Saturday, September 30, 2006

RAMADHAN DAN PALESTIN

RAMADHAN DAN PALESTIN
Tatkala kita berbuka puasa dengan pelbagai jenis juadah dihidang, tatkala kita solat dan sujud di atas tikar yang penuh empuk di masjid ini dan tatkala kita bersenang lenang mengamalkan ibadah puasa dengan pelbagai jenis kemudahan yang disediakan, sedarkah kita bahawa di sisi yang lain, saudara seagama kita sedang berperang dengan ketakutan, diasak dengan pelbagai jenis perang psikologi, mengamalkan ibadah puasa dengan segala macam provokasi, berbuka dengan juadah yang seadanya dan menjalankan ibadah terawih dalam kegelapan, gara-gara ketiadaan bekalan elektrik?
Sedarkah kita semua umat Islam di Malaysia khususnya warga IPIP bahawa krisis di Tebing Barat adalah krisis kemanusiaan terbesar yang pernah dialami oleh sejarah dunia ini? Sedarkah kita umat Melayu-Islam Malaysia bahawa sedang kita sibuk memikirkan juadah yang bakal kita nikmati di waktu berbuka ataupun sedang kita berasak-asak di pasar Ramadhan memilih juadah berbuka, bahawa kanak-kanak Palestin sedang bergasak dengan pengganas Zionis yang saban hari mengancam kehidupan mereka tidak mengira bulan Ramadhan? Ketakutan, keadaan serba kekurangan dan segala macam penghinaan yang dihadapi oleh saudara seagama kita di bulan Ramadhan ini sepatutnya menjadi motivasi kepada kita agar tidak menjadi lalai di bumi sendiri. Dalam konteks Ramadhan khasnya, kekurangan yang dialami oleh saudara kita di Tebing Barat menjadi pemangkin asas kepada kita agar menjalankan ibadah puasa dengan lebih baik dan berkesan dengan menggunakan sebaik mungkin kelebihan dan kemudahan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Dalam merencana perbelanjaan berbuka dan bersahur contohnya, tiada keperluan untuk kita berbelanja berlebih-lebihan kerana ramai saudara kita tidak dapat menikmati pembaziran yang melampau seperti yang diamalkan dinegara ini.
Allah berfirman dalam Surah al-Isra’ ayat 26-27;
“Sesungguhnya pemboros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya..”
Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya Baitul Maqdis Tanggungjawab Setiap Muslim menyatakan sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjid Al-Aqsa bukanlah masjid milik mereka sahaja, tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat bumi ini. Begitu juga Palestin bukanlah hanya milik generasi masa ini sahaja tetapi milik seluruh generasi Islam sampai hari kiamat. Apabila orang Palestin atau sebuah kelompok dari mereka mengalami kelemahan kerana ditimpa oleh kesusahan yang membuatkan mereka menyerah, maka diwajibkan keatas seluruh kaum Muslimin di setiap tempat untuk bangkit bergerak bagi menyelamatkan Baitul Maqdis sebagai satu perkara yang difardhukan oleh Allah.
Signifikan dengan pernyataan di atas, warga IPIP khasnya Melayu-Islam perlu muhasabah kembali diri masing-masing. Dalam usaha kita menyediakan diri dalam menjalankan ibadah puasa dengan sebaik yang mungkin, kita perlu merefleksi diri dan berusaha mencari titik korelasi yang
sesuai dengan isu Palestin untuk membentuk sebuah resolusi baru dalam kita menghadapi keadaan yang sedang menggasak ummah ini. Mulakan hidup yang lebih simplistik tetapi menyumbang kepada Islam secara kolektif. Dalam kontinum masa perjuangan kita menentang pengganas Israel dan Amerika, kita perlu menghadirkan kekuatan motivasi dalam menyediakan diri agar lebih bersedia dan berupaya melawan serangan jahat pengganas budaya yang sedang teruk membelasah sistem budaya dan kehidupan semasa kita. Kita perlu segera bersedia mencari alternatif terbaik melawan segala macam bentuk penjajahan ini, terutamanya kekotoran sosial dan budaya hidup hedonisme yang dihidangkan dan disuapkan ke dalam mulut kita sejak dari kita lahir lagi. Kita tidak mempunyai kekuatan fizikal untuk menghadapi serangan ini, tetapi kita masih mempunyai kekuatan hati dan spiritual, yakni percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW. Hanya dengan ini, satu-satunya jalan yang dijanjikan kebenaran dan kemenangan oleh Al-Quran, kita mampu gunakan sebagai perisai dan senjata dalam menangani dakyah jahat pengganas Zionis dan Amerika tersebut.
Kita perlu bersedia di mana sampai ke satu tahap nanti kita mampu menjawab kepada Allah SWT akan tanggungjawab kita. Konotasi negatif pihak barat hendaklah kita serang kembali dengan akhlak, iman dan amal yang teguh terhadap Islam. Kebobrokan sosial yang sedang kita alami hendaklah kita manipulasi dan adaptasi dengan bijaksana, memandangkan tugas kita sebagai bakal pendidik adalah penting dalam membina tamadun dan peradaban yang lebih baik buat anak bangsa yang tercinta. Kausaliti terhadap kerelevanan setiap tindak tanduk kita hendaklah kita kaji, memandangkan kesenangan yang kita hadapi bukanlah alasan paling munasabah untuk kita menjadi bangsa yang lalai. Kenang nasib saudara kita di Palestin, dalami sejarah mereka, kuasai fakta utama yang mampu kita hujahkan andai berdepan dengan segala macam agenda Yahudi dan sebarkan informasi mengenai penderitaan mereka seluas mungkin. Semoga dengan itu, sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban penderitaan mereka. Teliti kembali nikmat yang diberi oleh Allah SWT terhadap kita dan niat utama kita meniti kehidupan ini. Jika bukan kerana Allah, apalah fungsi dan prioriti kita berlapar dari pagi hingga ke malam selain semata-mata untuk menunjuk..
*Tazkirah ini telah disampaikan pada malam 4 Ramadhan 1427 di Surau Nur- Hidayah IPIP

Wednesday, September 27, 2006

Don't Buy Into War!


Fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi : “Seringgit yang kita gunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan seringgit untuk Israel membeli sebiji peluru untuk membunuh kanak-kanak Palestin”


Sumber : Baitul Maqdis Tanggungjawab Setiap Muslim oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi


Sunday, September 24, 2006

Ramadhan, Ramadhan, Ramadhan!!!


"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)


Diantara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi Kesegar kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bilamana darah kita terlampau asid, bila berpuasa semua asid akan detox dan darah akan kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi
10. Puasa boleh menurunkan berat badan
11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata

Satu kaedah yang paling sempurna dan paling mustajab untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan manusia dan untuk menghindari dari segala macam penyakit ialah melalui berpuasa, sama ada berpuasa dibulan Ramadan atau berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Bilamana anda telah berpuasa pada waktu tersebut anda telah dapat membantu diri anda kearah kesihatan total, baik kesihatan fizikal, mahupun mental. Puasa boleh memanjangkan umur anda dan membuat anda muda sepanjang waktu.

Selamat Berpuasa!!!

Sumber : http://fasting.xaper.com/contact.html

'Perempuan MELAYU Terakhir'

Saya mempunyai seorang rakan. Comel. Pandai. Putih. Segala-galanya bagaikan sempurna, untuk seorang Perempuan Melayu. Menarik perhatian saya ialah pegangan utuhnya mengenai penampilan dirinya. Dia bisa berbaju kurung, hatta ke aktiviti apa sekalipun (tengok wayang, jalan-jalan dll). Masih ingat lagi kata-katanya; "kalau orang lain dah tak nak berbaju kurung, biar dia seorang menjadi Perempuan Melayu Terakhir yang memakai baju kurung. ."

Perempuan yang seorang ini juga pada saya, mempunyai stamina yang tinggi. Dia bisa berfikir tanpa henti. Dia bisa melakukan kerja tanpa mengira masa. Dia hampir boleh melakukan apa sahaja. Tahap pemikirannya sangat positif, dan hampir tidak diserapi oleh budaya kuning yang agak serong. Baru-baru ini ada sedikit perubahan darinya. Dia mulai obses (kalau sesuai, agaknya) mengenai pelbagai isu. Terutamanya mengenai agenda saya. Mengapa sekarang, dan mengapa Bahasa Melayu?

Menurutnya, Islam adalah universal. Melalui bahasa apa sekalipun, ilmu itu jika dapat disampaikan, tiada masalah. Persoalannya, mengapa sekarang dan mengapa Bahasa Melayu. Saya kira persoalan ini, menjadi persoalan asas kepada setiap orang yang mengenali saya. Mereka yang hidup dengan saya semasa Zaman Jahil saya pasti barang sedetik, terfikir akan ini.

Saya memerlukan masa dalam mengumpul sedikit stamina untuk menjawab dengan baik persoalan ini. Dari sisi yang lain, saya mempunyai asas yang kuat mengikut hukum logik dalam mengemukakan setiap pelakuan saya yang sebelum ini. Penelitian saya terhadap dunia sastera negara, budaya dan adat resam ,tulisan jawi semuanya menyimpulkan tali pegangan yang kuat dalam membina jatidiri yang lebih kukuh dalam pegangan hidup saya.

Sesungguhnya ini semua bermula dari bawah. Saya dilatih untuk membaca sejak dari kecil. Siri buku-buku Nancy Drews dan Enid Blyton mengiringi perjalanan hidup sejak dari kecil. Lewat remaja, peresapan budaya kuning dari barat mulai menular dalam hati hingga meninggalkan hitam pekat yang sukar diberus lagi. Saksinya, wujudlah individu yang runtuh nilai moral dan cetek ilmu agama seperti saya pada hari ini. Titik mula paksi perubahan itu timbul secara ironi apabila minat untuk membaca itu kembali sesudah 8 tahun ditinggalkan. Karya Faisal Tehrani dan Hamka banyak mempengaruhi perubahan pemikiran yang saya alami kini.

Hamka menurut bukunya Falsafah Hidup secara halus telah berjaya mendakwah kembali diri ini. Saya mulai tertanya-tanya, apakah yang telah saya lakukan selama ini, dan kesan serta akibatnya. Pembicaraan beliau mengenai tujuan hidup sebagai seorang muslim dan penekanan kepada akhlak yang mulia. Antara kupasannya yang terpenting ialah kemuliaan dan maruah. Ini yang sangat mengesankan kerana menyedari bahawa diri sangat dhaif dari segi ilmu akhirat dan sisa hidup tanpa perjuangan terhadap agama dan bangsa.

Menurut beliau;

"Kemuliaan ialah membangunkan umat yang binasa, membuka selubung kebodohan, menuntut hak yang terampas, memberi ingat kemuliaan yang hilang, membangunkan yang lalai dan menyedarkan dari lengah, mempersatukan suara dan meningkatkan semangat. Orang yang sanggup bekerja demikian, itulah orang yang mulia. Meskipun tempat tinggalnya hanya sebuah pondok buruk, dan pakaian yang sederhana. Walaupun dia hanya makan seadanya, tidur di atas tikar kerana miskinnya, mengembara ke hilir ke mudik, ke lurah dan ke bukit. Jiwa yang demikian cukup untuk menjadi perhiasannya dan cukup menjadi tanda kesempurnaannya. Itulah hidup yang tenteram dalam hati. Itulah jasa yang tertulis sepanjang zaman yang selamanya tiadakan pupus. Ke sanalah kita sekelian harus berlumba.."

