Wednesday, February 28, 2007

iklan 1345

IKLAN!!

1345 di 'mitos pawana'..

Tuesday, February 27, 2007

Ada apa dengan bahasa melayu?

Ada Apa Dengan Bahasa Melayu?

"Negara seperti Amerika Syarikat dan Britian yang berpaksikan bahasa Inggeris sebagai bahasa keilmuan pasti terpahat di minda meskipun Jerman, Perancis, Rusia, Jepun, Itali dan Korea yang berkembang dan maju melalui bahasa ibunda masing-masing jauh lebih maju."



“Tidak ada satupun negara yang telah maju sekarang mengguna bahasa asing (bahasa Inggeris) dalam meneroka dan membina kemajuan mereka."


“Semua negara maju ini sekarang mengguna bahasa ibunda yang berteraskan adat budaya setempat masing-masing apabila mereka cipta dan mengembangkan kemajuan sains dan teknologi mereka,”

"AS dan Britian maju kerana mereka mengguna bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Inggeris. Jerman, Perancis, Jepun, Korea, Itali dan Rusia yang jauh lebih hebat inovasi keilmuannya dalam sains adalah hasil penggunaan bahasa yang berteraskan budaya asal nenek moyang masing-masing."

“Untuk maju dan membina tamadun peradaban, sesuatu bangsa itu mestilah menguasai dan mengguna bahasa ibunda tulen mereka sendiri dalam penguasaan ilmu serta menjadi peneroka ilmu baru seperti tokoh sains Islam silam bukan sebagai pengikut,”



p/s: baca penuh di sini..

Sunday, February 18, 2007

Bahtera Ilmu





Bahtera Ilmu yang ditubuhkan sebelum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan kata keramat kemerdekaan iaitu sekitar tahun 1956 hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-2, pada tahun 1954 di Johor Bahru, sebagai institusi yang diamanahkan menjaga Bahasa, Sastera dan Penerbitan berbahasa Melayu
Peranan merubah wajah Bahtera tersebut, dilakukan secara tergesa-gesa, tersembunyi dan licik oleh si Kitul, Raja Mandalia dan Ratu Sihir yang bermaustautin di dalam bahtera ini.
Harus diingat penjelmaan bahtera ke alam Melayu ini dengan suatu tujuan murni iaitu memperjuang serta memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu, sekali gus sebagai pemegang amanat dan benteng terakhir umat atau bangsa Melayu: mempertahankan teras bangsa iaitu bahasa dan persuratan Melayu sehingga kini.
Walaupun demikian, dari segi anjakan makna tersurat dan tersirat, ternyata kehadiran semula si Kitul alias Brutus dengan nasihat Ratu Sihir, Bahtera Ilmu perlahan-lahan layarnya koyak, tiang serinya patah dan kemudinya tercampak ke laut lepas.
Namun, yang amat mendukacitakan anak kapal bahtera, kerana Bahtera Ilmu yang dulu sangat gagah, berwibawa dan dikagumi oleh manusia di Kepulauan Melayu, Asia Tenggara dan antara bangsa telah menjadi pondan semenjak tahun 2005 hingga kini kerana ketidakcekapan kaptennya, malah sangat bergantung kepada nasihat Ratu Sihir yang hanya pandai mengampu dan mengugup secara halus. Sedangkan Ratu Sihir tersebut secara nyata dan jelas tidak mampu untuk memikirkan sesuatu perancangan yang besar dalam menaikkan imej bahtera.
Permainan tersebut, sudah tidak asing lagi bagi tiang, cermin, dinding dan badan bahtera sebab semua anak kapal yang lama menghuni bahtera, kenal akan gerak lidahnya, sikapnya dan percakapannya
Sepak terajang, silat kuntau, simbol retorika, puji tersilih dan gerak tari dramatik dan retorika anda, hanya orang kampong yang tidak mengetahui latar belakang anda dan menonton rangkaian tv terpencil ‘Cakap Semasa Walau berat Sebelah' dan membaca kolum anda di surat mingguan yang anda kendalikan, tentu akan kagum melihat retorika anda, tetapi tidak kami anak kapal bahtera yang kenal siapa sebenarnya manusia ini...
...setelah gagal menyelesaikan ijazah Sarjana (M.A.) di salah sebuah universiti di United Kingdom (UK), sedangkan segala pembiayaan belajar di UK dibiayai oleh Bahtera Ilmu... malah berlagak lebih kuah daripada sudu?
Tragedi ngeri yang sedang melanda Bahtera Ilmu kini kerana tangan perahu dan pengayuh telah mengayuh Bahtera Ilmu ke dunia pengurusan dan pentadbiran semata-mata, serta membelakangkan ilmu yang menjadi teras kebanggaan bahtera iaitu Bahasa, Sastera dan Penerbitan semenjak berpuluh tahun yang lampau.
Oleh yang demikian, wajarlah jika diuar-uarkan bahawa Bahtera Ilmu kini ibarat daun-daun kering yang berguguran di tepi-tepi jalan raya yang kemudian akan disingkirkan ke dalam lori sampah oleh pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana tidak ada lagi manfaat yang dapat diharapkan darinya.
Bahtera Ilmu kini bukan lagi menampilkan suara memperjuang, memartabat dan mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu, bahasa pendidikan, bahasa perpaduan, bahasa kebangsaan, bahasa perdagangan dan lainnya, malah Bahtera Ilmu makin terumbang-ambing dalam aktivitinya yang semakin kabur.
Tetapi sayang seribu kali sayang, kerana campur tangan si dia lebih mementingkan status quonya dan cita-cita besarnya, maka dia lebih mengutamakan pengurusan dan pentadbiran Bahtera Ilmu daripada masa depan Bahtera Ilmu. Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya kewujudan Bahtera Ilmu adalah atas perjuangan rakyat, ahli-ahli bahasa, sastera, budayawan, sejarawan, agamawan dan penerbit dalam bahasa Melayu, bukan ahli pengurusan dan pentadbiran.
Maka wajarlah jika kini Bahtera Ilmu ibarat si buta kehilangan tongkat dan nelayan kehilangan pengayuh. Kerana nahkoda Bahtera Ilmu kini tidak memiliki visi dan misi yang jelas, malah visi dan misi bahtera yang sudah cukup stabil pun dilanggar dengan sewenang-wenangnya sehingga fungsi utama bahtera sebagaimana termaktub dalam Akta Pelayaran 1978 pindaan 1995 terhumbang ke belakang. Yang menjadi keutamaan bahtera kini iaitu pentabiran dan pengurusan. Sedangkan fungsi terasnya itu bahasa, sastera dan penerbitan secara realitinya ‘hidup segan mati tak mahu’.
**baca penuh di sini**



