Saturday, October 04, 2008

'Into The Wild'

'Into The Wild'


Ah, ada yang sudah menyoal mengapa rusuh-rusuh di pagi Fitrah. Bukankah seri kalau semua mengaku soal hati masing-masing?

Cuba bayangkan, kalau tonggak Keynesian pun boleh luluh dalam sekelip masa, mengapa demokrasi liberal sanggup menahan beban?

Saya gemar hidup bagaikan rama-rama. Bebas, melayang menurut rentak hati dan naluri. Itu, adalah fitrahnya.

Tetapi mengapa perlu menyimpan resah dalam bahasa yang sanskrit? Saya tidak fikir gergasi Tesco atau Carrefour ada menjual hipokrasi. Mungkin ada, tidak lama lagi pabila ramai yang sudah mula menyemai ikhlas.

Apabila tarikh baru diumum untuk harapan. Oh ya, ini sangat menarik. 'Into the Wild'.

Kalau Nietzsche dan Marx ketinggalan keretapi, mungkin saya dilahirkan untuk mengingatkan mereka.

Bahawa demokrasi juga tidak memerlukan keretapi. Bahawa liberalisasi juga ada stesennya. Kerana keretapi hanya akan membawa penghujung.

Sedangkan dunia tidak memerlukan penghujung.

Wednesday, October 01, 2008

BEBASNYA DEMOKRASI

BEBASNYA DEMOKRASI



Ada satu cabang aliran baharu di Malaysia yang semakin nyata sejak kebelakangan ini, iaitu kebebasan berpolitik. Revolusi liberal ini mungkin saja berputik semenjak kebebasan polisi ekonomi - pasaran bebas diperkenalkan.

Malangnya, sistem pasaran bebas yang telah membuahkan tahap kekayaan material yang tidak pernah dicapai sebelum ini juga sudah membuktikan ianya bukanlah satu-satunya sistem yang boleh kekal pegun. Ianya, juga boleh runtuh dalam sekelip mata. Lehmann Brothers sudah tentu meratapi semua ini. Kapitalis Fanny Mae, Freddie Mac ataupun gergasi AIG juga tidak sesekali menyangka barangkali.

Kebebasan berpolitik yang diamalkan kini dinamakan demokrasi. Fukuyama pasti bahawa demokrasi liberal yang diyakini dunia pada tamadun baharu ini tidak akan kekal lama. Beliau malah menafikan wujud perkara seperti kemajuan sejarah. Sehingga tamat demokrasi, maka manusia akan berada di penghujung sejarah.

Liberalisasi ini, percaya atau tidak jarang menguntungkan masyarakat bahawan, rakyat marhaen. Lihat bagaimana saya melihat semua ini.

Kita ada sekumpulan reformis yang tegar menegakkan keadilan. Tetapi dalam masa yang sama kita ada sekumpulan golongan elit yang memerintah. Maka si pemerintah akan sedaya upaya mengekalkan kuasa yang ada dengan pelbagai cara. Sang opurtunis reformis pula berhempas pulas atas nama keadilan menggugat kekuasaan si pemerintah. Elitis tersebut dengan kuasa dan pengaruh yang ada, mempunyai sedikit kelebihan berbanding sang opurtunis. Ekonomi menjadi anjing bahan rebutan mereka.

Si elitis dengan bongkak mengawal ekonomi. Dan sang opurtunis dengan yakin dapat menumbangkan si elitis tersebut.

Rakyat marhaen dapat apa? Harapan?

Tetapi keadaan tidak berubah. Harga bahan api kekal tinggi. Inflasi mencecah tahap paling tinggi dalam 25 tahun. Harga makanan tidak menurun. Kos hidup semakin bertambah.

Sistem penyampaian lansung tidak diperbaiki. Sistem pemgangkutan misalnya, kekal dalam tahap yang sama kerana ahli politik tidak lagi menumpukan perhatian terhadap kerjanya, sebaliknya lebih gemar bermain politik.

Maka politik sudah menjadi alat yang kotor. Isu dipelbagai. Sentimen ditiup supaya publisiti diraih. Perlembagaan yang tidak pernah dipersoal sudah berani diusik oleh ahli perlimen sendiri.

Perkembangan ini bukanlah sesuatu yang membawa kebaikan. Rakyat bawahan mendapat bahagian apa dalam drama tebusan yang dirangka sebegini?

