Friday, July 18, 2008
Skizofrenik
Skizofrenik

Leka mengejar kompleks teknologi, Hollywood lupa bahawa estetik makna datang secara bersahaja.
Mesej bukan terletak pada eksklusif janaan wang atau kompleksiti saduran dunia siber, tetapi pada tayangan nurani yang dibawa dari hati pengarah kepada mata penonton.
Kompleksiti janaan emosi yang akan menentukan tinggi rendah estetika makna di antara pengarahan cerita serta hubungannya dengan diri penonton.
Dalam A Beautiful Mind, John Nash menemui detik celik akalnya sewaktu melihat wanita di dalam sebuah bar. Malangnya, detik celik akal inilah yang membuainya dlam kesengsaraan apabila menderita skizofrenik.
Paling besar erti buat saya, perjuangan memerangi diri sendiri adalah proses sepanjang hayat. Skizofrenik secara maknawinya, hadir dalam diri setiap individu.
Saya sendiri seringkali menghadapi serangan peribadi. Yang penting bukanlah cubaan menangkis cercaan musuh, tetapi memperlengkapkan diri untuk melihat dunia baru.
Sebagai manusia biasa, saya bukanlah terlalu hebat untuk mempercayai keupayaan diri sendiri. Tetapi saya punya sebab untuk melihat dari sudut yang lain. Saya percaya, atas tiket individu adalah unik, Piaget harus bersetuju bahawa setiap orang mempercayai pandangannya sendiri adalah cantik.
Dulu, pabila saya dipujuk rayu untuk menganggotai sebuah pertubuhan perwakilan pelajar, saya tegaskan secara prinsipnya untuk menukar kepala perwakilan yang menjadi 'favourite' mereka. Alasannya, selagi orang yang sama, paradigma dan daya urus pergerakan akan menjadi terhad.
Secara idealisnya, untuk berubah, alternatif haruslah dicari. Reformasi diperlukan. Jika tidak, perubahan major tidak akan berlaku dan canang-canang lama akan dipukul kembali untuk menaikkan sentimen sensitiviti.
Satu tahun setengah berlalu dan jangkaan saya tepat. Hak pelajar terabai, kerja berpasukan semakin kompleks malah motivasi perwakilan serta idealisme pergerakan hampir tidak dipedulikan.
Saya tegaskan, untuk kelihatan berwibawa, pandangan perwakilan serta keputusan pergerakan haruslah dinyatakan kepada umum mengenai sesuatu isu. Isu kepimpinan semakin terdesak, hubungan antara pentadbiran dan pelajar terabai serta yang paling menjengkelkan, cubaan mengugut menjadi taktik terbaru pihak berkenaan dalam usaha menekan suara palajar.
Saya melihat suasana ini sebagai persekitaran negatif menjelang pilihanraya perwakilan pelajar yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Para pelajar diajar untuk melihat ketidakpedulian sebagai keperluan untuk mereka meneruskan pengajian. Ini adalah pengulangan kepada senario yang sama dalam politik semasa negara.
Parahnya, ketidakpedulian menjadi seakan falsafah pelajar terutama untuk memastikan tempat dan kedudukan mereka apabila graduat nanti.
Pergerakan adalah imej sentral dalam memperkemas budaya dan gaya hidup pelajar, terutama sebagai mahasiswa yang bakal membentuk anak murid di sekolah nanti.
Idealisme yang ditonjolkan dan didukung semasa berpersatuan akan menjadi batu asas kepada gaya pengajaran serta prinsip motivasi alihan kepada anak murid. Guru yang tidak mempunyai idealisme akan mengajar hanya butiran pelajaran tanpa bahan bantu moraliti. Murid akanb terkekang dengan keperluan peperiksaan tanpa memahami dunia adalah lebih penting daripada sehelai slip peperiksaan.
Sesungguhnya, melihat krisis kepimpinan dan pentadbiran yang berlaku ini adalah bagaikan melihat bola mini yang berputar di atas padang maya. Tiada bezanya dengan senario yang berlaku dengan suasana politik negara.
Fitna, tidak akan terbit tanpa pandangan kedua terhadap tafsiran mental. Dan imej adalah proksi terhadap kekaburan pemahaman.
Saya menyeru, ketidakpedulian yang dibudayakan ini ditentang agar imej baru terbentuk.
Masalah harus sentiasa wujud, tetapi jangan jadikan ketidakpedulian sebagai alasan.
Ugutan tidak harus mematikan motivasi idealisme. Kepercayaan harus datang dari dalam melalui keinginan.
Saya atau sesiapa boleh lontarkan kesedaran, sebagaimana Pak Anwar beriya mahu menurunkan harga minyak tetapi mampukah pembaca atau penguasa melangkauinya?
Jangan sampai kebejatan fitnah membosankan, atau jika sampai hari tersebut, manusia Melayu harus tidak punya identiti lagi.
Ah, skizofreniknya bangsaku!

Subscribe to Posts [Atom]