Tuesday, April 29, 2008
Dari Jerman ke Kubang Rotan
besi berani ombak
BESI BERANI OMBAK

Ada sebab mengapa Ayah Pin cuba untuk mengubah dunia. Lebih lagi dunia Melayu - stereotaip horizon malas. Atau, kita perlu sedar dengan ikhlas mengapa Wak Turkiman sampai sanggup bela babi - juga untuk mengubah dunia.
Dunia akan berubahkah?
Jerman tidak pernah lupa pada Holocaust. Begitu juga Haji Murat, sampai sanggup mengkhianati Shamil. Percayalah, sesuatu tidak akan kekal. Mugabe juga jatuh.
Dunia, memang berubah.
Nah, bukankah kedua penyataan ini berunsur kontradiksi? Yang jatuh akan bangun, dan yang berputar akan kembali ke titik asal.
Sumber perubahan, koordinat motivasi yang kekal. Kalau dunia memang akan berubah kepada titik asal, bahawa yang jahiliah akan kembali, waima bisikan halus akan berkumandang.
Ke mana, arah perubahan tersebut?
Semua boleh menjerit, kembalikan khalifah, berikan keadilan, kesamarataan dan sebagainya hatta pakatan rakyat sekalipun. Namun kita akan selalu lupa kuasa di sebalik semua itu.
Seperti kapal terbang kertas, meluncur jauh laju dengan stamina dan motivasi, tetapi tetap jatuh hina ke tanah jua.
Perubahan tidak menunggu kita. Atau, nantikan sumpahan perubahan yang kita laungkan selama ini.
Perubahan, tidak kenal simpati. Takut bermain air, jangan gatal memandang ombak!

Sunday, April 06, 2008
ISLAM AKAN MENGGANTIKAN DEMOKRASI LIBERAL

Ada sebab untuk Fukuyama menghujahkan kemunasabahan untuk manusia berbincang tantang Sejarah manusia yang mempunyai kesepaduan dan haluan yang akhirnya akan menjuruskan sebahagian besar menusia kepada demokrasi liberal.
Yakni pengaruh 'ekonomi' serta 'perjuangan demi memperoleh pengiktirafan'.
Di sebalik runtuhnya sistem warisan pemerintahan beraja, fasisme dan yang terbaru komunisme, Fukuyama amat yakin bahawa demokrasi liberal jua mungkin membentuk 'takat akhir evolusi ideologi manusia', atau dengan kata lain, 'penamat sejarah'.
Mengambil kira pengalaman politik dari Hitlerisme, Stanilisme hinggakan Pol Pot, Fukuyama juga tekad menafikan bahawa ada wujud perkara seperti kemajuan sejarah.
Nah, kalau sejarah yang dikenalpasti menurut Hegel sebagai suatu proses evolusi yang tunggal dan koheren dan dikenalpasti oleh Fukuyama sebagai satu titik penamat, berkeperluan untuk kita menjenguk definisi baru yang lebih terapeutik.
Terapeutik dalam erti kata terapi untuk mengubat kembali kerosakan yang telah dijana sepanjang perjalanan manusia sejagat ini sehingga ke saat ini.
Saya menjangkakan Islam akan mengisi kekosongan ini, menggantikan demokrasi liberal yang ekstremis, merawat ideologi-ideologi thymos retorik dan membangun sendiri sebagai satu cara hidup bertamadun.
Tidak salah untuk kembali menggelarkan dunia sehingga tahap ini kembali merudum ke zaman kegelapan, dengan pelbagai racun yang dibawa oleh demokrasi liberal.
Lihat Iran misalnya, bagaimana ideologi Islam tumbuh mekar sebagai sebuah pusat tamadun dan fasiliti spiritual yang menakutkan blok demokrasi liberal.
Fukuyama membayangkan apabila secukup gerabak akan tiba ke bandar dan sesiapa yang waras akan mengakui hanya ada satu perjalanan dan satu destinasi.
Antitesisnya, perjalanan masih boleh diteruskan. Keluar dan naiki gerabak baru.
Inilah masanya untuk kita keluar dari gerabak tersebut setibanya di bandar nanti, dan mulakan perjalanan baru dengan menaiki gerabak yang baru.

Subscribe to Posts [Atom]