PTPTN

PTPTN


Namun demikian, yang menyedihkan kita adalah tidak ramai dari kalangan ibubapa
mahupun pelajar itu sendiri melihat dengan mata hati akan apa yang berlaku.
Hampir tidak kedengaran munculnya golongan yang mempertikaikan apa yang
dilakukan oleh kerajaan, dari segi sama ada tindakan kerajaan ini bertepatan
dengan Islam atau tidak. Kebanyakan pihak seolah-olah ‘mengakui’ bahawa apa yang
dilakukan oleh kerajaan itu adalah sesuatu yang patut atau dengan kata lain,
tidak bersalahan dengan agama. Masing-masing tidak bangkit untuk bertanya,
apakah di dalam Islam, sesebuah kerajaan itu berhak mengenakan bayaran sesuka
hati ke atas rakyatnya yang ingin menuntut ilmu? Apakah yang dilakukan itu haram
atau tidak? Jika haram, apakah kita hanya dituntut berdiam diri menyaksikan
keharaman ini, atau kita wajib berusaha untuk menghapuskannya?




Pada masa di mana semua umat Islam beriman dengan hadis Rasulullah bahawa
menuntut ilmu itu adalah wajib, di dalam masa yang sama mereka tidak peka atau
bertanya lebih lanjut, kepada siapakah Allah bebankan kewajipan untuk
menyediakan segala sarana dan prasarana pendidikan, demi membolehkan umat Islam
itu menuntut ilmu? Mereka juga tidak bertanya, apakah Islam yang merupakan satu
agama yang sistematik ini tidak mengatur urusan pendidikan umatnya? Adakah Islam
tidak membahas semua ini? Inilah padahnya apabila kita hidup dan dibesarkan di
dalam sistem kufur ciptaan manusia, sehingga pemikiran kita diracun sepenuhnya
oleh cara berfikir yang telah penjajah kafir tanamkan. Rata-rata umat Islam
hanya memilih jalan untuk berdiam diri dan pasrah dengan apa yang ada. Mereka
tidak mahu mengkaji bagaimanakah sistem pendidikan Islam, apatah lagi berjuang
untuk menegakkan kebenarannya. Alangkah jauhnya mereka dari Islam!



Dengan sistem kufur kapitalis yang diamalkan
sekarang, pihak pemerintah telah mengenakan bayaran kepada setiap pelajar, dari
peringkat rendah, menengah hinggalah ke peringkat universiti. Pendek kata,
apabila anak-anak telah mula memasuki alam persekolahan, ibubapa, khasnya yang
berpendapatan rendah dan sederhana mula pening kepala. Apa tidaknya, dari
peralatan sekolah, buku teks, buku latihan, yuran dan sebagainya semuanya
terbeban di atas bahu mereka. Semakin tinggi tingkat persekolahan, semakin
besarlah beban tersebut, apatah lagi apabila anak-anak berjaya meneruskan
pelajaran hingga ke peringkat universiti. Justeru, tidak hairanlah apabila kita
sering mendengar bahawa terdapat ibubapa yang tidak menghantar anak-anak mereka
ke sekolah semata-mata kerana tidak mampu membayar perbelanjaan sekolah.
Semuanya menjadi satu beban yang berat. Tambah memeritkan bagi peminjam PTPTN,
riba sebanyak 4% (1999) atau 3% (2004) dikenakan untuk bayaran balik hutang,
walaupun pekerjaan belum tentu dapat diraih. Ini belum lagi peristiwa-peristiwa
yang dipaparkan dalam akhbar tentang wang pinjaman yang lewat diberikan oleh
kerajaan [BH 16/06/06], pelajar terpaksa mengikat perut, makan mee segera,
sehingga ada segelintir pelajar melakukan perkara-perkara maksiat untuk
menampung perbelanjaan. Isu pembiayaan ini juga memberi kesan kepada ribuan
pusat latihan dan kolej swasta yang terpaksa berkubur kerana jumlah pelajar yang
semakin berkurangan akibat tiadanya pembiayaan [UM 02/02/06].




Inilah impak nyata dari penerapan sistem kapitalis di
dalam negeri umat Islam. Pendidikan yang sepatutnya disediakan oleh negara
secara percuma sepenuhnya dan merupakan satu kemudahan serta hak rakyat, kini ia
menjadi satu bebanan dan lebih buruk, dicampur dengan unsur-unsur haram di
dalamnya. Pemerintah bukan setakat mengenakan bayaran yang tidak sepatutnya,
malah mereka mendapat ‘keuntungan’ pula dengan riba yang dikenakan.