"Ada tiga perkara yang dikhuatiri iaitu pengantian huruf jawi dengan huruf rumi yang mengakibatkan putusnya hubungan generasi kemudian dengan perbendaharaan nenek moyangnya. Kalau hendak mencari juga terpaksa dengan perantaraan orang lain kerana kita tidak dapat mengetahui sumber aslinya yang ditulis dengan huruf Melayu-Jawi. Keduanya ialah mengantikan kata-kata Arab untuk memperkayakan Bahasa Indonesia dengan kata-kata Jawa, Sanskrit dan Belanda sebanyak-banyaknya sehingga melewati batas keperluan. Gerakan anti perkataan Arab ini akan menyebabkan hilangnya indentiti bahasa Melayu sebenar. Ketiga menurut bahawa serbuan kebudayaan dari segi bahasa yang tujuan terakhirnya untuk melemahkan agama Islam. Oleh itu, berdiri teguh mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa Lingua Franca di alam Melayu dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi serta menyakini bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum.. "


Inilah antara pengaruh yang kuat mempengaruhi perubahan yang sedang saya usahakan. Korelasi antara serangan budaya dan kontinum masa yang menyaksikan perubahan aras pemikiran Melayu terutamanya, membangkitkan diri untuk bangun dari lena dan bersiap dalam apa keadaan sekalipun untuk menghadapi kemungkinan yang bakal mendatang. Inilah asas perjuangan. Inilah falsafah hidup yang utama. Inilah tujuan kewujudan kita di bumi ini. Inilah satu-satunya jalan terbaik untuk menempuh hidup sesudah mati. Perubahan beriring dengan masa. Inilah jawapan terbaik untuk persoalan pertama iaitu; Mengapa sekarang? Agama dan bangsa. Islam dan Melayu.

Persoalan kedua menjurus kepada kedudukan dan keberadaan Bahasa Melayu itu sendiri. Perdebatan mula apabila saya galak mengkritik keputusan kerajaan menggunakan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains. Pelbagai respon menyerang saya dari pelbagai sisi sehinggalah pada satu masa kadang-kadang saya rasa bersendirian. Namun ini semua menguatkan lagi idea logik saya yang kemudiannya berkembang satu persatu.

Idea logik saya mudah. Bahasa Melayu perlu dikekalkan sebagai instrumen penting pembinaan tamadun ilmu bangsa. Alasannya;
  1. Bahasa sebagai alat pembinaan jatidiri. Benar tidak terdapat walau sepatah ayat al-Quran(betulkan saya jika saya salah) yang menghendakkan kita memelihara Bahasa Melayu. Tetapi aspek ini perlu dilihat secara kolektif melalui tunjang subjektif yang menelusuri kepentingan masyarakat lokal. Melalui bahasa, masyarakat Malaysia khususnya Melayu mempunyai identiti sendiri yang jauh terpelihara dari bahaya budaya luar. Bangsa Melayu mampu menangkis sebarang serangan budaya dan kebergantungan terhadap peradaban barat. Hanya melalui ini, bangsa Melayu mampu bangun dan berdiri dengan sendirinya dalam keadaan yang kuat dan kental, bukan kekuatan itu adalah binaan barat semata agar mampu menjajah minda dan memanipulasi sebarang kekayaan bumi ini. Kesedaran mengenai bahaya serangan budaya barat perlu disedari banyak pihak agar sebarang kecelaruan boleh diadaptasi kearah yang lebih baik.
  2. Bahasa sebagai alat utama menyampai dan menerima ilmu Menurut Dr Kamsiah dalam kertas kerjanya Bahasa Melayu Sebagai Seni da Senjata Khazanah Ilmu; "Bahasa merupakan alat utama untuk menyampaikan dan menerima segala ilmu yang terkandung dalam khazanah dunia ini termasuk menyebarkan dan menurunkannya.." Oleh yang demikian, andai dilihat secara kolektifnya, penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris hanyalah mengangkat lagi peradaban Inggeris. Pelajar dari Long Banat mahupun Hulu Tembeling yang kurang arif dengan bahasa Inggeris akan ketinggalan. Penyerapan ilmu semakin kurang. Tingkat darjah perbezaan antara kaum luar bandar dan bandar semakin meningkat. Apa salahnya kita mengangkat Bahasa Melayu sebagai alat meningkatkan tamadun bangsa melalui ilmu memandangkan Bahasa Melayu bukan sahaja digunapakai di Malaysia, tetapi di seluruh Nusantara sehingga Filipina, Brunei dan banyak lagi.
  3. Bahasa Melayu sebagai perisai dan senjata Dalam menghadapi hari global yang tidak terurus ini, satu tatacara terbaik dalam meningkatkan sistem mekanisme defensif yang kuat adalah melalui bahasa. Melaluinya, kita terlindung daripada dakyah jahat dan propaganda busuk yang mungkin disalirkan kepada kita melalui bahasa mereka. Kita juga mungkin tidak akan tertipu dengan ilmu palsu yang diturunkan melalui bahasa mereka. Perlindungan dari serangan budaya sperti ini adalah senjata utama kita dalam memerangi mereka yang mana tidak akan putus asa meneliti alternatif terbaik melemahkan kita.
  4. Bahasa Melayu sebagai penelitian terhadap sejarah Hidup sebagai Melayu bukanlah seindah seperti mana yang diimpikan oleh kanak-kanak Palestin. Melayu yang lalai di bumi sendiri tidak pernah dan tidak akan belajar dari sejarah. Sejarah mengatakan Hang Tuah itu pendekar yang pandir, kesetiaan yang mengarut, berfikir hanya atas kapasiti hamba. Tetapi Melayu akan tetap mengangkat Hang Tuah sebagai idola yang patut dicontohi. Setia kepada pemimpin, walau secara membuta tuli, menyokong pemimpin yang salah sudah menjadi amalan semasa. Islam menyanggah amalan seperti ini. Oleh yang demikian Melayu seharusnya belajar dari sejarah. Ambil apa yang baik dan jadikan pengajaran atas apa yang telah terjadi. Bahasa Melayu menjadi perakam keseluruhan kejadian tersebut. Walhal kekuatan Sastera Islami yang amat berkait rapat dengan kehidupan Melayu sepatutnya menjadi rujukan semasa.

    Yogia kaupandang kapas dan kain,

    Keduanya wahid asmanya lain,

    Wahidkan hendak zahir dan batin,

    Itulah ilmu kesudahannya main.

    Anggamu itu asalnya tahir,

    Batinnya arak zahirnya takir,

    Lagi kau saqi lagi kau sakir,

    Itulah Mansyur menjadi nazir.

    Hunuskan mata tunukan sarung,

    Isbatkan Allah nafikan patung,

    Laut tauhid yogia kauharung,

    Itulah ilmu tempat bernaung.

    (sumber: Sheikh Syamsudin Ibn Abdullah Sumatrani. Kitab Syarah Rubai Hamzah Fansuri , hal 21 – 8)

Atas kesedaran ini, tiada sebab untuk saya berpaling lagi. Saya sudah memilih untuk berjuang. Mohon Allah memberi ketetapan kepada hati agar terus berada di jalan yang benar. Cahaya hidayah seperti ini bukan mudah untuk dirasai khususnya kehidupan yeng bergelumang dengan kekotoran sosial setiap hari mengikis sedikit demi sedikit kepercayaan. Konotasi guru "Kerana kita tak dapat menjawab dengan Tuhan lagi jika kita lari dari 'medan perang'.." amat menakutkan. Kekuatan hati ingin melihat anak bangsa maju berlandaskan identiti sendiri menjadi motivasi. Moga selepas ini bakal terjawab segala macam persoalan dari kalian. Sesiapa yang mempunyai alasan MUNASABAH atas sebab apa kita perlu menidakkan hak Bahasa Melayu untuk diperjuangkan, sila emel saya untuk dibahaskan. Pertikaian berlandaskan ilmu adalah sangat penting, merencana wahana pemikiran kritis agar semakin banyak pemikir Melayu lahir setiap saat.



Analogi vs Ideologi

Ada beberapa konflik. Terutamanya tentang blog ini. Tentang empunya blog. Tentang ideologi empunya blog. Tentang penampilan ideologi empunya blog di luar blog. Dan tentang bla-bla-bla (apa sahaja yang boleh dipertaruhkan untuk dikomen).

Saya bersikap positif. Sangat positif sehingga kadang-kadang tujahan komen yang dilemparkan, sedikit pun tidak terkesan dihati ini. Dalam kontinum masa perubahan ala mi segera ini, kondisi apa yang mereka harapkan?

Saya bakal melupakan mereka. Mereka akan faham, suatu masa nanti.

Hanya masa yang bakal menyaksikan segalanya.

Bukan untuk orang yang malas berfikir.

Pelajaran Berguna Sepanjang Hayat


Sepanjang hayat akan diguna ilmu,
Menfaat sejagat bakal menikmat,
Hasil tunjuk ajarmu guru,
Sejarah dan daulat bakal berkhidmat.


Sumber : http://www.janjilaxamana.blogspot.com/



Saturday, September 23, 2006

Negara, Individu dan Konflik


Beberapa aksi yang menarik perhatian seminggu dua ini semakin mengkhayalkan, mengendong pemusatan pemikiran, melahirkan buah pendapat dan akhir sekali produk yang terhasil melaluinya hanyalah sampah yang memualkan, menjelikkan malah meloyakan sehingga keupayaan khayalan tadi rupa-rupanya membawa kita semakin jauh agar cepat muntah!

Pertama: Kerenah tuntutan semasa agar pemimpin tempatan bercakap, berfikir dan beraksi sebagai kanak-kanak dengan melakukan pelbagai jenis tindakan yang kurang munasabah. Soal keris, jawatan seumur hidup dan mat rempit menguasai kehebatan pemimpin pilihan rakyat sehingga meneggelamkan keupayaan idea mereka untuk bercakap mengenai sesuatu yang lebih berilmu. Tuntutan semasa ini berkait rapat dengan keupayaan konsumerisme iaitu soalan yang dihamburkan oleh wartawan kebelakangan ini berkisar tentang kemalangan lebih dari pengucapan mengenai idea. Kerendahan tahap pemikiran ini sudah tidak boleh ditoleransikan lagi. Medium kuasa seharusnya digupakai secara total untuk membahaskan strategi terbaik meningkatkan keupayaan tamadun negara di peringkat yang lebih tinggi, bukan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.

Kedua: Keupayaan berfikir yang sangat hebat sehingga memungkinkan penerokaan idea dan fakta kes yang berat dimanipulasi secara halus. Pemikiran kritis bagus tetapi setakat mana dan sehingga mana tujahan daya tersebut mampu membawa kita kepada keadaan yang lebih baik dan berada pada trek yang benar. Lambakan ilmu tiruan memungkinkan penidakkan sebuah pemikiran yang stereotaip, yang mana telah dipersetujui dan diakui oleh kebanyakan orang. Bahayanya ilmu tiruan ini sangat hebat hingga mampu mempengaruhi pemikiran pemikir secara emosi dan bukan lagi bepaksikan logik ilmu. Individu perlu sedar akan bahaya dan keupayaan positif pemikiran seperti ini dalam usaha meningkatkan tahap dan aras pemikir Melayu. Pertikaian penting, selagi ia berlandaskan ilmu, bukan emosi.

Ketiga: Keadaan dimana keperluan untuk memilih prioriti berbanding sisi perjuangan. Prioriti yang menghendakkan komitmen amat sukar untuk diamalkan berbanding minat kepada sisi perjuangan yang lain tersebut. Konflik yang timbul kemudiannya merebak sehingga meninggalkan kesan terhadap orang lain. Dari sisi yang lain, keupayaan menidakkan prioriti ini dipandang remeh sehingga menghasilkan budaya yang sedikit sonsang dan bertentangan dengan etika profesionalisme. Konflik diri ini sangat sukar ditafsir, sangat subjektif malah lebih dinamik berbading minat terhadap sisi lain tersebut. Paksi-paksi utama prioriti berubah. Ini perlu dibahas secara subjektif dalam aspek kolektif, bukan ditafsir secara objektif tanpa mengambilkira keupayaan dan kelemahan seseorang. Malah orang yang murtad diberi peluang kedua untuk bertaubat sebelum dibunuh, atas alasan apa dan mengapa sesuatu hukuman perlu dijatuhkan keatas seseorang tanpa mengambilkira alasan?

Justifikasi secara lewah harus ditinggalkan. Pemerolehan ilmu harus diutamakan. Kebobrokan budaya sudah tidak tertanggung lagi. Dimana usaha sejati? Dimana usaha tiruan dalam mencorak anak bangsa? Siapa yang betul-betul boleh dipercayai dan siapa yang tidak?

