Sunday, January 13, 2008

PERSPEKTIF DAN EMOSI

PERSPEKTIF DAN EMOSI



Kita boleh ada perspektif. Maka dalam ketentuan hukum logik dan waras akal, kerap kita gadaikan keperluan etika dan estetika.


Tetapi ya, perspektif milik kita.

Maka kita berhak berdasarkan emosi menggunapakai bingkai pemikiran sendiri-sendiri.

Saya sering terperangkap dengan masalah ini. Di antara bingkai pemikiran sendiri-sendiri dengan perspektif dan emosi.

Di antara psiko-analisis Freud, persekitaran dan latar belakang dengan persepsi Rogers dan self-centerednya.

Pespektif ini, menurut emosi membawa kita menelusuri jalan-jalan pemikiran yang berlainan.

Seperti perspektif Pierre Heumann dalam Spiegel Online mengenai Bush, ataupun pendapat Baradei mengenai program nuklear Iran di dalam IRNA ataupun kegilaan masyarakat kita hendak menjadi artis.

Kerna itu, kadangkala membiarkan otak berlatih sendiri dalam mencari makna dan fatwa pergolakan adalah lebih baik daripada bertaklid buta di samping menegah itu dan ini.

Kerna keraguan adalah awal keyakinan, maka dunia ini akan lebih baik jika setiap emosi di dasari oleh perspektif yang berasas.

Ada saja pelbagai sekolah pemikiran yang lain, tetapi menganggap itu betul dan ini salah adalah maktab doktrin yang pelbagai sifatnya.

Maka apabila ada desas desus karya Sasterawan Negara digantikan dengan karya POP penulis popular dalam KOMSAS, indoktrinasi lebih senang dijalankan.

Mengkelaskan rakyat menerusi kuasa perintah dari pemerintah. Kononnya secara halal.

Taktik ini telah lama digunapakai oleh Barat.




DI MANA SHARLINIE?


Sunday, January 06, 2008

SELAMATKAN TAHUN BARU 2008

SELAMATKAN TAHUN BARU 2008



Rasanya baru setahun yang lalu saya katakan kepada diri sendiri, selamatkan tahun baru 2007.

Tiba-tiba 2008 menjengah tanpa saya selamatkan tahun 2007 itu.

Maka oleh yang demikian, terpaksa sekali lagi saya mengatakan kepada diri sendiri agar selamatkan tahun baru 2008.

Walaubagaimanapun, saya mengelak memulakan tahun baru ini dengan azam baru. Kerana apa yang tertinggal akan tetap tertinggal jika kita mulakan semuanya dengan yang baru-baru belaka.

Yang tertinggal, akan tetap tertinggal. Tersorok, tersepuk dan berhabuk menjadi satu episod di celah-celah busana memori dan rak kehidupan.

Oleh sebab itu menurut perspektif saya ada ketidakperluannya untuk kita tidak memulakan tahun baru dengan azam baru kerna sesuatu yang baru itu akan menyebabkan kita meninggalkan sesuatu yang telah kita impikan pada tahun yang lalu itu.

Maka itu adalah satu ketidakadilan untuk azam yang lama, kerna belum sempat ia dicapai kita sudah memanjakan diri dengan memulakan sesuatu yang baru.

Azam lama akan kekal lama, dan tidak akan selesai hingga beratus tahun sekalipun.

Dan kita akan kekal celaru, untuk mengekalkan azam lama ataupun membuat penyesuaian atas nama pembaharuan.

Kecelaruan azam lama bercampur baur dengan kekeliruan azam baru.

Kita jadi bobrok. Kita jadi lembam. Kita jatuh sesat.

Sebagaimana sesatnya buku di atas.

Sakit dan pedihnya hati ini telah dubati oleh kekeliruan tersebut.

Kalau Benazir tidak mati, ataupun Dr Chua tidak mengaku, ataupun tol tidak naik, ataupun minyak masak masih banyak, ataupun kalau..kalau..kalau..

Inikan tahun baru, antara produk budaya dan justifikasi kapitalisme, siapa lagi yang peduli?


This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]