PTPTN dikatakan kononnya dapat membantu rakyat untuk menampung kos pembelajaran
dan sara hidup yang semakin meningkat. Ia sebenarnya adalah satu daripada
pelepasan tanggungjawab kerajaan. Semenjak 1990-an, bantuan kewangan kerajaan
kepada pelajar institusi pengajian tinggi telah semakin berubah daripada
biasiswa kepada bentuk pinjaman. Selain itu PTPTN telah diserahkan tugas untuk
menyalurkan pinjaman kepara pelajar. Perubahan atau peralihan tugas ini
dirasakan perlu atas alasan permintaan memasuki pengajian tinggi meningkat dan
kerajaan ingin meluaskan peluang melanjutkan pendidikan. Program pinjaman ini
dikatakan memberi faedah yang lebih besar. Selain itu ada juga yang mengatakan
jika pelajar diberi biasiswa, mereka tidak menghargainya sehingga tidak belajar
bersungguh-sungguh dan ada yang mengamalkan corak perbelanjaan yang berlebihan.
Ia dikatakan adil kerana pihak yang yang mendapat faedah terbesar secara
langsung adalah para pelajar dan ia merupakan satu pelaburan untuk masa hadapan.
Ini semua benar jika dilihat dari sudut kacamata Kapitalis. Semua asasnya adalah manfaat dan balasan
fizikal.




Kesemua alasan ini hanyalah pengalihan perhatian daripada tanggungjawab
kerajaan. Pada hakikatnya jaminan peluang dan biaya pendidikan adalah
tanggungjawab kerajaan sepenuhnya. Ia sepatutnya menyediakan kesemua kemudahan
untuk belajar dan membuka peluang kepada setiap individu rakyatnya untuk
mendapat pendidikan tanpa batas. Ia adalah sebagai tanggungjawab dan bukannya
untuk meraih manfaat. Selain itu alasan tidak menghargai dan berbelanja
berlebihan adalah tidak wajar kerana ia adalah kes terpencil. Daripada satu
kajian yang dijalankan mengenai pembiayaan dan perbelanjaan pelajar di beberapa
buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia pada 2004, daripada 1200
responden, hanya 16% menerima satu sahaja sumber pembiayaan iaitu PTPTN. Ini
bermakna mereka tidak ada sumber kewangan yang lain. Selebihnya terpaksa
mendapatkan sumber tambahan seperti meminta daripada ibubapa dan keluarga,
bekerja sambilan, menggunakan wang simpanan sendiri, pinjaman daripada keluarga
dan rakan, wang zakat dan lain-lain. Lebih 27% pelajar mengakui pernah atau
sedang bekerja sambilan. Fenomena pelajar bekerja semasa melanjutkan pelajaran
akan semakin meningkat dengan meningkatnya kos pendidikan. Pelajar yang tidak
mendapat pinjaman PTPTN mengakui mereka menanggung beban kewangan dan mengalami
tekanan.




Tambahan lagi, mengapa pula perlu dibandingkan pendidikan di Barat dengan
pendidikan di dalam negara. Apakah ia hanya sekadar untuk menjustifikasikan
tindakan? Namun jika perbandingan benar-benar ingin dilakukan, ia mestilah
dibuat dari seluruh aspek, bukan dari satu sudut sahaja. Sebagai contoh, jika
dilihat dari sudut pembiayaan pendidikan, sistem pembiayaan pendidikan di Barat
dapat dikategorikan kepada empat jenis. Jenis pertama adalah subsidi penuh
sehingga pendidikan benar-benar percuma. Contohnya di Jerman dan Austria,
pendidikan adalah percuma sejak Sekolah Rendah hingga ke peringkat kedoktoran
(PhD). Jenis kedua pula adalah mirip jenis pertama, cuma biaya hanya disediakan
di peringkat pendidikan tinggi sahaja dan masa dihadkan contohnya hanya sehingga
mencapai umur tertentu atau tempoh pengajian tertentu. Setelah itu, mahasiswa
akan dikenakan bayaran jika kelulusannya tertunda. Contoh negara yang menerapkan
sistem seperti ini adalah Belanda.



Jenis ketiga adalah pembiayaan pendidikan percuma hanya sehingga peringkat
Sekolah Menengah, tetapi peringkat pengajian tinggi dikenakan yuran, walaupun
masih bersubsidi. Jenis keempat adalah pendidikan pembiayaan sendiri. Caranya
bermacam-macam; ada yang melibatkan komuniti atau alumni, kerjasama dengan
industri atau perbankan (kredit pendidikan), atau menjadikan pendidikan sebagai
aktiviti komersil. Contoh ini banyak di Amerika, walaupun ada juga model jenis
ketiga. Apa yang jelas dari keempat-empat model ini, terdapat model di mana
negara menanggung sepenuhnya biaya pendidikan rakyatnya. Persoalannya, jika
benar-benar nak merujuk kepada Barat, kenapa ‘model percuma’ ini tidak dijadikan
ikutan? Ternyata terdapat sikap ‘double standard’ di sini. Apapun, bukanlah
minat kami untuk melakukan perbandingan dengan Barat, cuma kadang-kadang hal ini
membuatkan kita terfikir, bahawa negara yang jelas-jelas kafir, adakalanya jauh
lebih baik menjaga kebajikan rakyat berbanding negara yang mengaku Islam.



Di dalam Islam, menuntut ilmu adalah wajib dan tidak boleh diabaikan. Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ”Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim.”
[HR Ibnu Adi dan Baihaqi]. Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan setiap Muslim
untuk menuntut ilmu dan mendapatkan berbagai ilmu yang diperlukannya dalam
kehidupan. Ilmu dianggap sebagai sesuatu yang wajib dan termasuk keperluan serta
hak asas setiap individu. Berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, baginda telah mengarahkan tawanan Perang Badar
untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat
penebusan mereka. Dengan tindakan ini, yakni membebaskan para tawanan dengan
cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah
menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah
(seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang
seharusnya menjadi milik Baitul Mal.