Misi Revolusi 1


Mereka kata itu aku. Aku tidak peduli. Mana mungkin perasaan itu sama. Perspektif yang berbeza tidak memungkinkan kami, berfikir pada aras yang sama. Konotasi negatif itu sangat memedihkan. Peritnya sampai ke ulu hati, menikam lansung dengan ngilu sehingga setiap inci tulang temulang ini diresapi rasa sakitnya. Siapa yang benar-benar mengerti akan aku?

Mereka kata itu aku. Aku ketawa besar. Besarnya ketawa itu sehingga geli seluruh pelusuk abdomen terutamanya perut dan bahagian sekitar termasuk usus besar dan kecil tidak terkecuali. Meraka tidak faham akan aku, tetapi mereka memuntahkan segala macam fahaman malah idea-idea sumbang lagi haram dan menjatuhkan pelbagai fatwa keatasku atas sebab dan akibat apa?


Mereka kata itu aku. Kini aku keliru. Semakin galak mereka semakin aku terperosok. Signifikannya pembantaian mereka keatasku sehingga aku gagal untuk mengelak lagi. Kegagalan tersebut malah menjatuhkan segala macam sistem defensif yang aku bina selama ini dan menyebabkan semakin lama mereka begerak semakin aku terdoktrin dengan falsampah tersebut.

Mereka kata itu aku. Aku lumpuh. Sehingga kebahagian terendah, aku tertiarap lesu. Aku ingin bangun. Tetapi persekitaran seperti ini menjelikkan. Biarlah. Mereka mampu mengatakan apa sahaja, biar sehingga hina mana mereka lihat aku, pada tahap teratas, aku masih yang sama. Keterbukaan tersebut gagal mengubah norma asal aku. Norma yang aku perjuangkan. Alasan yang aku gunakan. Dalil yang aku jumpakan. Fikiran yang aku junjungkan.

Mereka kata itu aku. Walau pada penglihatan mereka aku sudah berjaya dilemahkan, dilumpuhkan, dikapankan dengan segala macam serangan yang menggila, aku tetap akan menjadi aku. Aku akan bangun, pabila tiba masanya. Aku akan bertempik, bila mereka sudah lalai. Aku akan menyerang, bila mereka sudah tidak mengenal siapa diriku lagi. Saat itu, mereka tidak akan punyai apa lagi. Hatta harga diri sekalipun.

* Imaginasi di atas tidak mempunyai sebarang kaitan dengan apa dan siapa pun. Sebarang persamaan sila emel untuk diolah semula.. :p

Saturday, September 16, 2006

20 PERSOLAN ASAS PALESTIN



17

Apakah erti perjanjian damai?


Gaza diserang, kemanakah pembela???

oleh : Maszlee Malik

Ketika para pejuang Palestin menawan tentera Zionis, Koperal Gilad Shalit, mereka telah menawarkan kepada rejim Zionis satu tawaran yang cukup adil. Gilad yang telah ditawan sebagai tawanan perang (Prisoners of War) tertakluk kepada undang-undang antarabangsa berkaitan perang dan tahanan perang. Pihak pejuang Palestin menawarkan pertukaran tawanan (Prisoners swap) seperti yang lazimnya dilakukan sewaktu peperangan untuk melepaskan para tahanan perang. Pihak pejuang menuntut agar kesemua tahanan wanita dan kanak-kanak di bawah 18 tahun dari kalangan rakyat Palestin yang berada di penjara-penjara Zionis dibebaskan. Tahanan wanita dan kanak-kanak yang berjumlah lebih 500 orang itu menantikan pembelaan para pejuang Palestin buat sekian lama. Malangnya, pihak rejim enggan menerima norma dan etika peperangan yang bertamadun. Bukan sekadar mereka enggan menerima tawaran tersebut, malah mereka telah melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin setiap hari demi membebaskan Gilad.

Operasi Summer Rains

Rejim Zionis telah melancarkan operasi "Summer Rains" (Hujan musim panas) yang bertujuan menghukum rakyat Palestin untuk memulangkan semula Gilad Shalit. Bermula pada 28 Jun, pasukan tentera Zionis telah memasuki ke kawasan Khan Yunis di utara Gaza untuk menjayakan operasi berkenaan. Pihak tentera rejim juga telah menghantar empat buah jet pejuang F-16 untuk terbang di paras rendah di atas istana kediaman Bashar al-Asad, presiden Syria di Latakia. Menurut jurucakap tentera Zionis (IDF), ianya bertujuan untuk memberi amaran kepada Bashar agar tidak menyebelahi HAMAS. IDF juga telah menyuruh Mesir agar tidak menyebelahi rakyat Palestin. Kerajaan Mesir telah bertindak pantas dengan menghantar 2,500 pasukan keselamatannya ke sempadan Mesir-Palestin di Refah. Tujuannya adalah untuk menghalang sebarang usaha membawa masuk Gilad ke dalam Mesir melalui sempadan tersebut dan juga untuk menghalang kemasukan rakyat Palestin yang ingin menyelamatkan diri dari keganasan tentera Zionis. Kerajaan Mesir telah membuktikan bahawa mereka adalah rakan dan sahabat paling setia rejim Zionis di dalam menekan rakyat Palestin.

Di dalam operasi tersebut, beberapa jam yang awal telah menyaksikan bagaimana tentera rejim telah menjadikan infrastruktur awam dan juga warga awam sebagai sasaran utama mereka. Rumah-rumah seperti lazimnya menjadi mangsa bedilan roket-roket Zionis. Jambatan-jambatan utama yang menghubungkan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain juga turut dimusnahkan. Stesyen janakuasa eletrik turut tidak ketinggalan menjadi sasaran. Natijahnya, 65%daripada Gaza telah mengalami keputusan bekalan eletrik dan terpaksa bergelap. Sebanyak sembilan roket telah dilancarkan ke arah stesyen janakuasa tersebut yang telah menyebabkan kemusnahan keseluruhan stesyen berkenaan. Lapangan terbang Gaza dan beberapa tempat awam yang didakwa sebagai kem latihan HAMAS juga turut musnah. Antara tempat yang dikatakan kem latihan HAMAS adalah padang-padang permainan, sekolah-ssekolah, klinik-klinik, universiti Islam Gaza, bangunan-bangunan kerajaan dan juga umah-rumah warga Palestin.

Di dalam operasi "Summer Rains" menyaksikan bagaimana tentera rejim telah menjadikan infrastruktur awam dan juga warga awam sebagai sasaran utama mereka.


Sebagai serangan balas, pada 29 Jun, Barisan Popular Perjuangan (Popular Resisstance Committees) telah menculik seorang warga Israel yang kemudiannya dibunuh apabila tentera rejim bertindak. Tubuh warga Israeli, Eliyahu Asheri (18 tahun) dijumpai di dalam kereta yang terbiat di Ramallah. Menurut sumber perisikan Zionis, Eliyahu telah ditangkap oleh para pemuda Fatah dari pasukan keselamatan Palestin dan bukannya oleh PRC. Briged Syuhada al-Aqsa milik Fatah juga telah menangkap seorang warga Israel, Noach Moskovich di dalam sempadan "Israel", di bandar Rishon Le Zion. Beliau akhirnya turut dibunuh apabila tentera Zionis meula mengganas di Gaza. Briged berkenaan menggugut akan menyerang kepentingan-kepentingan Zionis di luar negara jika mereka berterusan menyerang Gaza. Bagi pihak al-Qassam pula, mereka hanya melancarkan serangan-serangan roket al-Qassam ke arah "Israel". Beberapa roket mereka berjaya mengenai sasaran. Roket-roket tersebut telah berjaya sampai ke Ashkelon, sasaran paling jauh yang berjaya dicapai oleh roket al-Qassam. Selain daripada itu, kawasan Negev (selatan Gaza) dan juga Netivot (utara Gaza) juga telah berjaya dihujani oleh roket-roket al-Qassam. Sebagai reaksi, pihak tentera rejim telah menyerang kawasan utara Gaza, Beit Hanun dan Beit Lahiya yang dikatakan sebagai kawasan di mana roket-roket tersebut dilancarkan.

Penculikan para menteri Palestin

Pada 29 Jun, rejim Zionis telah menangkap 64 pegawai-pegawai kerajaan Palestin. 26 dari kalangan mereka adalah ahli parlimen, dan lapan daripada mereka merupakan menteri-menteri kabinet. Antara mereka yang diculik oleh tentera Zionis ialah, menteri kewangan, Abdul Razaq, Menteri Buruh, Muhammad Barghouti, Menteri Hal Ehwal Agama, Nayef Rjoub, Mneteri al-Quds, Datuk bandar Qalqilya, ahli parlimen al-Quds timur, Muhammad Abu Tir. Manakala yang terkini selepas peperangan ke atas Lubnan dilancarkan pula ialah Ketua Speaker Majlis Legaslatif, Dr Abdul Aziz Dweik dan juga timbalan perdana menteri Palestin. Usaha jahat rejim ini bertujuan untuk melumpuhkan kerajaan Palestin di bawah pimpinan HAMAS dan juga untuk menggantikannya dengan wakil-wakil yang pro-Zionis. Mereka yang diculik juga diletakkan di dalam penjara-penjara tentera dan ramai di antara mereka yang telah disiksa dan didera. Malangnya tidak ada satu negara pun yang tampil untuk membela nasib rakyat Palestin dan menghentikan tindakan ganas rejim Zionis ini.

Tentera rejim juga turut berusaha untuk membunuh Perdana Menteri Palestin dengan percubaan meracun beliau dan juga membedil pejabat Perdana Menteri.


Tentera rejim juga turut berusaha untuk membunuh Perdana Menteri Palestin dengan percubaan meracun beliau dan juga membedil pejabat Perdana Menteri. Bangunan kementerian luar juga telah dibedil sebanyak dua kali sehingga memusnahkan langsung bangunan berkenaan. Bangunan kementerian dalam negeri tidak ketinggalan menjadi sasaran keganasan Zionis. Selain daripada bangunan-bangunan kementerian, rumah-rumah para menteri dan para pegawai kerajaan pro-HAMAS juga turut diserang dan dibedil. Sebagai contohnya, pada 6 Julai 2006, pasukan komando Golani milik IDF telah menyerang kawasan penempatan Palestin di Beit Lahiya secara membuta tuli. Mereka telah menyerang kawasan-kawasan perumahan dengan kereta kebal-kereta kebal, helikopter Apache dan juga para komando yang dilengkapi persenjataan yang canggih. Hasilnya, para komando tersebut telah menawan Dugit, Nisanit dan Elei Sinai di utara Gaza.

Kesan kepada rakyat Palestin

Sehingga kini, menurut pihak berkuasa Palestin (PA), kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin mencapai lebih ratusan juta dollar. Sebanyak 15 juta dollar diperlukan untuk membaiki satu-satunya stesyen janakuasa eletrik di Gaza yang telah dimusnahkan oleh rejim Zionis. NGO-NGO alam sekitar Palestin pula di dalam laporannya mengatakan, "Tahap kesihatan rakyat dan juga infrastruktur berkaitan dengan kesihatan juga turut membimbangkan. Bekalan ubat-ubatan kehabisan, air yang bersih semakin kehabisan, kemusnahan di jalan-jalan raya, pencemarah alam sekitar, kawasan pertanian yang turut dimusnahkan, pokok-pokok yang dicabut, dibakar dan dimusnahkan adalah sebahagian daripada bencana alam sekitar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis".

