Thursday, March 29, 2007
Katarsis



Sunday, March 25, 2007
Ayat simplistik
Beberapa hari lepas, ada timbalan menteri ugut para guru dengan ayat yang agak simplistik, PINDAH atau BERHENTI?
Saya sedar isu ini agak 'outdated'. Tapi implikasinya terhadap minda, pemikiran, perasaan dan fahaman saya agak terganggu. Saya juga sedar, sebagai seorang penjawat pra-perkhidmatan, saya terkekang dengan pagar-pagar ciptaan yang mungkin sedang memantau tulisan saya ini.
Namun saya belajar semester ini suatu subjek kritikal yang mengajar kami menganalisis secara kritikal. Dan saya berpegang kuat pada fahaman bahawa proses kognitif itu suatu proses yang tidak boleh dikekang. Berfikir dan berfikir, hanya melaluinya kita akan mendapat jawapan. Cuba untuk menjadi kritis, memandang dunia dengan bingkai yang fleksibel, serta yang penting, memusatkan aplikasi kognitif itu berdasarkan pegangan saya.
Sebelum ini, saya dilabel anarkis. Saya tidak peduli. Saya akan cuba mempersoal setiap undang ciptaan sedia ada yang kurang munasabah. Hingga ke tahap yang paling tinggi, saya dilabel terlalu idealis. Juga memakan diri. Dipanggil ke HEP bukanlah sesuatu yang menghairankan. Penawarnya, seorang pesara yang baru bersara memuntahkan segala macam realiti kehidupan bertuankan MANUSIA, bukan TUHAN. Saya faham segalanya selepas itu. Saya, bukan keseorangan.
Dan kehidupan yang berasaskan masa, jarum dan proses mekanikal putaran setiap 60 kali, menenggelamkan sedikit sebanyak fokus minor saya. Hinggakan ke tahap yang paling kritikal, untuk memegang surat khabar itu suatu yang paling susah untuk dinikmati. Inilah panahan mengejar waktu.
Dan timbalan menteri tersebut, mengungkapkan sesuatu yang janggal pada perkiraan saya. Untuk bersifat positif, katakanlah beliau bukan berasal dari linkungan keluarga pendidik. Masalah terbesar beliau, tidak memahami konsep kehidupan keguruan itu sendiri. Dan beliau diletakkan di kementerian yang tersebut. Tahniah.
Sudahlah sistem pendidikan kita dihenyak dengan pemahaman yang sonsang, menghafal itu bagus untuk kelansungan hidup, hingga hikmah kehidupan itu ditinggalkan buta-buta. Kita dihentak juga dengan budaya popular, hedonis dan segala macam katarsis sosial yang melekakan, kini, para pencurah ilmu kita diugut bagaikan lagak mereka seorang pesalah pula.
Saya tidak banyak pilihan. Saya hanya boleh menulis. Walaupun kuasanya sangat kerdil, saya percaya usaha yang berterusan kerana Allah SWT ada manfaatnya.
1. Guru adalah lubuk ketamadunan sesebuah bangsa negara. Motivasi mereka untuk mengekalkan daya tujah mobiliti sosial rakyat. Mereka tidak layak diperlakukan bagaikan pesalah.
2. Guru adalah punca pemikir bangsa. Hanya melalui mereka, sesebuah bangsa mampu memproses kegiatan kognitif mereka sebagai satu proses kehadapan. Guru lebih dari setakat robot yang boleh ditekan suis mati dan hidup.
3. Unjuran keperluan guru perlu dirombak sebagai salah satu penyelesaian masalah. Jangan takut gajikan mereka selagi mereka ada, proses pendidikan adalah keperluan, bukan jet mewah yang tidak tentu hala dan sebagainya. Sekolah di Malaysia berdepan masalah kekurangan guru di sekolah (cuti, kursus, program lain dan sebagainya), bukan lebihan guru bersepah-sepah.
4. Keperluan guru menyelesaikan masalah sosial melalui model rumah tangga berjaya mereka yang boleh dicontohi. Kebanyakan guru mempunyai sistem keluarga yang lebih dinamik dan tahap pendidikan anak-anak yang leboih tinggi. Ini hanya boleh dilakukan melalui penyatuan keluarga dan motivasi, bukan atas dasar paksa-memaksa.
5. Keperluan dan hak anak bangsa untuk mempunyai guru yang boleh dijadikan idola atau semangat kehidupan mereka. Kebanyakan murid di pedalaman mendapat guru yang dilabel bermasalah, sengaja dihantar atas rekod dahulu. Ini adalah ketidakadilan sosial bagi mereka memandangkan mereka juga berhak mendapat guru yang benar-benar komited dan bermotivasi, bukan guru yang dihantar atas nama rekod.
Guru untuk disanjung. Guru untuk dihargai. Guru untuk dirahmati atas nama keberkatan ilmu yang dicurahkannya. Melainkan guru yang terlingkup dek sistem hafal-menghafal atau turut-menurut. Bekerja untuk Tuhan iaitu ALLAH SWT, bukan untuk MANUSIA. Ini pesan guru saya.
Saturday, March 24, 2007
malu?
Kecanduan memekak, penyakit saraf, kanser hati, tumor otak, buta hati, otak bungkus dengan plastik, apa lagi yang boleh kita simpulkan untuk konsert murahan malam sabtu yang melanda kini?
dalam pada kita 'kemaluan untuk membaca dalam bahasa sendiri', tidak pula kita kita kemaluan untuk menyanyi dalam bahasa sendiri..
baca penuh di link di atas..
manifestasi pemasaran
moraliti cetek (elemen reaksioner)
tarik beg
terlalu banyak wang dan masa
terlalu sedikit benda lain nak difikir
generalisasi
generasi pasca-Islamisasi
promosi “budaya Barat”
program tulen hedonis
tambunan sampah sarap program TV (idiot box?)
kebolehan 15minit
rancangan hampas yang meloyakan tekak
bahan lawak antarabangsa
p/s: entri ini saya poskan pada 7 jun 2006, tapi masih relevan memandangkan virus ini kembali menyerang kepala otak manusia melayu tahun ini..apa lagi yang mampu kita harapkan?
Sunday, March 18, 2007
masa waktu & jam
Subscribe to Posts [Atom]