Rasulullah juga bersabda, “Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala
(pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [HR Ahmad,
Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar]. Hadis ini dengan jelas meletakkan
tanggungjawab pemeliharaan atau penjagaan ke atas bahu para pemimpin. Justeru,
di dalam bidang pendidikan, memberi pendidikan dan menyediakan segala kemudahan
yang berkaitan dengannya adalah wajib ke atas setiap pemimpin dan semuanya mesti
disediakan secara percuma kepada rakyat. Dia wajib menjaga rakyatnya, bukan
membebankan rakyatnya. Bebanan yang diletakkan ke atas bahu rakyat adalah satu
bentuk penindasan dan kezaliman oleh sang pemimpin. Maka, haram ke atas pemimpin
melakukan maksiat ini dan mereka pasti akan disoal oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala di atas kezaliman dan dosa yang mereka lakukan.



Selain hadis-hadis di atas, terdapat kesepakatan (Ijma’) sahabat tentang
pemberian gaji kepada para guru yang dananya diambil dari Baitul Mal, dan
anak-anak kaum Muslimin tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk belajar. Wadhiyah
bin Atha meriwayatkan: ”Di Madinah terdapat tiga orang guru yang mengajar
anak-anak. Khalifah Umar memberikan nafkah kepada tiap-tiap mereka lima belas
dinar setiap bulan.” (satu dinar = 4.25 gram emas). Di samping itu, para
khalifah sepanjang masa ketika Daulah Khilafah Islamiyyah memerintah, juga
memberikan pendidikan percuma kepada warganegaranya. Hal ini menunjukkan bahawa
masalah pembiayaan pendidikan adalah tanggungjawab negara. Atas dasar ini,
negara wajib menyediakan pendidikan percuma kepada warganegaranya, sama ada
Muslim maupun kafir dzimmi, agar mereka boleh menjalankan kewajibannya (menuntut
ilmu) atau memenuhi keperluan asas mereka.



Negara wajib menyediakan pendidikan secara percuma
bagi setiap warganegaranya,
sama ada yang fakir miskin mahupun kaya. Setiap
warganegara berhak memperolehi
pendidikan percuma di semua peringkat
pendidikan. Segala kos tidak boleh
dikenakan, bukan hanya yuran, tetapi juga
termasuk perbelanjaan buku, peralatan
dan lain-lain. Semua bayaran
pendidikan, termasuk gaji pendidik (guru), tenaga
bukan akademik,
infrastruktur sekolah, alat bantuan belajar dan mengajar,
alat-alat sokongan
lain yang diperlukan (seperti asrama pelajar, klinik
kesihatan, pejabat
pentadbiran dan lain-lain) semuanya wajib disediakan oleh
negara secara
percuma. Rakyat dibolehkan menyumbang untuk menyediakan
kemudahan-kemudahan
tersebut sebagai bentuk amal jariah, tetapi bukan sebagai
tanggungjawab.
Pemimpinlah yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah Subhanahu
wa Ta’ala
terhadap terpenuhnya segala kemudahan-kemudahan tersebut, sesuai dengan sifatnya
sebagai pemelihara umat.

Setiap pemimpin wajib bersungguh-sungguh berusaha
meningkatkan perolehan pendapatan negara, seperti yang telah dicontohkan
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam mengelola perekonomian negara,
agar boleh memenuhi keperluan asas bagi setiap warganegaranya, bukan sahaja di
dalam sektor pendidikan, malah sektor kesihatan, keselamatan, insfrastruktur dan
semua yang lain. Negara tidak hanya sekadar berkewajiban menyediakan pendidikan
percuma, tetapi juga berkewajiban bertindak sebagai penyelenggara sistem
pendidikan yang berkualiti, dengan asas pendidikan dan tujuan pendidikan
sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Bagaimana negara (Khilafah) dapat
menjalankan semua tanggungjawab ini secara sempurna memerlukan perbincangan yang
berbeza. Buat masa ini kami hanya memfokuskan perbincangan kepada prinsip
pembiayaan pendidikan di dalam Islam secara umum.

p/s: keratan diatas saya kopi-peskan dari Hizbut Tahrir Malaysia, menyingkap persoalan mengenai sistem kapitalis yang sedang seronok menyerap masuk ke dalam sistem saraf manusia melayu islam di Malaysia. Saya tidak faham mengapa manusia melayu-islam di sini sangat bermurah hati memangkah Mawi untuk membolehkan beliau mendapatkan sebuah lagi kereta, sedangkan beliau kita ketahui sudah mempunyai banyak kereta. Ini bibit-bibit kapitalisme yang sedang menyerang sisi justifikasi kita. Dalam kerisauan rakyat menghitung hari mengira kos sara hidup yang semakin meningkat, timbul pula cerita pinjaman PTPTN ini. Untuk perspektif yang menyeluruh, sila baca artikel penuh ini disini.