Saya bukanlah penyokong tegar puak elitis si pemerintah. Juga bukan taksub ideolog alternatif. Saya membenci pelanggaran Perlembagaan oleh pemerintah dalam isu Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tetapi juga meyakini bahawa dalam politik ada adab dan akhlak.

Meliwat demokrasi bukanlah satu idea yang baik. Atau kalau ia benar-benar akan berlaku, jangkauan Fukuyama 16 tahun yang lalu bahawa demokrasi liberal juga bukanlah satu idea yang kekal.

Saya gemarkan perubahan. Nafas baharu dalam suasana yang lebih membangkitkan. Tetapi kalau perubahan itu kelak akan lebih selalu mempersoal tulisan arkaik bangsa saya- Jawi di papan tanda, atau menyamakan habuan zina dengan sedekah, atau melaung isu memperlahankan azan, mahupun melontarkan pendapat sendiri mengenai tudung, ia sudah memasuki medan baharu.

Mempersoal Perlembagaan lebih sinonim dengan melawan negara saya sendiri. Dan kalau liberalisme demokrasi yang didukung ini kelak mempersoal Perlembagaan, bangsa saya harus melawan dalam medan baharu.

Medan baharu ini akan mengorbankan demokrasi sedia ada. Walau apa cara sekalipun. Atau tidak, rakyat bawahan akan naik menggantikan elitis atau sang opurtunis yang hanya tahu berkata-kata!

'Rakyat akan menurut perintah sekiranya orang yang jujur diketengahkan dan diberikan kedudukan yang lebih tinggi daripada orang yang belot. Sekiranya orang yang belot diketengahkan dan diberi kedudukan yang lebih tinggi daripada orang yang jujur, maka rakyat tidak akan menurut perintah,'
-Lun Yu, Confucius


Rusuh Dalam Hati.


Rusuh Dalam Hati.





Izinkan saya berfikir begini;

Kalau hidup adalah satu perjalanan, maka mengapa perlu mencari? Estetika adalah pemberian. Kebijakan adalah pemandangan. Dan sebuah biografi yag baik sudah tentunya sejarah.

Sejarah selain perlu dipelajari, juga perlu bebas. Yakni tulus, ikhlas dan murni. Kalau sejarah adalah satu pembohongan, maka cinta perlu dikorbankan.

Kegilaan adalah semuanya. Klaau kita muak dengan kuasa, maka kita sukakan kesukaran.

Sebab itu cinta adalah kegilaan. Kerana kita semua perlukan kegilaan untuk terus hidup.

Izinkan saya menulis begini;

Masa tidak akan kembali. Teruskan tenggelam bersama kapal kecil meninggalkan negara. Mungkin laut adalah lebih baik dari daratan.

Atau daratan menulis sejarah yang tidak ikhlas. Dan laut lebih suci dari sejarah.

Semakin absurd semuanya, maka semakin dalam daratan tenggelam. Maka laut akan kekal relevan menggantikan daratan.

Kapal akan terus belayar di lautan yang sudi. Kerana lubang boleh ditampal. Tetapi hati tidak.

Izinkan saya berkata begini;

Kerana revolusi mental yang gagal, maka tradisi dilanyak dan kebutaan semakin membarah. Orang tidak lagi peduli. Pemimpin gilakan pangkat. Jiwa hilang tinggal dada.

Kerana tamakkan populariti, bangsa memijak maruah. Inilah yang ditunggu. Inikah yang diharapkan?

Hari Fitrah ini, apakah yang kau mahu sebenarnya bangsaku?


"Tanda zaman moden yang paling sejagat: manusia sudah hilang maruah dari kaca matanya sendiri sehingga ke tahap tidak masuk akal. Buat tempoh yang lama dia menjadi tumpuan dan wira tragis kewujudan secara amnya; kemudian setidak-tidak dia nekad mahu membuktikan dirinya berkait rapat dengan kewujudan yang muktamad dan pada dasarnya bernilai - sama seperti semua ahli metafizik yang hendak berpaut pada maruah manusia, dengan kepercayaan mereka bahawa nilai moral ialah nilai utama. Mereka yang telah putus asa dengan Tuhan akan berpaut jauh lebih kuat pada keyakinan prinsip moral".
-Nietzsche, The Will to Power




This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]