua!








This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]