Natijah daripada penutupan sempadan-sempadan Gaza, penduduk Gaza kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan juga petrol. 22 hospital di Gaza dijangkakan akan lumpuh jika keadaan berterusan memandangkan mereka terpaksa bergantung kepada generator sebagai sumber kuasa. Jika petrol sudah habis, maka generator-generator tersebut tidak akan boleh berfungsi seperti biasa. Mereka juga keputusan bekalan ubat-ubatan yang asasi. Sebanyak 250 pesakit yang menerima rawatan dialisis juga berpotensi untuk meninggal dunia akibat keadaan yang runcing tersebut. Pada 29 Jun, pegawai bahagian kemanusiaan dan bantuan kecemasan di PBB, Jan Egeland telah menggesa agar pihak rejim Zionis membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Hanya selepas 2-3 Julai, barulah bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Gaza melalui sempadan Karni. Bekalan petrol yang dibeli dari "Israel" sahaja hanya dibenarkan masuk melalui sempadan Nahal Oz di utara Gaza. Hanya selepas sehari dibuka, rejim Zionis menutup sempadan Karni semula. Hanya pada 24 Julai, pihak rejim membuka sebahagian sahaja daripada sempadan Karni dan menutupnya semula mengikut selera mereka. Pihak tentera Zionis juga turut memberi amaran kepada warga awam Palestin bahawa mereka akan berterusan melancarkan serangan selagi tentera mereka yang ditawan itu tidak dibebaskan.

Natijah daripada penutupan sempadan-sempadan Gaza, penduduk Gaza kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan juga petrol.


Pada 20 Julai, wakil hal ehwal hak asasi manusia di PBB, Paul Hunt telah menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh rejim Zionis di Gaza adalah satu jenayah perang. Tindakan mereka juga mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Beliau juga menyeru agar ada pihak yang tampil untuk membawa rejim Zionis ke muka pengadilan untuk dibicarakan sebagai penjenayah perang. Tindakan rejim Zionis memusnahkan stesyen janakuasa eletrik di Gaza adalah tindakan yang akan mengancam nyawa dan kesihatan rakyat Palestin di Gaza. Perbuatan tersebut menurut Hunt adalah bertentangan dengan International Bill of Rights dan semua undang-undang berkaitan hak asasi manusia. Persoalannya di sini, setelah Hunt menyeru mana-mana pihak untuk tampil membawa Zionis ke muka pengadilan, ke manakah perginya umat Islam?, ke manakah para pemimpin umat Islam?, ke manakah OIC?, ke mana jugakah negara-negara antarabangsa yang kononnya membela keadilan dan kebenaran. "


Beberapa pelajaran dari peperangan di Lubnan 2006



oleh : Maszlee Malik

" with the victory of Hizbullah, a terrible beauty is born"
George Galloway, The Guardian, 31/8/2006


Peperangan di Lubnan telah mengajar kita beberapa hakikat. Bagi sesiapa yang melihat peperangan ini sekadar sebuah peperangan seperti peperangan-peperangan di dunia yang lain, mereka tidak kan dapat mempelajari apa-apa. Namun, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan isu Palestin dan isu penjajahan Zionis ke atas bumi umat Islam di Asia Barat ini, banyak perkara yang boleh dipelajari. Para pejuang kemerdekaan dan juga para pejuang Islam akan mendapati bayak sekali yang dapat mereka pelajari daripada peperangan yang memakan masa sebulan lebih ini. Artikel ini akan cuba mengupasnya....

1)Zionis tidak sekuat yang dipropagandakan.

Zionis yang dikatakan sebagai mempunyai tentera keempat terkuat di dunia telah kalah dengan sekumpulan pejuang yang berpuluh kali ganda lebih lemah daripada mereka. Jika tidak kerana resolusi 1701 PBB, nescaya tentera-tentera Zionis akan dimalukan lebih teruk lagi. Bukan hanya mereka tidak mencapai matlamat utama peperangan yang mereka sendiri lancarkan, malah mereka terpaksa menghadapi kemusnahan yang amat hebat.

Bukan sekadar kemusnahan di pihak ketenteraan, malah yang lebih dahsyat lagi ialah kemusnahan di dalam sempadan mereka sendiri. Wilayah-wilayah utara jajahan Zionis buat pertama kalinya dihujani dengan roket-roket Hizbullah. Sistem pertahanan yang mereka banggakan itu ternyata amat rapuh bila berhadapan dengan roket-roket Hizbullah. 500,000 rakyat Zionis yang terpaksa meninggalkan rumah-rumah mereka tidak akan dapat melupakan mimpi ngeri ini.

Kesimpulannya, rejim Zionis tidaklah sehebat yang disangkakan. Jika Hizbullah yang merupakan para pejuang gerila dapat mengalahkan mereka di dalam peperangan selama sebulan lebih ini, maka bayangkanlah jika negara-negara umat Islam bersatu. Kemenangan Hizbullah dan kekalahan Zionis di dalam peperangan kali ini jelas membuktikan umat Islam mampu untuk mengalahkan rejim Zionis jika mereka seirus dan bersatu. Apakah negara-negara umat Islam telah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku ini?

Rejim Zionis tidak sekuat mana !


2)Persiapan jangkamasa panjang penting di dalam perjuangan.

Seperkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pejuang kemerdekaan ialah kecekalan Hizbullah di dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi Zionis. Hizbullah tidak leka dengan kemenangan mereka menghalau Zionis dari selatan Lubnan pada Mei 2000 yang lalu. Semenjak detik tersebut, Hizbullah yang telah mahir bertempur dengan Zionis semenjak tahun 1982 lagi telah mempelajari segala strategi ketenteraan Zionis.

Hal ini telah diperakui oleh jurucakap Hizbullah yang telah diwawancara oleh wartawan al-Jazeera. Peluang untuk menghadapi tentera Zionis merupakan sesuatu yang amat mereka nanti-nantikan semenjak tahun 2000. Rejim Zionis yang angkuh dan merasakan mereka mempunyai segala kekuatan, ternyata terpaksa mengahadapi tentangan yang tidak pernah mereka jangkakan. Kebanyakan tentera Zionis, malah anggota komando Golani mereka pun terpaksa mengakui bahawa mereka terkejut. Sumber perisikan mereka bagaikan tidak boleh dipercayai lagi. Hizbullah jauh lebih bersedia dan jauh lebih hebat daripada para pejuang Palestin di Gaza. Mereka terlupa bahawa bahawa sumber persenjataan para pejuang Palestin amat terhad berbanding dengan Hizbullah.

Kesimpulannya, perancangan yang berstrategi dan persiapan jangkamasa panjang adalah penting di dalam mana-mana perjuangan menuntut kemerdekaan. Kesabaran di dalam bertindak dan juga proses pengkajian yang tidak jemu-jemu telah memberikan natijah yang amat bernilai kepada Hizbullah.

3)Kesatuan rakyat membantu kelicinan perjuangan.

Seperkara yang tidak pernah diduga oleh Zionis ialah kesatuan rakyat Lubnan. Walaupun masyarakat Lubnan pernah dirobek-robekkan oleh peperangan saudara 1975-1990, namun kesatuan yang mereka tunjukkan pada hari ini amat tidak diduga. Seperti yang sentiasa diulang-ulang oleh Perdana Menteri mereka, Fouad Saniyora dan juga wakil Hizbullah di parlimen Lubnan, Nabih Berri, mereka tidak akan mengulangi kesilapan di masa lalu. Peperangan ke atas Lubnan 2006 ini telah membuktikannya.

Walaupun bukan semua rakyat Lubnan yang turun padang untuk bersama Hizbullah, namun keputusan mereka bersama untuk menentang Zionis amat bermakna. Bukan setakat mereka tidak mengutuk tindakan Hizbullah, malah mereka bersama-sama menolak propaganda Zionis yang cuba untuk menghasut kerajaan Lubnan agar menikam Hizbullah dari belakang. Apa yang lebih memeranjatkan lagi, Presiden Lubnan yang Kristian, Emil Lahoud juga turut mempertahankan kesatuan rakyat dan bersama rakyatnya di dalam mengutuk dan menentang penjajahan Zionis kali ini. Jikalau lewat peperangan saudara dahulu, golongan Kristian Maronites telah digunakan oleh rejim Zionis untuk membantai umat Islam di Lubnan, kini tidak lagi.

Sokongan kaum Sunni melalui persepakatan kumpulan-kumpulan Islam Sunni untuk membantu Hizbullah juga jelas menunjukkan kesatuan ini. Melalui gerakan Islam Sunni terbesar, iaitu Jamaah Islamiyyah Lubnan, pelbagai kumpulan sunni telah bersatu. Ibrahim Masri, naib ketua gerakan tersebut telah membuat kenyataan terbuka menyokong Hizbullah di dalam peperangan ini. Mereka juga telah mengerahkan sukarelawan mereka untuk bersiap sedia membantu Hizbullah jika diperlukan.

Syed Hassan Nasrullah juga cerdik dan bijak di dalam membuat kenyataan-kenyataan beliau di dalam peperangan ini. Beliau tidak merujuk kepada Hizbullah ketika berucap, tetapi sering menggunakan perkataan "rakyat Lubnan". Beliau bertindak menjadi jurucakap rakyat Lubnan. Beliau juga akan muncul dengan bendera Lubnan di belakangnya. Penampilan ini banyak mempengaruhi semangat patriotik dan kesatuan rakyat Lubnan. Beliau berjaya mengajak rakyat Lubnan untuk merasakan bahawa peperangan yang berlaku adalah di antara rakyat Lubnan dengan penjajah Zionis dan bukannya di antara Hizbullah dengan rejim Zionis.

Hanya dengan bersatu , rejim Zionis dapat dihapuskan !


Kesimpulannya, kesatuan rakyat sesebuah negara di dalam menghadapi penjajahan asing. Kewujudan pengkhianat dan tali barut penjajah di dalam negara yang diserang akan membantutkan usaha penentangan. Perpecahan yang berlaku di Palestin adalah contoh yang paling baik. Kita telah lihat bagaimana rakyat Palestin telah menghadapi kesukaran untuk menumpukan seluruh usaha untuk menentang Zionis kerana kewujudan agen-agen Zionis dan juga tali barut mereka di kalangan rakyat Palestin.

4)Sikap AS dan Kristian Zionis.

Peperangan kali ini telah membuktikan kepada dunia betapa golongan Kristian Zionis adalah golongan yang paling inginkan peperangan. Berdasarkan impian mereka untuk mewujudkan peperangan besar "Armagedon", mereka telah cuba untuk menjadikan peperangan Lubnan ini merebak di seluruh Timur Tengah. Kumpulan ini juga secara terang-terangan telah menyokong rejim Zionis dan menyalurkan sumbangan kepada rejim tersebut. Bayangkan, di dalam tempoh dua jam sahaja mereka telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak USD 2 juta untuk dihantarkan kepada rejim Zionis.

AS yang dikuasai oleh golongan Kristian Zionis juga tidak segan silu menunjukkan belang mereka lewat peperangan ini. Melalui Bush dan juga Rice, AS yang dikuasai oleh lobi Zionis telah melindungi dan juga mempertahankan rejim tersebut. Bayangkan, di kala rakyat Zionis pun menyalahkan Olmert kerana kekalah di dalam peperangan kali ini, Bush dengan tidak segan silu menyatakan bahawa Hizbullah telah kalah perang dan rejim Zionis telah menang.

Pelajaran paling utama dapat kita pelajari lewat peperangan ini, AS adalah pelindung "Israel". Selagi kongres mereka dikuasai oleh lobi Zionis, samada golongan Kristian mahupu Yahudi Zionis, selagi itulah mereka akan memainkan peranan sebagai pelindung kepada rejim Zionis Israel. Hal ini perlu diambil perhatian oleh mana-mana negara yang masih lagi ingin berbaik sangka kepada AS dan ingin membina jambatan dengan mereka. Mengharapkan AS untuk memberikan kedamaian di rantau Asia Barat adalah umpama mengharapkan Iblis bertaubat. Mengharapkan AS memberikan kemerdekaan kepada rakyat Palestin adalah seumpama mengharapkan Iblis menyuruh pelaku maksiat bertaubat.

5)Kelemahan PBB.

PBB sememangnya lemah. Mereka terpaksa menantikan isyarat dan lampu hijau daripada AS untuk mengeluarkan sebarang resolusi. Bukan sekadar mereka tidak mampu untuk meluluskan "kutukan" terhadap keganasan Zionis yang telah membunuh lebih 60 orang rakyat awam termasuk 15 kanak-kanak cacat di Qana lewat peperangan baru-baru ini, malah mereka juga tidak mampu untuk m,enghentikan peperangan tersebut. Jika tidak kerana rejim Zionis telah menerima kekalahan teruk dan terpaksa meminta AS memaksa PBB untuk meluluskan 1701, nescaya mereka tidak mampu melakukan apa-apa berhubung peperangan berkenaan. Mereka juga tidak dapat mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan kebiadaban Zionis yang masih lagi melancarkan serangan walaupun resolusi 1701 telah diluluskan. Mereka juga tidak dapat memaksa tentera Zionis untuk terus meninggalkan selatan Lubnan walaupun resolusi telah diluluskan. Sehingga artikel ini ditulis, masih lagi terdapat saki baki tentera Zionis di dalam kawasan selatan Lubnan.