1 trilion

1 Trilion
antibelit04 said...

Salam!!
Datuk..kawan tertanya-tanya kenapa
datuk tidak mengeluarkan isu Trade negara 1 trilion sebagai satu diskusi yg menunjukkan betapa kita telah dispinkan oleh media?. Hanya bertanya.
Apapun saja nak info kat datuk
disini beberapa pandangan foromer di MYKMU yg berbincang mengenai trade 1 trilion disini.
Komen
1:[url=http://www.imageup.biz/][img]http://www.imageup.biz/uploads/2e4a72e705.jpg[/img][/url]
Kalau kita tidak lihat TOTAL TRADE
dan tengok NET TRADE atau good side of BALANCE OF PAYMENT, kejayaan yang di
kompangkan ini tak ada benda. Semasa Tun berhenti, trade surplus untuk 2003
& 04 adalah pada tahap 97.7 dan 104.5 billion. Momentum dari peningkatan
hasil usaha Tun untuk turnaround ekonomi dari tahun 2000 telah membawa lanjakkan
NET TRADE ke 114 billion untuk 2005. Peningkatan lebih kurang 10% trade boleh
dikatakan berkait rapat dengan peningkatan harga minyak. Kalau harga minyk tidak
naik, agak2 berapa NET TRADE kita? Sebenarnya kawan mahu perbandingan di buat
dari tahun dia mengambil alih tampuk kerajaan. Dan kawan mahu lihat perubahan
dua sektor utama semasa pentadbiran AAB Kaki Tidor ia-itu distributive trade dan
manufacturing?.
Selain itu kawan mahu tahu,
performance Public Sector (Civil service) dan AGriculture (non cash crop -
plantation)? Apa cerita tahap inflation? Statistic employment dan unemployment,
dan consumer, macam mana pula? Inilah namanya spin ... nursery rhyme utk tingkt
4 spin spin spin the facts, making it the news, tell tell tell a lie for people
to believe then sell sell sell let the country dies. . Ingat orang bodoh
ke?
yg kedua...Investments in 2005
amounted to RM31 billion. Last year, the amount went up to RM46 billion. Hence:
Malaysia is back on the global investment map. A record RM46 billion was
invested in 1,077 approved manufacturing projects last year by local and foreign
investors, a 48 per cent jump from the RM31 billion invested in 2005. [New
Straits Times] Now let’s look at the numbers real close. A huge chunk of that
RM46 billion — to the tune of RM11.44 billion or about 25% of the total — came
from the petroleum and petrochemicals industry. Compare that to 2005, when
investments in the industry amounted to only RM735 million. In fact, RM10.88
billion (about 95%) of the money pumped into the industry in 2006 was domestic
investment, not foreign investment.
Here’s another fact: Nearly 80% of
that RM10.88 billion came from just one project — a RM7.86 billion crude
petroleum refinery in Kedah being built by SKS Development (Syed Mokhtar’s da
man). The rest is largely made up by another two plants — RM2.04 billion for the
expansion of Petronas’ methanol plant in Labuan and a RM1.06bil butanediol plant
by Panca Intan Sdn Bhd (who?). These huge investments in the petroleum and
petrochemical industry skew the picture, because if you take away these three
plants, you end up with a figure of RM35 billion (as opposed to the celebrated
RM45 billion) for total investments in 2006. This is much closer to 2005’s RM30
billion worth of investments (if we exclude the RM735 million invested in the
petrochemical and petroleum industry that year).
Still, the good news is we managed
to pull in a total of RM20.23 billion worth of FDI in 2006, compared to RM14.69
billion in 2005 and RM17.09 billion in 2004. The bulk of the foreign investment
— RM8.60 billion or 42% — was in the MNC-dominated electrical and electronics
industry. Together with domestic investments, the industry attracted about RM10
billion or 22% of total investments last year.
However, a comparison with 2005
numbers raises some concerns. In 2005, domestic and foreign investors poured in
RM13.8 billion into the electrical and electronics industry, which is about 38%
more than last year. As I blogged earlier, the industry accounts for a big chunk
of our exports, and in that sense, it has a very large influence on our economy.
Take all this into account, and you will be able to see beyond the “RM46 billion
vote of confidence”. I’m not saying we did badly in attracting investments last
year. It’s just that if you put things into perspective, you get a better picture.
A much better picture.
so...saya hanya minta komen datuk..TQ
p/s: ini saya kopi-peskan dari komen di A Kadir Jasin bulat-bulat walaupun sudah outdated. tiada niat menuduh, menyebar atau manipulasi. cuma saya tertanya-tanya setelah senak tertekan untuk membayar harga minyak yang tidak turun, harga tol yang semakin naik, sistem sara dan kos hidup yang meningkat, dimanakah persoalan ini boleh dijawab dan oleh siapa. kalau benar ekonomi negara sedang meningkat, mengapa rakyat tidak bersama merasai dan menikmatinya dan terlalu banyak persoalan-persoalan lain yang kadangkala kalau boleh saya tafsirkan sebagai membunuh minat saya untuk mendengar dari satu pihak saja. oleh yang demikian, untuk persepsi & perspektif yang lebih efektif, ini mungkin salah satu daripadanya.

Monday, February 12, 2007

Satu halaman setahun

Satu halaman setahun..

Tahun 80-an dulu, satu halaman setahun. Dah nak masuk lebih 30 tahun kini, ada perubahan agaknya?

Nak membina tamadun? Iran yang kesenakan dek sekatan ekonomi pun berjaya cipta pesawat syahid mereka sendiri, kita?

Kita terlalu selesa, terlalu kenyang, terlalu gemuk, banyak lemak hingga orang minta bangun berdiri pun tak nak.

Hiduplah kita, dalam dunia kita sendiri..

Saturday, February 10, 2007

Nikmatilah

Nikmatilah..
6 bulan selepas ini kita dijangka mengalami kemarau. Oleh yang demikian, langkah berjaga-jaga sedang diusahakan oleh pihak tertentu.

Kesan daripada bencana ini akan mengakibatkan sistem kehidupan umat Melayu Malaysia yang sangat dan terlebih selesa ini terganggu. Betapa mudahnya jika Allah ingin menarik satu persatu daripada terlebihnya nikmat yang diberi percuma tanpa dihargai oleh penikmatnya.

Pertamanya nikmat air sebagai salah satu asas kehidupan. Kekurangan air akan menyebabkan keseluruhan sistem keselesaan ini terganggu. Bermula dari soal mandi seawal pagi, masalah menyucikan diri dari najis, masalah mendapatkan air bersih untuk keperluan makan & minum dan perkara ini akan berlarutan dari aspek individu membawa kepada kesan terarah yang lebih besar komunitinya sebagai contoh masalah kepada pelajar sekolah asrama hinggalah kepada kilang-kilang yang seterusnya boleh membawa masalah kepada pekerja dan ekonomi malah produktiviti negara.

