Tuesday, December 30, 2008

apa kata obama?

APA KATA OBAMA?
































Thursday, December 04, 2008

PETISYEN

PETISYEN





Entri KURPEN Dr Rastom benar menarik perhatian saya. Berikut saya tampalkan di bawah tanpa pengetahuan beliau, haha.

    1. Melayu yang menggunakan otak semaksimum mungkin. Golongan ini menggunakan akal fikiran berdasarkan apa apa ilmu yang mereka dapati daripada pelbagai sudut dan sumber. Mereka melihat perubahan, dinamika sosial dan ekonomi setempat dan global, sentiasa terbuka minda untuk menerima idea atau gagasan baru. Inllah golongan yang bakal menyelamatkan bangsa dan negara kerana mereka sentiasa mencari dan merumuskan idea. Mereka tidak terlalu yakin dengan retorik Malaysia Boleh!
    2. Melayu yang mengharapkan otak orang lain. Golongan ini ramai, wujud sebagai pengguna yang disuap idea atau bahan fikrah melalui TV/akhbar dan cakap cakap kedai kopi. Mereka mengharapkan orang lain untuk berfikir bagi pihak mereka, yakni para wakil JKK, Penghulu, Tok Sidang, tok Batin, NGO NGO bidan terjun. Mereka juga mudah terpedaya dengan lambang lambang.
Saya juga kadangkala terjerumus ke dalam kelompok yang kedua. Kadangkala apabila komponen ilmu yang perlu diberi pemberatan seperti aspek kritikan, analisis dan penilaian diabaikan.

Isu juga begitu. Aspek kritikan haruslah terbuka, analisis dan penilaian harus dijalankan secara ikhlas dan jujur. Cara memandang, persepsi dan perspektif juga ada seninya.

Saya tidak pasti apa peranan dan bagaimana mekanisme petisyen ini secara signifikannya akan berhasil. Namun respon yang saya terima rata-rata terhadap isu ini adalah mewakili kelompok dari kumpulan yang kedua. Mereka, sebahagian besarnya bersikap 50-50 untuk menandatangani petisyen tersebut.

Inikah kesimpulan awal mengenai tangapan umum mengenai isu tersebut? Saya katakan, mereka yang tidak memahami isu sebenar PPSMI adalah golongan yang tidak membaca.

Tidak membaca menjadikan mereka jauh dari maklumat. Lebih jauh untuk menganalisis situasi dan yang lebih dangkal, gagal mewakili ilmu yang sepatutnya diwakili mereka.

Ya, bangsa saya masih malas untuk membaca. Telah banyak tulisan menanggapi isu PPSMI diterbitkan. Sebahagiannya oleh Dawama, mewakili DBP dan sebahagiannya oleh Persatuan Linguistik. Mudah dicapai di mana-mana pustaka buku.

Dan lebih banyak lagi di laman web. Kesturi.net ada menayangkan jawapan Prof Dr Shaharir terhadap Mahathir, Pn Ainon mewakili PTS melalui laman webnya.

Hanya orang yang malas, tidak akan berjaya menaggapi persepsi sesuatu isu. Lebih malang, golongan pemalas aka golongan no.2 inilah yang terbesar di negara kita, dan mewakili pemikiran sebahagian besar masyarakat.

Malang sungguh!



p/s: klik pautan di bawah untuk melihat dengan lebih jelas isu PPSMI

pautan 1
pautan 2
pautan 3
pautan 4
pautan 5
pautan 6

Wednesday, December 03, 2008

TUNAS CIPTA DISEMBER 2008

TUNAS CIPTA DISEMBER 2008


Bicara Tunas

Zul Fikri Zamir Mohamad Munir - Karya Serius Adalah Karya yang Berilmu

IDEALISME & SENI REVOLUSI

IDEALISME & SENI REVOLUSI





Saya percaya ada kekurangan dalam aspek sikap - aktivis dan penggiat politik mahasiswa. Ini bertolak dari sisi pandang provokasi. Memang tulisan yang pendek ini untuk menjentik sesuatu yang begitu-begitulah.

Fernand Braudel melalui
A History of Civilization menyatakan secara terang; seandainya Barat mahukan makna 'civilization' yang menyeluruh, maka Barat tidak harus menafikan sumbangan tamadun islam.

Dalam konteks dunia Islam kini, Mahasiswa - tidak kira aktivis pergerakan, pemimpin persatuan atau perwakilan memang ada menunjukkan stamina. Tetapi stamina tersebut bukan mengarah kepada sesuatu yang bersifat dasar.

Dasar sesuatu tindakan adalah ilmu. Dasar pergerakan adalah ilmu. Dasar persatuan adalah ilmu. Dasar aktivisme adalah ilmu. Dasar pemikiran adalah ilmu. Dasar idealisme adalah ilmu.

Maka mahasiswa - tidak kira apa aktivis apa sekalipun perlu percaya kepada ilmu. Hakikat proses pengilmuan - analisis, kritikan, penilaian serta kreativiti harus di ambil kira secara berat. Pemberatan - weightage terhadap aspek pengilmuan tersebut di samping dogma fundamental seperti hafalan perlu diberi nafas baharu.

Ya, memang mahasiswa perlu menyatakan sikap. Tetapi kehormatan dan kuasa memujuk datangnya dari ilmu. Jika tidak, segala tindak tanduk berupa pernyataan sikap mahasiswa akan dipandang enteng oleh masyarakat.

Krisis pemikiran moden ini -
confusion of mind seperti dikatakan Dr Abdulhamid Abusulayman dalam bukunya The Crisis in The Muslim Mind, atau 'the national inferiority complex' menurut Ismail Faruqi, atau uzlah hadariyyah (pemencilan peradaban) menurut Dr Taha Jabir, semuanya berpunca dari sikap.

Tunjukkan stamina dalam semangat meneroka ilmu, lebih mulia dari sibuk mengerjakan sesuatu yang tidak signifikan.

Psikologi Modernisme yang hadir seawal Revolusi Perancis telah melibatkan suatu pindahan asas dalam nilai, sikap serta pandangan menurut logis. Bagaimana harus mahasiswa perangi pengubahsuaian radikal konsep praktikal-pragmatis yang datang melanggar citarasa intelektual aqal-wahyu?

Pertentangan ideolog ini, aqal dan wahyu diserang hebat oleh kepersonaan terhadap tamadun dan budaya Barat. Merujuk perang budaya sebegini, bagaimana pengubahsuaian yang harus diterimapakai oleh gabungan mahasiswa di negara kita?

Yang perlu dilakukan - secara giat dan gratis adalah menyaring dan mengharmonikan peradaban sains dan teknologi dengan konsep ketuhanan dalam Islam. Idea ini yang perlu digembleng secara khusus dan menyeluruh, agar setiap tindakan menyatakan sikap yang diambil dipedulikan secara serius seterusnya memberi kesan signifikan.

Golongan mahasiswa, baik aktivis politis, sosial mahupun pelbagai jenis pergerakan dan pertubuhan sering menyatakan sikap terhadap sesuatu isu yang menyinggung mereka. Dalam masa yang sama, mereka gagal menanggapi sikap yang sebenar yang perlu mereka tajdidkan agar kewujudan mereka memberi kebaikan, bukan membazir masa semata.



This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]