Lihatlah juga kelemahan mereka untuk memaksa Zionis mematuhi resolusi-resolusi berhubung dengan mereka. Samda resolusi 194, 242, 425 dan lain-lain resolusi. PBB bukanlah badan yang boleh diharapkan. Jika ada sesiapa yang masih mengharapkan PBB untuk melakukan sesuatu ke atas rejim Zionis, mereka hanya bermimpi. Jika ada sesiapa yang masih mengharapkan PBB untuk menyelesaikan isu Palestin, mereka juga hanya berangan-angan kosong. Mengharapkan PBB untuk berlaku adil dan mengambil tindakan ke atas Zionis adalah umpama mengharapkan raksasa "Nessie" muncul di tasik Lock Ness, Scotland.

6) Kelemahan OIC.

Jika ada sesiapa yang meletakkan harapan kepada OIC untu menyelesaikan masalah umat Islam, mereka ini adalah ibarat mengharapkan Superman akan muncul untuk menyelamatkan dunia. Ibarat Superman yang menjadi hero di alam khayalan, OIC bukan hanya sekadar tidak menjadi hero di alam nyata dan di alam khayalan, mereka langsung tidak boleh diharapkan.

OIC hanyalah "coffee house" bagi para diktator-diktator untuk menghabiskan percutian mereka. Apakah yang OIC telah lakukan dan boleh lakukan berhubung isu-isu umat Islam?, Masjid al-Aqsa yang kini di dalam bahaya pun tidak mendapat pembelaan OIC. Di dalam isu peperangan ke atas Lubnan, hanya isu pembaik pulihan Lubnan selepas dihancurkan sahaja yang mampu mereka bincangkan. OIC juga beriya-iya hendak menhantarkan tentera untuk menyertai UNIFIL, entah apa tujuannya. Tidakkah mereka sedar, kewujudan UNIFIL pada kali ini hanyalah untuk membersihkan selatan Lubnan dari kewujudan Hizbullah? . Tidakkah mereka lihat itu hanyalah sebagai khidmat kepada rejim Zionis?

Kekalahan Zionis di dalam peperangan di Lubnan ini menunjukkan umat Islam pasti akan mengecapi kemenangan memerdekakan bumi Palestin dan juga Masjid al-Aqsa.


Daripada Malaysia dan negara-negara OIC yang lain menghabiskan duit rakyat mereka untuk menghantar tentera menyertai UNIFIL, adalah lebih bermakna jika mereka menghantarkan tentera-tentera untuk mengawal Masjid al-Aqsa. Al-Aqsa bukan hanya sekaar dipandang sepi, malah terus dilupakan apabila isu peperangan di Lubnan ini muncul.

7)Agen-agen Zionis di dalam negara-negara umat Islam.

Ketika persidangan tergempar PBB diadakan di Putrajaya berhubung isu Lubnan, hanya 17 buah negara sahaja yang telah hadir daripada 57 negara-negara anggota. Bagi sesiapa yang pernah menonton filem "Syriana", apa yang berlaku akan dapat mereka fahami. Kebanyakan rejim-rejim Arab dan juga rejim-rejim yang menguasai negara-negara umat Islam adalah agen Zionis dan agen AS. Mereka tidak berani membuat apa-apa keputusan kecuali mereka terlebih dahulu mendapat keizinan daripada AS. Jika mereka membuat apa-apa keputusan yang berani, AS akan segera menggertak mereka.

Olmert, di dalam salah sebuah kenyataan medianya sewaktu peperangan berlangsung dengan bangga telah menunjukkan faks yang beliau terima daripada salah seorang pemimpin Arab yang menyatakan sokongan kepada rejim Zionis. Beliau telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa peperangan yang beliau lancarkan itu mendapat restu hatta dari orang Islam sendiri. Beliau juga mendakwa, Zionis hanya ingin menghapuskan Hizbullah dan bukannya rakyat Lubnan. Malangnya fakta menunjukkan "peperangan yang dilancarkan terhadap Hizbullah" ini telah mengorbankan lebih seribu nyawa rakyat awam Lubnan yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan warga tua.

Selagi golongan talibarut AS dan Zionis masih lagi wujud di negara-negara umat Islam, selagi itulah umat Islam tidak akan dapat mengalahkan penjajah Zionis. Selagimana golongan pengkhianat ini wujud di tampuk pemerintahan negara-negara umat Islam, selagi itulah umat Islam akan kekal mundur dan ditindas. Selagimana golongan ini wujud, selagi itulah Masjid al-Aqsa akan sentiasa berada di dalam bahaya.

Seperti yang pernah dikatakan oleh George Galloway, "Don't blame the Arabs, they are lions, but they are being led by the donkeys".

8)Islam akan kembali menang.

Rejim Zionis telah kalah perang!, itulah hakikat yang tidak dapat ditolak oleh mana-mana manusia yang berakal. Sepertimana yang Allah SWT telah janjikan di dalam ayat ke-7 surah al-Isra, umat Islam pasti akan memperoleh kemenangan. Sepertimana hadis-hadis Rasulullah SAW juga menjanjikan kemenangan bagi umat Islam di dalam pertempuran mereka dengan Yahudi di akhir zaman, dan juga kemakmuran Baitul Maqdis di bawah pemerintahan umat Islam, ianya semakin hampir.

Kekalahan Zionis di dalam peperangan di Lubnan ini menunjukkan umat Islam pasti akan mengecapi kemenangan memerdekakan bumi Palestin dan juga Masjid al-Aqsa. Hanya waktunya, dan juga para pejuang yang sesuai sahaja sedang dinantikan. Salahudin al-Ayubi telah membuktikannya. Qutz telah membuktikannya. Tentera Jordan pernah membuktikannya lewat peperangan Karamah. Tentera Mesir juag telah membuktikannya lewat peperangan Ramadan 1973. Hizbullah telah membuktikannya sebanyak dua kali, pada Mei 2000 dan juga pada eperangan 2006 baru-bari ini. HAMAS dan para pejuang Palestin juga telah membuktikannya lewat pengunduran Zionis dari bumi Gaza pada Ogos 2005. Kini giliran umat Islam seluruh dunia pula untuk menempa sejarah. Walau bagaimanapun, kualiti para pejuang untuk mengalahkan Zionis juga perlu dititik beratkan. Bukan semua orang mampu mengalahkan Zionis. Hanya mereka yang cekal dan mempunyai motivasi yang tinggi bersumberkan keimanan sahaja yang akan dapat meneruskan perjuangan ini.

Jangan toleh ke kiri dan ke kanan, lihat kepada diri kita sendiri. Adakah kita telah bersedia untuk mengukir sejarah tersebut?

9)Zionis akan hancur.

Ketika empayar Rom hancur, ramai yang tidak dapat menerimanya. 100 tahun, ataupun 200 tahun sebelum itu, Rom adalah gergasi dan empayar yang menguasai Eropah. Di zaman kegemilangan tersebut, tidak ada sesiapapun yang akan percaya bahawa empayar gagah tersebut itu akan jatuh. Jika ada sesiapa yang bercakap mengenainya, pasti ramai yang akan mengatakan orang tersebut gila atau hilang akal. Hakikatnya, selepas kejatuhan empayar itu, tiada sesiapa yang dapat menafikannya.

Jangan toleh ke kiri dan ke kanan, lihat kepada diri kita sendiri. Adakah kita telah bersedia untuk mengukir sejarah tersebut?


Hal yang sama berlaku kepada Empayar Parsi di zaman silam. Perkara yang sama juga berlaku kepada Empayar Islam. Hal yang serupa juga berlaku kepada Empayar British yang pada satu waktu dahulu menguasai timur dan barat. Realiti yang serupa juga berlaku kepada Empayar Uni Soviet pada tahun 1989. Apa yang berada di atas pasti akan turun ke bawah. Itulah sunnah alam.

Kekalahan Zionis di dalam peperangan yang mereka sendiri lancarkan ke atas Lubnan baru-baru ini sedang membawa satu hakikat untuk difahami oleh semua. Rejim Zionis semakin lemah. Rejim Zionis boleh dikalahkan. Rejim Zionis tidaklah sehebat yang disangka. Mereka hanya nampak hebat kerana negara-negara umat Islam lemah. Rejim Zionis tidak akan menjadi hebat jika umat Islam mengenali potensi masing-masing. Sinai 1973, Selatan Lubnan 2000, Gaza 2005, dan kini Lubnan 2006 telah menyaksikannya. Penjajahan Zionis, sepertimana siri-siri penjajahan kolonialis lain sebelum ini pasti akan berakhir. Mileneum baru ini sedang menantikannya. Segalanya terletak di tangan umat Islam. Jika mereka tidak mulakan sekarang, bila lagi?

Jika anda tidak mulakan sekarang, bila lagi?"


20 PERSOLAN ASAS PALESTIN


16

Pernahkan rakyat Palestin memberikan tentangan yang hebat kepada rejim Zionis selepas tertubuhnya negara Israel?


13 September 2006 : RETROSPEKTIF UTUSAN MELAYU 2

Terima kasih kepada rakan sekelas diatas komitmen menjayakan teater spontan 10minit pada malam 13 yang lepas. Kesukaran dan kelemahan harap diatasi dengan segala macam bentuk aktiviti sebegini, yang menghendakkan kita sebagai umat Islam memberi sepenuh tanggungjawab dan kerjasama dalam menjalankan sesuatu.

Syabas & Alhamdulillah.

Setiap persembahan pada pandangan saya, tidak mungkin lari dari aspek yang 3 ini. Paling tidak, saya diajar dalam ilmu penulisan oleh sifu saya tentangnya, dan sedar akan kaitannya dengan seni persembahan, saya tidak nampak percanggahannya.

Aspek pertama; Pelakon
Aspek kedua; Karya / Lakonan / Jalan Cerita
Aspek ketiga; Audien / Penonton

Saya perlu mengaku bahawa terdapat agenda yang saya dukung dalam persembahan tersebut. Saya berterima kasih kepada rakan sekelas kerana membenarkan saya meneruskan kesinambungan jalan ceritanya.

Aspek Pertama; Pelakon
Agenda saya walaupun datang secara tiba-tiba, tetapi munasabah. Saya kira munasabah kerana ianya diterima ramai. Saya mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam hal ini, walaupun kurang dan amat cetek ilmu tentangnya, tetapi saya nampak permasalahan yang berlaku. Dan saya harap rakan sekelas yang terlibat, sekurang-kurangnya mempumyai sekelumit rasa terhadap suasana dan keadaan tersebut. Ini yang saya bawa, ini yang saya harapkan dan ini yang saya cuba terapkan.

Aspek Kedua; Karya
Agenda saya munasabahnya terletak pada karya pada keinginan saya hanyalah 50%. Selebihnya saya harap faktor-faktor lain terutamanya otak yang rajin berfikir akan mengambil alih tugas memikir dan memahami. Karya saya terlalu senggang. Terlalu ringan. Tetapi padat. Saya mempunyai sedikit pengalaman teater, dan saya seringkas mungkin memudahkannya kepada rakan sekelas. Pementasan hanyalah bersifat 5-10 minit. Oleh yang demikian, aspek penguat seperti suasana, gaya, adegan, dan kesedaran ruang saya gunakan sepenuhnya.

Aspek Ketiga; Audien
Saya mempunyai konflik disini. Terutamanya terikat dengan tema yang diberikan, iaitu Muzikal. Saya tiada pengalaman Muzikal. Dan agenda yang saya bawa jauh menyimpang dengan aspek Muzikal. Saya mengambil risiko dengan membawa konsep sendiri. Menyedari peluang sebegini tidak datang bergolek terutamanya dalam menyampaikan agenda yang saya bawa, say kira saya perlu nekad. Hasilnya, 4 buah persembahan selepas itu dibatalkan. Sadis.