Itu, baru air. Masalah lain yang boleh dijangkakan setakat ini adalah masalah kemungkinannya terjadi kebakaran hutan di Sumatera & Sarawak. Ini akan menimbulkan masalah jerebu seterusnya. Nikmat kedua yang ditarik adalah nikmat kualiti udara yang selama ini kita hirup percuma tanpa ada sedikit pun timbul niat untuk mensyukurinya. Masalah kualiti udara ini akan membawa kita berhadapan dengan masalah kesihatan pula. Jangkitan paru-paru dan segala macam jenis penyakit akan timbul menarik nikmat ketiga iaitu nikmat kesihatan kita pula. Dalam masa yang sama, nikmat penglihatan kita juga ditarik bersama. Bayangkan anda memandu di lebuhraya 25km sejam kerana jarak penglihatan yang terhad, kapal terbang banyak yang terpaksa ditangguh jadual dan seribu satu jenis kemudaratan lain yang mungkin tak tercapai dek akal kita nanti.

Adakah kita mahu menyalahkan kerajaan diatas bencana yang melanda ini? Kerana apa? Rasuah? SPR tidak telus? Kutip & kebas duit rakyat? Tidak amanah? Kronisme? Jika tahap pemikiran kita pendek, iyakan saja. Tetapi jika kita berusaha memandang dari sisi yang lain, Moscow, New York & Britain juga mengalami ketidaktentuan cuaca, sama seperti kita. Sesungguhnya, untuk bersifat lebih adil, segala macam bala bencana yang sudah menimpa dan bakal jatuh bertimpa ini, tidak lain & tidak bukan, untuk peringatan bersama.

Pertamanya agar kita sebagai khalifah, manusia yang mentadbir alam mengurangkan kehendak nafsu tahap rendah yang menggadai malah memanipulasi alam untuk kegunaan & kepentingan sendiri.

Kedua, keupayaan berfikir yang melangkaui aras kebiasaan agar kita mampu kembali kepada norma kehidupan berasaskan agama yang tekal, Islam semestinya. Kalau masalah air berlaku kelak, alhamdulillah, ramailah yang bakal mengunjungi masjid semata-mata untuk bekalan air. Kalau yang menggunakan otak, semestinya itu satu kemaluan yang tidak terhingga kerana mengunjungi masjid hanya untuk keperluan diri sendiri, tetapi mengabaikan tanggungjawab kepada Allah, Tuhan yang sepatutnya menjadi prioriti kehidupan ini.
Dan ketiga, agar kita sedar bahawa kehidupan ini bukat setakat untuk dinikmati, bukan sekadar untuk sajian nafsu tahap rendah, bukan untuk dirai secara berlebihan. Cukuplah sekadar apa yang telah ada, dengan menginsafi bahawa terdapat manusia yang lebih teruk dari kita. Setakat mana usaha Melayu berfikir masalah Palestin misalnya.
Dan yang penting sekali, kesederhanaan. Benar manusia itu tidak pernah cukup permintaan & keperluannya. Tetapi itulah yang perlu dirombak dan dicerna sebaik mungkin, agar pembudayaan baru dapat difikir & dilaksanakan. Kalau manusia ini sangat menginginkan air, jadilah seperti di Johor baru-baru ini, 2 kali Allah beri peringatan dalam jangka waktu yang pendek. Dan kalau manusia itu membazir pula nikmat air itu, tunggul sajalah kesannya untuk beberapa bulan kehadapan ini.
Kesedaran kita, ini baru permulaan. Baru aspek air yang Allah perlihatkan. Tetapi pembudayaan masyarakat kita sekarang? Budaya hiburan berlebihan, masalah sosial bersepah, membunuh anak sesuka hati, melawan ulama, isu murtad malah seribu satu polarisasi sonsang menuju kejatuhan peradaban yang sangat sadis.
Tak lama, beberapa bulan saja lagi. Nikmatilah..
p/s: peringatan ini tidak lebih usaha penulis dalam berfikir dan memperbaiki diri sendiri..tidak lebih dari itu..

pendidikan di malaysia?

PENDIDIKAN,

DI

MALAYSIA?


Berdaya

Saing;

Efektif;

Istiqamah

Posted on May 18, 2005
Filed Under Ulasan / Esei

Nik Nazmi Nik Ahmad

2004

Kabinet pertama Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi membawa pembaharuan dalam pentadbiran pendidikan di Malaysia, selepas hampir 50 tahun merdeka. Kementerian Pendidikan telah dipecahkan menjadi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Dengan memberi fokus kepada Kementerian Pelajaran di bawah Hishamuddin Hussein Onn; adakah dasar pendidikan negara pada abad ke 21 boleh memenuhi kriteria-kriteria ini: berdaya saing; efektif dan istiqamah?

Pendidikan dahulu dilihat sebagai portfolio terkanan di Malaysia, sesuai dengan sejarah UMNO pada waktu itu yang mendapat dokongan guru-guru. Perdana Menteri kedua sehingga keempat: Abdul Razak Hussin, Hussein Onn dan Mahathir Mohammad semuanya pernah menjawat Menteri Pendidikan. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim; dan Timbalan Perdana Menteri terbaru, Najib Abdul Razak – juga pernah memegang jawatan yang sama.