Budaya hiburan sudah tidak tertolaknya di negara ini. Saya sendiri mengaku sukar untuk hidup tanpa muzik. Ini adalah pelaziman yang dilazimkan oleh serangan bom budaya barat. Ini yang saya lihat sedang menular ke institusi pengajian di mana-mana.

Sedih melihat anak bangsa leka dalam hiburan.

Meninggalkan adat resam dan budaya sendiri.

Manifestasi malam 13 adalah manifesto diri saya sendiri.

Teater Eksperimental = Jawi, Jepun, Tanjung, Yaasin, Jenazah, Perempuan Kabaret, Orang Inggeris, Basikal Lama dan UTUSAN MELAYU.

Semoga Allah merahmati usaha kami disebalik kemungkinan.

Semoga masyarakat ilmu IPI bangun dari lena.



13 September 2006 : RETROSPEKTIF UTUSAN MELAYU 2



Akhbar Utusan Melayu mula-mula diterbitkan di Singapura pada tahun 1907. Sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam akhbar tersebut ialah sistem ejaan Jawi yang lebih kurang sama dengan sistem yang ada pada buku-buku dan akhbar yang diterbitkan sekitar masa itu.

Batu Bersurat Terengganu yang dianggap sebagai bahan yang bertarikh lebih kurang 1303 Masehi menunjukkan bahawa sejarah Tulisan Jawi telah hampir tujuh ratus tahun lamanya.

Tulisan Jawi telah memainkan peranan penting dalam memperkembangkan tamadun keilmuan di nusantara khususnya Tanah Melayu dan ini boleh dilihat dalam Hukum Kanun Melaka (1175), Hikayat Bayan Budiman (1602M) dan Sejarah Melayu (1829M), malah yang paling dekat, Pemasyuran Merdeka 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam skrip jawi.

Menyedari bahawa tulisan sebahagian daripada diri manusia, tulisan mempunyai hubungan dengan akal fikiran, dan tulisan juga merupakan alat bantu yang terpenting dalam proses pembelajaran dan pengajaran atau proses pemerolehan dan penyebaran ilmu pengetahuan, kami dari PISMK PJ OUM sedar akan signifikannya Tulisan Jawi kepada bangsa Melayu yang merupakan sebahagian dari kebudayaan dan tamadun penutur atau masyarakat pengguna bahasa tersebut dan juga seterusnya kepada negara Malaysia secara kolektif.

Pementasan Teater ringkas yang anda saksikan sebentar tadi adalah lakonan spontan Unit PISMK PJ OUM yang memaparan khazanah ilmu negara yang sedang pupus ditelan dek zaman ini sedang menanti secebis perhatian terutamanya kita sebagai warga pendidik yang bakal mendidik anak bangsa. Bertolak dari kesedaran ini, kami merayu sempena sambutan Malam Muzikal Patriotik ini kepada semua warga pendidik sekalian agar tidak meminggirkan terus Tulisan Jawi. Anda bebas untuk mentafsir sendiri setiap langkah lakonan yang dipaparkan. Yang penting, kita perlu segera merencana sebuah tatacara pemikiran baru agar semakin kita merdeka, semakin kita mengenal jati diri sendiri.

Sejarah harus dihayati dan difahami, kita tidak akan dapat melakar masa hadapan yang baik jika kita tidak tahu apakah kekuatan dan kelemahan kita berdasarkan sejarah

Sejarah sebagai wawasan masa hadapan..


13 September 2006 : UTUSAN MELAYU 2




"Sejarah harus dihayati dan difahami, kita tidak akan dapat melakar masa hadapan yang baik jika kita tidak tahu apakah kekuatan dan kelemahan kita berdasarkan sejarah..."

"Pengabaian sejarah akan melumpuhkan masa depan gemilang yang kita impikan bersama. Sejarah kita yang telah dipendam beku oleh penjajah laknat mesti kita cas semula, sebagai satu tenaga yang dapat menjana keunggulan peradaban Melayu..."

"Ada manusia yang hadir didunia untuk menjadi pembunuh sejarah. Mereka silap, mereka akan tidak dapat membunuh sejarah. Segelintir benar yang hadir ke bumi untuk menjadi pengingat. Kita mahu duduk dalam kelompok yang segelintir itu. Pengingat sejarah yang berpesan dengan kebenaran, pengingat sejarah yang berpesan kepada khalayak dengan kesabaran. Moga-moga Tuhan menerima..."

Surat-Surat Perempuan Johor

Faisal Tehrani


Friday, September 15, 2006

13 September 2006 : UTUSAN MELAYU 2



“Kita kehilangan tulisan jawi, saudara membaca rencana ini dalam tulisan rumi...”

“Sedangkan musuh iaitu pengganas sedang membina jaringan seni dan budaya songsang yang luas dan kuat serta berkesan hari demi hari...”

“Kaedahnya, menggantikan budaya lokal dengan kebudayaan asing..”


“Contohnya, bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda tidak lagi dilihat secocok dengan zaman mutakhir...”


“Tulisan jawi digantikan tulisan rumi kerana perlu mengikut peredaran zaman...”


13 September 2006 : UTUSAN MELAYU 2




“Ini adalah suatu proses sejarah yang mungkin tidak boleh berpatah balik. Kalau kita kalah dengan musuh budaya ini kita tidak ada jalan keluar. Kita tidak ada jalan lagi untuk patah balik dan membetulkannya. Cukup ngeri! Ia satu proses yang membawa perubahan dari satu keadaan beragama kepada yang tidak beragama...”

[Tidak, jangan terpedaya dengan serangan budaya ini, hatta majlis pelancaran filem dimulakan dengan bacaan Yassin dan doa selamat. Jangan terpedaya dengan filem yang bermula "Bismillahhirahmanirrahim". Jangan dibodohkan dakwaan "drama pentas ini dihasilkan ketika saya berpuasa sunat Rejab", atau "saya mendoakan kejayaan cereka tv ini ketika di hadapan Kaabah sewaktu umrah"...]



13 September 2006 : UTUSAN MELAYU 2

“Tetapi ingat, jika kami dan teman sekelas ini kalah dalam perang budaya yang sedang menggasak ummah, saudaralah yang harus bertanggungjawab, saudaralah yang bersikap tidak peduli kerana saudaralah yang meninggalkan kami..”





Sunday, September 10, 2006

Sang Jiwa Yang Semakin Membesar


9 September 2006
Pagi ini aku memecah kelaziman. Kemeja, seluar slack & berkasut. Bergerak seawal jam 5 pagi ke stesen bas. Tidak pernah aku berpakaian sekasual ini sebelum ini. Aku yang lebih selesa dengan t-shirt, seluar jeans dan sandal tidak pernah bangun seawal itu untuk satu tujuan tersebut.

Nampaknya aku telah bersedia untuk berubah.
Perubahan..
Aku..
Kan itu lebih baik?
Sampai di depan Perpustakaan Kuala Lumpur seawal jam 8.15. Sengaja sampai awal kerana tidak pasti kedudukan sebenar lokasi yang dijanjikan. Sesudah mengenalpasti lokasi, aku bergerak ke kedai mamak berdekatan untuk mengalas perut.
Bersediakah aku untuk itu?
Ya, aku memang bersedia untuk berubah..
Tetapi getaran apakah yang sedang melanda hatiku ini?
Gemuruh..
Aku..
Kan itu lebih baik?
Aku melihat kelibatnya turun kedalam perpustakaan tepat jam 9 pagi. Berseluar seperti seluar silat angah, berbaju kemeja ala-Taliban dan serban yang dililit ke leher. Walaupun sungguh simplistik, tetapi auranya tetap menerjah ke setiap ruang kosong Bilik Melur 2 yang memang hanya diisi oleh orang yang sedikit itu.
Dunia terasa terlalu besar..
Dan aku terlalu kecil..
Nipis tetapi ghairah..
Aku..
Kan itu lebih baik?
Selesai jam 2, aku dan dia bergerak untuk makan. Sungguh besar hati dan jiwa aku diransang oleh setiap ayat dan kata-kata seorang yang aku golongkan sebagai ‘pemikir’ yang mempunyai daya taakulan yang amat tajam dalam memerhati. Bertemu seseorang sepertinya tidak boleh disamakan dengan seratus pemikir yang lain. Bukan niat untuk mengagungkan, tetapi kelibat motivasi yang hadir dan meresap jauh kedalam hati ini mengerti bahawa bukan calang-calang orang yang mampu meransangnya.
Aku perlu memulakan langkah. Kasut sudah memang tersarung. Persoalan samada kaki mahu bergerak atau tidak sudah tidak relevan. Aku perlu mula menghayun langkah kanan dengan niat di hati kerana Allah SWT dan dengan demikian insyaAllah aku dirahmati dalam meneruskan perjuangan ini. Aku tidak keseorangan. Walau hidup dalam kekacaun yang menggila ini, perjuangan sebenar tidak mengerti untuk jatuh. Andaikata aku pernah jatuh sebelum ini, hatiku kini tetap untuk terus kehadapan.
InsyaAllah, dengan bantuan-Nya, dengan lorong yang sedang ditunjukkan olehNya, aku akan berusaha. Otakku kini seperti sebuah mesin data raksasa yang sedang menunggu despatch2 untuk mengalirkan data seawal mungkin melaui lorong-lorong sempit menuju ke hujung saraf jari jemariku ini.
Terima kasih Allah SWT diatas peringatan dan hidayahMu..
Terima kasih abang Faisal Tehrani diatas segala pencerakinan idea-idea itu..
InsyaAllah, dengan kekuatan yang didorong oleh abah ini, aku mesti terus kedepan..
Untuk agama,
Melalui sejarah,
Dan politik.
Aku yang bersemangat!!
00:15
10 September 2006

Saturday, September 02, 2006

1701 UNTUK LUBNAN : HADIAH BUAT REJIM ZIONIS

oleh : Maszlee Malik

Peperangan yang bermula semenjak 12 Julai 2006 di antara rejim Zionis-Israel dengan rakyat Lubnan hampir menemui penghujungnya. Resolusi 1701 PBB yang menuntut gencatan senjata dari kedua-dua pihak telah menjadi wisel penamatnya. Walaupun resolusi itu terlalu lambat untuk dikeluarkan, sekurang-kurangnya ia merupakan rahmat kepada rakyat selatan Lubnan untuk kembali ke rumah-rumah mereka yang kini hanya tinggal runtuhan konkrit dan debu. Pelarian seramai lebih daripada 800,000 orang itu kini dapat kembali ke kampung halaman mereka yang kini agak 80% aman daripada serangan bedilan dan roket rejim Zionis. Persoalannya, adakah resolusi 1701 PBB ini benar-benar menjadi penamat perang dan merupakan rahmat kepada rakyat Lubnan?

Bersama-sama kita meninjaunya...

1701 dan serangan roket Zionis

Belum pun sampai 24 jam PBB mengeluarkan resolusi gencatan senjata kedua-dua pihak (Zionis dan Lubnan), tentera Zionis telah mengebom kawasan selatan Beirut. Beralasankan bahawa resolusi tersebut masih belum berkuat kuasa, mereka terus mengganas sehingga ke hari terkahir pengunduran tentera mereka ke kawasan selatan Lubnan. Beberapa jam sebelum Olmert dan Livni membuat kenyataan Zionis bersetuju untuk menerima resolusi tersebut, pihak tentera rejim masih lagi menggunakan sisa-sisa waktu yang ada untuk menyerang rakyat Lubnan. Begitulah peradaban dan juga sikap rakyat Zionis.

Resolusi 1701 PBB, walaupun dari satu sudut Baik bagi rakyat Lubnan, namun ianya bukan untuk manfaat jangkamasa panjang mereka. Perenggan 3 dan 8 resolusi berkenaan dengan tegas menyebutkan soal perlucutan senjata Hizbullah, dan juga mana-mana fraksi di Lubnan menurut resolusi 1559 (2004) dan 1680 (2005) sebelum ini. Dunia umumnya tahu bahawa pertahanan Lubnan sebelum ini bergantung kepada dua kuasa persenjataan utama, iaitu tentera Syria dan juga tentera Hizbullah. Tentera Lubnan amat lemah dan tidak berupaya untuk mempertahankan rakyat mereka. Lihatlah kemusnahan yang mereka hadapi lewat serangan roket-roket tentera Zionis ke atas kem dan juga persenjataan mereka. Jika tidak kerana pertahanan Hizbullah di selatan Lubnan, nescaya Beirut telah lama dapat ditawan oleh tentera Zionis pada peperangan 2006 ini. Sejarah telah membuktikan bagaimana pada tahun-tahun 1978-1982, tentera Zionis dengan mudah memasuki Beirut dan menawan keseluruhan Lubnan.

Resolusi 1701 PBB, walaupun dari satu sudut Baik bagi rakyat Lubnan, namun ianya bukan untuk manfaat jangkamasa panjang mereka.


Pada peperangan 2006, kita telah melihat bagaimana pihak Zionis telah menerima kekalahan teruk di dalam tempoh sebulan peperangan berlangsung. Mereka terpaksa berundur dari Maroun al-Ras dan juga Bint al-Jbeil kerana kemusnahan yang tidak terhingga. Keupayaan Hizbullah yang mereka pandang remeh telah menyebabkan pasukan Komando Golani yang dikatakan keempat terbaik dunia telah menerima malu besar. Pakar strategi ketenteraan mereka tahu akan hal ini, sebab itulah mereka terpaksa memaksa PM Zionis, Ehud Olmert agar menerima gencatan senjata. Tanpa gencatan senjata dan tanpa penerimaan resolusi 1701 PBB, nescaya Selatan Lubnan akan menjadi kubur besar bagi tentera Zionis seperti yang telah diungkapkan oleh Syed Hassan Nasrullah, pemimpin tertinggi Hizbullah. Resolusi 1701 PBB di dalam satu sudut lebih merupakan hadiah dari PBB untuk rejim Zionis. Hal ini telah diakui sendiri oleh Olmert di dalam ucapannya di knesset Zionis pada 14 Ogos 2006 sejurus selepas pengisytiharan penerimaan rejim tersebut terhadap resolusi berkenaan. Olmert berpandangan, penerimaan gencatan senjata itu akan membuka ruang yang lebih besar kepada pihak rejim di masa hadapan. Apabila Hizbullah dilucutkan senjata, maka rejim Zionis akan lebih aman dan tidak akan menghadapi apa-apa halangan di masa hadapan untuk menawan Lubnan jika masa yang sesuai telah tiba. Di atas dasar inilah, Olemrt menyifatkan, peperangan dengan Hizbullah belum selesai dan mereka akan memastikan rejim Zionis akan benar-benar selamat dari sebarang unsur "pengganas" yang akan mengancam kewujudan "Erezt Yizrael" (negara Israel).

Hadiah dari PBB ini walau bagaimanapun bukanlah sesuatu yang diterima baik oleh semua pihak di kalangan rakyat Zionis. Kumpulan berhaluan kanan Zionis, yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu secara terang-terang telah mengutuk keputusan Olmert itu. Bagi beliau, gencatan senjata di pihak Zionis menunjukkan kelemahan mereka. Dunia in bukanlah untuk orang-orang yang lemah menurut Netanyahu. Beliau telah mengkritik, mengecam dan juga menyerang cara Olmert dan Perez mengendalikan peperangan tersebut. Kenyataan beliau ini disokong oleh para ekstrimis Yahudi di dalam Knesset rejim.

Kesimpulannya, resolusi 1701 PBB merupakan satu hadiah kepada rejim Zionis untuk jangkamasa panjang dan sebaliknya pula bagi rakyat Lubnan. Ianya merupakan jerat terbuka bagi rakyat Lubnan di masa-masa mendatang. Negara yang tidak mempunyai pertahanan yang kuat hanya akan menjadi hidangan terbuka kepada negara yang ganas seperti "Israel".

Di atas dasar inilah, Syed Hassan Nasrullah yang muncul di stesen televisyen al-Manar menegaskan, persoalan dalaman Lubnan harus diselesaikan oleh rakyat Lubnan sendiri.


Selatan Lubnan

Kawasan selatan Lubnan yang menjadi kubu kuat Hizbullah juga kini berada di dalam bahaya melalui resolusi 1701 PBB. Artikel 2, 8, 11, 14 dan 15 resolusi berkenaan dengan jelas ditujukan kepada Hizbullah dan kedudukan mereka di selatan Lubnan. Kerajaan Lubnan dengan bantuan UNIFIL (UN Interim Force in Lebanon) akan diberikan mandat untuk menguasai selatan Lubnan selepas pengunduran tentera-tentera Zionis. Rejim Zionis amat mengalu-alukan keputusan ini yang disifatkan sebagai hadiah buat mereka. Mereka tahu, tentera Lubnan bukanlah kuasa ketenteraan yang kuat, dan UNIFIL pula hanya akan berada di sana sehingga 31 Ogos 2007 menurut artikel 16 resolusi 1701 PBB. Maka, selepas tarikh 31 Ogos 2007, selatan Lubnan akan menjadi hidangan terbuka buat rejim Zionis untuk menyerang kembali.

Di atas dasar inilah, Syed Hassan Nasrullah yang muncul di stesen televisyen al-Manar menegaskan, persoalan dalaman Lubnan harus diselesaikan oleh rakyat Lubnan sendiri. Beliau telah menekakan solusi untuk persoalan dalaman Lubnan hendaklah diselesaikan melalui forum kebangsaan dengan semua pihak yang terlibat. Pihak luar, menurut Nasrullah tidak akan dapat memahami struktur dan kompleks struktur masyarakat Lubnan. Di dalam ruangan tersebut, beliau juga mengumumkan kejayaan rakyat Lubnan ke atas penjajahn Zionis. Baginya, pengunduran tentera Zionis melalui resolusi 1701 itu menunjukkan bahawa tentera rejim telah malu dan telah kalah. Kemusnahan yang dihadapi adalah yang paling hebat pernah dialami oleh tentera Zionis (123 kematian, dan 350 kecederaan, sebuah kapal laut, empat helikopter Apache dan 100 buah kereta kebal Merkava musnah dalam tempoh sebulan peperangan berlangsung).

Sehingga hari artikel ini ditulis, tujuh orang menteri kabinet Palestin masih lagi diculik. Speaker Majlis Legaslatif mereka juga telah diculik. 24 orang ahli parlimen masih lagi diculik.


Seperkara yang pasti, persoalan mengenai penjajahan Zionis ke atas Sheb'a langsung tidak disentuh. Walhal, itulah persoalan utama menurut Hizbullah. Hizbullah yang telah melancarkan serangan ke atas konvoi tentera Zionis pada 12 Juali 2006 adalah disebabkan oleh persoalan tersebut. Konvoi tersebut telah diserang di dalam kawasan Sheb'a , iaitu sebahagian daripada tanah Lubnan yang berdaulat. Walaupun PBB mengiktiraf kawasan ini sebagai kawasan Syrian, namun melalui kenyataan rasmi PBB SC/6878 pada 18 Jun 2000, Syria dengan rasminya mengiktiraf Sheb'a sebagai milik Lubnan. Kawasan yang menjadi sebahagian daripada Lubnan itu tidak pernah ditinggalkan oleh Zionis sehingga hari ini. Tindakan mereka ini bertentangan dengan keputusan General Armistice Agreement (23 March 1949) di antara Lubnan-Zionis yang telah meletakkan sempadan kekal di antara Lubnan dan "Israel". Tindakan mereka juga bertentangan dengan resolusi 425 PBB yang menyuruh tentera Zionis meninggalkan Lubnan secara keseluruhannya. Malangnya, pihak Zionis berjaya mengaburkan mata dunia berhubung perkara ini.

Palestin?

Walau apapun yang berlaku, sekurang-kurangnya tentera Zionis telah berundur dari bumi Lubnan. Walaupun jalan udara dan jalan laut Lubnan sehingga detik artikel ini dituliskan masih lagi dikawal oleh Zionis, sekurang-kurangnya, rakyat Lubnan boleh kembali ke rumah masing-masing. Mereka juga sudah boleh menikmati tidur malam tanpa takutkan roket-roket yang akan menghentam rumah mereka. Sekurang-kurangnya, rakyat Lubnan juga akan berpeluang untuk meneruskan kehidupan mereka kembali, walaupun tidak seindah dulu lagi. Hizbullah sendiri memberi jaminan untuk memberikan bantuan kewangan dan kebajikan bagi para mangsa. Mereka juga berjanji untuk memlukan pembinaan semula rumah-rumah tersebut di dalam tempoh terdekat selepas gencatan senjata berlaku. Malangnya, nasib yang sama tidak dapat dikecapi oleh rakyat Palestin.

Sehingga hari artikel ini ditulis, tujuh orang menteri kabinet Palestin masih lagi diculik. Speaker Majlis Legaslatif mereka juga telah diculik. 24 orang ahli parlimen masih lagi diculik. 64 pegawai kerajaan termasuk beberapa orang datuk bandar juga masih lagi diculik oleh pihak rejim Zionis. Sebahagian besar Gaza masih lagi bergelap. Ekonomi Gaza masih lagi lumpuh. Jalan laut, jalan darat, dan juga udara kesemuanya telah ditutup dan dikuasai oleh Zionis. Bekalan makanan semakn berkurang. Hospital-hospital masih lagi kekurangan bekalan ubat-ubatan. Malangnya, tiada resolusi pun yang diluluskan untuk membantu rakyat Palestin. Malang lagi, isu Palestin semakin tenggelam oleh peperangan di Lubnan. Bilakah agaknya PBB akan mengeluarkan resolusi terbaru yang akan memaksa rejim Zionis sekurang-kurangnya meninggalkan Gaza dan Tebing Barat seperti resolusi 242 PBB?


HASSAN NASRALLAH : HERO RAKYAT LUBNAN

oleh : Maszlee Malik

Jika ditanyakan kepada masyarakat Islam di seluruh dunia, siapakah hero di dalam peperangan Zionis-Lubnan 2006, pastinya lebih 90% akan menjawab: "Syed Hassan Nasrullah dan Hizbullah". Kemunculan pemimpin Hizbullah yang berwajah muda ini telah menjadi tumpuan dan penantian sepanjang sebulan terletusnya peperangan di bumi Lubnan. Kemunculan beliau dengan ucapan yang penuh tenang, pandangan yang kritis dan juga mesej yang tegas amat dinanti-nantikan. Beliau menjanjikan rakyat Lubnan dan Palestin dengan kejutan-kejutan. Sesiapa pun tidak boleh melupakan ketika beliau muncul di stesyen TV al-Manar dengan gambar Hizbullah melepaskan roket ke arah kapal perang milik tentera Zionis di perairan Lubnan. Serangan tersebut telah memusnahkan kapal perang berkenaan. Gambar tersebut telah mendapat sorakan, tepukan dan juga teriakan takbir dari seluruh dunia. Siapakah Syed Hassan Nasrullah yang begitu karismatik ini?, siapakah ulama muda Syiah Lubnan yang telah berjaya menggegarkan bumi "Israel" dan para pemimpin mereka ini?

Kehidupan awal Nasrullah

Hassan Nasrullah dilahirkan di kawasan perkampungan Syiah di Selatan Lubnan pada tahun 1960. Bapanya, seperti kebanyakan rakyat Syiah Lubnan yang lain telah berhijrah ke Beirut untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik. Sebagai seorang pengusaha kedai runcit yang miskin, beliau telah berhijrah ke kawasan Karantina di Beirut untuk mencuba nasib di pinggir kota yang dikenali sebagai "Paris timur tengah". Hijrah ini telah membuka ruang pengalaman baru kepada Nasrullah. Beliau telah mendapat pendedahan hidup di kampung dan juga kehidupan di pinggir bandar. Di kawasan yang terpinggir dari kepesatan Beirut, Nasrullah dan juga penduduk Syiah yang lain tidak dicemarkan oleh kotoran materialistik kota Beirut.