Tetapi sejak tahun-tahun 80an sehingga kini, Kementerian Pendidikan / Pelajaran lebih dikenali kerana perubahan dasar yang ketara antara satu menteri dengan menteri yang lain; bukannya sesuatu yang dapat memperkasakan dan memperkayakan kebolehan, jatidiri, akhlak dan semangat keilmuan untuk anak-anak Malaysia. Pengenalan Penilaian Tahap Satu (PTS), pertambahan subjek UPSR, perubahan sistem SPM, pengenalan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris – semuanya dilakukan dengan semangat ‘mee maggi’ – semuanya hendak segera belaka, tanpa kajian dasar yang mendalam dan menyeluruh. Faisal Tehrani pernah berkata bahawa sekolah adalah makmal dan pelajar adalah radas-radas ujikaji. Menteri-menteri pendidikan kita memandang mereka sebagai radas semata-mata sambil terlupa bahawa mereka insan dan anak-anak kita yang akan mewarisi negara ini suatu masa nanti.

Dalam era globalisasi hari ini, kepentingan dasar pendidikan yang berdaya saing tidak boleh dinafikan. Pengenalan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dibuat atas kesedaran ini. Tetapi perubahan tersebut belum pasti efektif; sekadar dasar yang memenuhi keinginan elit yang tidak berpijak pada realiti masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Begitu juga dengan dasar Sekolah Bestari yang diwarwarkan suatu ketika dahulu; amat mudah memikirkan slogan-slogan yang menarik, memikirkan pelaksanaan yang efektif dan realistik sesuatu perkara yang berbeza. Masalah rasuah dan tender dalam penyediaan prasarana sekolah belum diselesaikan, inikan pula nak memastikan semua sekolah mendapat akses Internet yang bermutu. Malah ada yang mengatakan pelbagai projek-projek gah ini semata-mata untuk memenuhi kocek pihak-pihak tertentu, bukannya untuk pembangunan pendidikan di negara kita.

Usaha membina daya saing boleh dilakukan dengan melahirkan pelajar-pelajar yang berfikir, kreatif dan inovatif – dengan melakukan anjakan paradigma dari budaya pendidikan Malaysia yang terlalu berteraskan kelulusan di atas kertas. Sehingga kini pelajar-pelajar tidak dihormati sebagai insan yang mampu berfikir; tetapi sebagai tong kosong untuk disumbat dengan kurikulum yang tersedia. Meskipun wujud dasar yang dikenali Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif – ia hanya satu lagi slogan menarik yang gagal menjana reformasi untuk budaya pendidikan formal di Malaysia. Dari peringkat paling awal lagi anak-anak kita dihadapkan dengan tekanan peperiksaan dan obsesi kita mendapat ‘A’.

Kelemahan struktur sistem pendidikan kita terbukti apabila amalan tiusyen berleluasa sebagai suatu kebiasaan di kalangan keluarga kelas atasan dan kelas menengah negara kita. Amalan tiusyen sebenarnya melambangkan wujud kepincangan serius dalam struktur pendidikan kita – sama ada sistem kita gagal mendidik anak-anak dengan secukupnya, ataupun sistem kita terlalu menekankan peperiksaan. Kala gaji yang rendah dikalangan guru juga memberikan insentif untuk guru-guru mengambil upah memberi tiusyen. Walaubagaimanapun, ini menimbulkan kemungkinan terjejasnya mutu pengajaran guru-guru tersebut. Tambahan lagi sistem ini mengeruhkan lagi perbezaan sosioekonomi pelajar – pelajar-pelajar yang dari keluarga senang mampu untuk pergi ke tiusyen dan mendapat guru yang terbaik (baca: termahal); sedangkan pelajar-pelajar dari keluarga yang susah sama ada tidak mampu ke tiusyen langsung atau menghadiri tiusyen yang murah. Memberi subsidi untuk tiusyen sebenarnya suatu pembaziran; lebih baik wang tersebut dibelanjakan untuk memperbaiki sistem pendidikan kita, termasuk kala gaji guru, kemudahan asas di sekolah dan lain-lain lagi.

Kepentingan bahasa Inggeris juga sememangnya terbukti. Tapi wajarkah kita mengorbankan perjuangan menegakkan Bahasa Kebangsaan yang pernah menjadi darah daging UMNO suatu ketika dahulu dengan serta-merta kerana kita sangkakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan membantu anak-anak kita bersaing? Matematik misalnya bukan subjek yang memerlukan penguasaan ‘Queen’s English’; murid-murid yang sederhana penguasaan Inggerisnya boleh membuat transisi tersebut dengan mudah tanpa banyak masalah seperti produk sistem pendidikan kita dapat bersaing di universiti-universiti antarabangsa dengan jayanya.

Tambahan lagi, kemampuan guru-guru dan pelajar mengikutinya juga suatu masalah yang besar. Sekali lagi pelaksanaan serta-mertanya mengejutkan logik; tetapi kegilaan pentadbiran kita untuk melihat hari esok menjadi realiti serta-merta bukan perkara asing lagi. Yang merananya nanti pelajar-pelajar dan guru-guru jugalah; dan kesannya akan sampai jua akhirnya pada negara kita sendiri.

Peningkatan Bahasa Inggeris harus kita tekankan selari dengan bahasa-bahasa lain seperti Arab, Hua Yu (Mandarin), Jepun, Perancis dan lain-lain lagi. Sedang kita berbangga belajar mengira ‘one, two, three’ orang di negara-negara berbahasa Inggeris kini menyedari kepentingan bahasa lain seperti Perancis, Sepanyol dan Mandarin. Mereka pasti mengidam-idamkan kekayaan budaya negara kita di mana pelbagai bahasa digunakan masyarakat secara meluas. Kita sering mengikuti tren yang ketinggalan zaman.

Penekanan terhadap bahasa boleh ditingkatkan dengan perubahan kurikulum pembelajaran bahasa tersebut, pendekatan yang menitiberatkan pembacaan yang luas bukannya penghafalan tatabahasa (grammar) yang rigid dan kaku.

Pokok pangkalnya, kebolehan berfikir lebih penting dari kebolehan berbahasa Inggeris!

Kementerian Pelajaran seharusnya menumpukan usaha terhadap kajian yang menyeluruh dan mendalam agar pelajar-pelajar kita diberikan ruang untuk berfikir, dan agar sistem peniliaian yang ada bukan berasaskan menghafal sahaja, tetapi lebih holistik untuk mengukur kemampuan pelajar secara berkesan. Dengan pendekatan yang sesuai, pelajar-pelajar Malaysia dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar-pelajar lain dalam persaingan dunia hari ini. Kita tidak mahu hasil sistem pendidikan kita hanya mampu menjadi pekerja kolar putih yang cemerlang; kita mahu mereka turut menjadi pengurus, usahawan, saintis, ahli akademik, sejarahwan, penulis, tok imam, ahli falsafah, politikus – malah penjaja dan pekerja kolar biru yang cemerlang dan dapat berfikir. Sifat mengarut sistem pendidikan kita terserlah misalnya dengan pendidikan moral di mana pelajar-pelajar wajib menghafal ‘16 nilai-nilai murni’!

Melahirkan insan yang holistik akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan perubahan dunia yang begitu pesat hari ini. Dasar pendidikan yang ada sekarang menekankan pelajar-pelajar di‘compartmentalise’ seawal mungkin mengikut aliran-aliran tertentu. Tetapi tidak dinafikan sistem sijil terbuka SPM sedikit sebanyak dapat mengubah fenomena ini, cuma lebih baik kiranya dapat kita kembangkan lagi keanjalan pendidikan di negara kita.

Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan Malaysia semestinya meraikan kepelbagaian budaya sesuai dengan kemajmukan negara kita. Memikirkan bahawa asimilasi pendidikan akan mengubah segala-galanya ialah satu tindakan berakal pendek yang harus difikir sedalam-dalamnya – kita sepatutnya membenarkan anak-anak kita untuk mengikuti pendidikan sama ada mengikut sistem sekolah kebangsaan, madrasah ataupun pendidikan vernakular independen.

Pendidikan majmuk akan membolehkan masyarakat kita mempertahankan asal usul kita yang pelbagai, dan sesuai dengan globalisasi yang menghidangkan kepelbagaian sejagat. Tidak dinafikan elemen yang sama perlu wujud dalam mana-mana sistem pendidikan tersebut – matapelajaran seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan mungkin sebuah subjek – pengajian Malaysia (bukan serupa dengan pengajian Malaysia yang wujud hari ini) boleh diwajibkan. Matapelajaran pengajian Malaysia membolehkan pelajar mempelajari pelbagai budaya yang membentuk Malaysia dan menghargainya. Elemen-elemen yang menjadi asas kemerdekaan negara seperti demokrasi, masyarakat majmuk yang harmoni dan keluhuran perlembagaan amat penting sebagai asas pembentukan warganegara yang unggul; sebagai satu ikatan dalam kemajmukan sistem yang berfungsi selari.

Pembinaan Bangsa Malaysia yang bersatu padu dan harmoni bermula pada saat paling awal sistem pendidikan hinggalah saat terakhir; dengan membayangkan sebuah program jangka pendek (baca: Program Latihan Khidmat Negara) dapat menyelesaikan masalah sistemik yang sudah berakar umbi selama 11 tahun menjadi simbol tentang segala apa yang salah dalam pendekatan sistem pendidikan kita. Bayangkan jika RM 500 juta (dan masih tidak mencukupi) yang diperuntukkan untuk PLKN disalurkan kearah membaiki kemudahan-kemudahan asas dan kala gaji guru-guru di sekolah?

Kepentingah istiqamah atau konsistensi di dalam dasar pendidikan juga penting. Menjadi Menteri Pelajaran tidak sepatutnya menjadi platform mencipta slogan dan ‘soundbite’ yang menarik – tetapi perlu dilihat sebagai tanggungjawab besar dalam mendidik anak bangsa dalam jangka masa yang panjang. Setiap pelan dan tindakan yang diambil harus dilihat dalam konteks jangka masa tersebut, maka memerlukan kajian yang mendalam mengenai kesannya, keberkesanannya dan kemampuan negara untuk melaksanakannya. Dahulu reformasi pendidikan dilakukan selepas kajian yang menyeluruh dengan laporan-laporan dan cadangan yang komprehensif – seperti Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan Penyata Mahathir. Setiap cadangan harus dibuat dengan telus dan terbuka sesuai dengan semangat demokratik dan tidak mengikut ‘mood’ seorang individu.

Pendidikan ialah satu elemen yang penting, meskipun golongan guru bukan lagi menjadi tulang belakang UMNO – yang kini ‘ditulangbelakangkan’ oleh golongan korporat (dan serentak dengan itu kepentingan portfolio kewangan menjadi lebih utama). Dasar pendidikan yang membolehkan rakyat Malaysia dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran akan menjadi dasar terpenting dalam pembangunan negara era globalisasi. Dasar pendidikan yang menghargai kebolehan berfikir seseorang insan pula akan menjadi kunci pembangunan ketamadunan dan nahdah budaya yang paling unggul. Tetapi dasar pendidikan yang rojak – akan menghasilkan produk yang cacamerba. Dasar pendidikan yang komersial tetapi statik akan menghasilkan pelajar-pelajar yang berfungsi seperti robot – hebat tetapi perlu diarah dan gagal berfikir.

Kita menantikan Penyata Hishamuddin yang boleh menjadi asas pendidikan negara untuk dua dekad yang datang. Adakah ia akan kesampaian?

p/s: artikel ini saya kopi-peskan dari niknakzmi.com, bulat-bulat supaya dapat dicerna & dihadam dengan baik, mana tahu ada sesuatu di sebalik udang?


This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]