Sewaktu meletusnya peperangan saudara di Lubnan, Nasrullah sepertimana para pemuda Syiah yang lain telah menyertai AMAL. Beliau amat mengkagumi Musa Sadr yang menjadi ikon dan juga pemimpin spiritual bagi para penduduk Syiah di Lubnan. Gaya pemikiran ulama Syiah yang karismatik dan berpengaruh ini banyak mempengaruhi Nasrullah. Tidak hairanlah, di dalam ucapan-ucapan beliau, nama Sadr sering disebut. Kecerdikan dan kesungguhan beliau telah berjaya dihidu oleh para pemimpin AMAL. Salah seorang pemimpin AMAL kemudiannya telah menghantar Nasrullah untuk menuntut ilmu di Najf. Najf merupakan kota ilmu bagi kaum Syiah di Iraq. Di sana beliau telah berguru dengan Muhammad Baqir al-Sadr, ulama besar Syiah kurun ke-20. Walau bagaimanapun, guru beliau yang paling rapat dan yang paling banyak membentuk pemikiran dan gaya kepimpinannya ialah Syed Abbas Musawwi. Musawwi merupakan pemimpin tertinggi Hizbullah yang pertama. Beliau jugalah yang telah membawa Nasrullah ke kedudukan beliau hari ini.

Karismatik beliau telah membuatkan beliau berjaya meluaskan pengaruh di kalangan para anggota Hizbullah.


Selepas terletusnya revolusi Islam Iran pada tahun 1979, puak Syiah mula menerima tekanan dari kerajaan Iraq. Keadaan lebih memburuk apabila terletusnya peperangan di antara Iran dan Iraq. Nasrullah yang dikenali sebagai ulama muda di Najf pada waktu itu telah diminta untuk pulang ke Lubnan. Di Lubnan, pada awalnya beliau hanya terlibat dengan usaha penyebaran ilmu di kalangan rakyat Syiah Lubnan. Selepas berlakunya penjajahan Zionis ke atas Lubnan, Nasrullah mula menyertai kumpulan jihad menentang Zionis. Beliau telah bergabung dengan AMAL Islamiy yang merupakan pecahan daripada AMAL yang telah bertukar menjadi sebuah parti politik sekular Syiah. Beliau juga telah terlibat dengan pasukan "Pengawal Revolusi" yang telah dihantar oleh kerajaan Iran untuk melatih rakyat Syiah Lubnan untuk berjihad. Pada waktu itu, Nasrullah telah diangkat menjadi antara pimpinan AMAL Islamiy. Beliau telah menjadi duta mereka ke Iran. Apabila tertubuhnya Hizbullah, beliau telah menjadi antara pimpinan mereka. Selepas kematian Musawwi pada tahun 1992, beliau telah dilantik untuk menggantikannya. Pada waktu itu umurnya hanyalah 31 tahun.

Nasrullah dan Hizbullah

Karismatik beliau telah membuatkan beliau berjaya meluaskan pengaruh di kalangan para anggota Hizbullah. Beliau juga kemudiannya telah menjadi ikon kepada rakyat Syiah di Selatan Lubnan. Di zaman beliau jugalah jihad Hizbullah semakin rancak dan semakin tersusun. Kemunculan beliau dengan ucapan-ucapan yang penuh bersemangat telah berjaya menaikkan semangat para pejuang Hizbullah. Di era kepimpinan beliau juga bilangan pejuang dan penyokong Hizbullah semakin bertambah. Khidmat-khidmat sosial, pelajaran dan juga kebajikan Hizbullah kepada rakyat Syiah Lubnan juga semakin rancak pada waktu ini. Hizbullah telah menjadi harapan dan juga sinonim kepada masyarakat Syiah Lubnan. Mereka juga telah berjaya membina jaringan ekonomi kendiri di zaman Nasrullah.

Kesedaran terhadap kemampuan Hizbullah telah membawa Nasrullah mempelopori daerah baru. Beliau telah memeranjatkan ramai ahli Hizbullah apabila membuat keputusan untuk menceburkan Hizbullah ke dalam lapangan politik Lubnan. Rakyat Syiah Lubnan yang sebelum itu hanya bersandarkan parti AMAL kini telah mempunyai alternatif yang baru. Walaupun terdapat tentangan dari kalangan anggota veteran yang takutkan Hizbullah akan meninggalkan lapangan jihad, akhirnya mereka terpaksa akur dengan keputusan Nasrullah. Mereka akhirnya menjadi penyokong kepada projek Nasrullah apabila Nasrullah menjamin bahawa jihad adalah tonggak Hizbullah dan mereka tidak akan sekali-kali meninggalkannya.

Lewat kejayaan Hizbullah menghalau rejim Zionis pada Mei 2000, nama Nasrullah dan Hizbullah menjadi semakin harum di Lubnan.


Lewat kejayaan Hizbullah menghalau rejim Zionis pada Mei 2000, nama Nasrullah dan Hizbullah menjadi semakin harum di Lubnan. Jika dahulu beliau merupakan tokoh yang popular di kalangan masyarakat Syiah, kin beliau menjadi bahan bualan rakyat Lubnan. Penglibatan Hizbullah di dalam lapangan politik Lubnan juga telah membuka lembaran baru di dalam lanskap politik Lubnan. Berbekalkan media milik mereka, samada stesen televisyen al-Manar mahupun majalah dan akhbar milik mereka, akhirnya Hizbullah mula menjadi semakin popular. Sebelum pilihanraya 2005, Hizbullah telah pun mempunyai 14 orang ahli parlimen, dua orang menteri kabinet dan beberapa orang wakil di majlis-majlis perbandaran. Kekuatan Hizbullah in telah menyebabkan ramai penganalisis politik menyifatkan kewujudan Hizbullah di dalam politik Lubnan sebagai "negara di dalam negara".

Nasrullah dan sikap keterbukaannya

Tindakan Nasrullah melibatkan Hizbullah di dalam lapangan politik membuahkan hasil. Penglibatan tersebut telah menjadikan Hizbullah sebahagian daripada entiti masyarakat Lubnan yang plural. Penglibatan Hizbullah ke dalam lapangan politik juga telah menjadikan mereka mendapat legitimasi untuk bergerak secara lebih pro-aktif di dalam masyarakat. Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai pembacaan politik yang tajam, Nasrullah amat berhati-hati di dalam segala kenyataannya berkaitan dengan isu Lubnan. Beliau mula menggunakan nada nasionalis dan bersikap patriotik. Beliau amat memahami peristiwa pahit perang saudara Lubnan dan sentiasa berusaha mengelakkannya. Nasrullah juga berusaha mengurangkan musuh dan cuba meleburkan Hizbullah di dalam masyarakat Lubnan.

Pendekatan beliau ini jelas dapat dilihat apabila beliau membukakan keahlian Hizbullah kepada masyarakat Lubnan yang bukan Syiah.


Pendekatan beliau ini jelas dapat dilihat apabila beliau membukakan keahlian Hizbullah kepada masyarakat Lubnan yang bukan Syiah. Bukan sekadar itu sahaja, malah jawatan-jawatan tertinggi di dalam organisasi dan juga di dalam pasukan ketenteraan pun dibukakan kepada mereka yang bukan Syiah. Keadaan ini sebenarnya merupakan strategi politik Nasrullah yang bijak membaca keadaan. Selepas kematian isteri dan anaknya yang menjadi mangsa bedilan roket Zionis ke atas rumahnya pada 13 September 1997, beliau berjaya meraih simpati rakyat Lubnan. Beliau yang muncul beberapa jam di kaca televisyen selepas peristiwa tersebut langsung tidak membicarakan perkara tersebut. Malah peluang tersebut digunakan untuk mengajak rakyat Lubnan untuk bersatu menentang penjajahan Zionis. Kesannya, bukan hanya sekadar kaum muslimin Lubnan, malah di kalangan kaum Kristian pun, ramai yang mula mengkagumi Nasrullah. Beliau telah mula menjadi ikon perjuangan rakyat Lubnan menentang penjajahan Zionis selepas itu.

Kesan daripada sikap terbuka Nasrullah ini, akhirnya Hizbullah mula menjana dan menggandakan kekuatan mereka. Antara hasil yang paling nyata bagi kekuatan Hizbullah ialah kejayaan mereka menghalau penjajah Zionis dari selatan Lubnan pada 25 Mei 2000. Tentera-tentera Zionis yang tidak tahan menanggung serangan-serangan dari para pejuang Hizbullah hampir setiap hari di selatan Lubnan akhirnya lari meninggalkan bumi tersebut. Populariti Hizbullah dan Nasrullah bertambah tinggi selepas peristiwa itu. Hizbullah telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa politik, khidmat sosial, jihad dan pelajaran boleh berjalan seiring. Hizbullah juga telah menjadi pelindung kepada para pemimpin HAMAS yang berada di bumi Lubnan. Hal ini telah diketahui oleh dunia, terutamanya pihak Zionis yang sentiasa mengintai-ngintai peluang untuk membunuh mereka.

Apa yang menarik mengenai Nasrullah juga ialah ucapan-ucapan beliau. Walaupun beliau seorang yang kuat berfahaman Syiah, namun di dalam ucapan-ucapan beliau di media, ianya tidak menonjol. Jika beliau muncul untuk berbicara tentang jihad dan juga perjuangan, ucapannya bernada neutral. Beliau seolah-olah mewakili seluruh umat Islam. Apabila beliau membicarakan tentang penentangan ke atas rejim Zionis, ucapan-ucapannya seolah-olah menunjukkan dia seorang rakyat Palestin. Beliau juga tidak kedekut untuk memuji para pemimpin dan kumpulan yang sama-sama berjuang menentang Zionis, terutamanya HAMAS. Lewat peperangan Zionis ke atas Lubnan pada tahun 2006, beliau berucap mewakili rakyat Lubnan. Setiap kali kemunculannya di kaca-kaca televisyen, sikap patriotik pro-Lubnan jelas kelihatan. Bagi mereka yang naif tentang politik Lubnan pasti akan menyangkakan bahawa beliau adalah ketua negara Lubnan dan bukan hanya pemimpin Hizbullah.

Nasrullah pasca 2006

Tiada siapa yang dapat menafikan kejayaan Hizbullah di dalam peperangan Zionis-Lubnan 2006. Hanya George W Bush sahaja yang telah mengisytiharkan kekalahan Hizbullah. Olmert, Emir Perez dan seluruh Knesset rejim Zionis pun mengakui bahawa mereka tidak berjaya di dalam peperangan tersebut dan terpaksa akur dengan resolusi 1701 PBB. Netanyahu merupakan di antara orang yang paling bersetuju untuk mengatakan operasi tentera Zionis si Lubnan adalah gagal. Bagaimana tidak, dengan kematian 123 tenteranya, kecederaan lebih 400 orang, kemusnahan sebuah jet pejuang F16, empat helikopter Apache, tiga buah kapal perang laut, dan lebih 100 kereta kebal Merkava di dalam tempoh sebulan, sudah cukup untuk meletakkan rejim Zionis di pihak yang kalah. Objektif utama kempen peperangan mereka ke atas Lubnan juga tidak berjaya. Mereka gagal untuk membebaskan dua tentera mereka yang telah ditawan oleh Hizbullah.

Hanya George W Bush sahaja yang telah mengisytiharkan kekalahan Hizbullah.


Kegagalan rejim Zionis bermakna kemenangan Hizbullah. Hakikat inilah yang diterima dan dibanggakan oleh rakyat Lubnan. Bagi mereka, Hizbullah telah memenangi peperangan tersebut. Apabila masyarakat Lubnan dari selatan Lubnan mula kembali ke rumah masing-masing, Hizbullah menjadi pihak yang pertama menghulurkan dana untuk mereka kembali memulakan hidup. Khidmat inilah yang menyebabkan rakyat selatan Lubnan tidak berbelah bagi untuk menyokong Hizbullah. Hal ini telah meningkatkan lagi populariti Hizbullah dan juga Nasrullah. Jika dahulu, hanya rumah penyokong-penyokong Hizbullah dari golongan Syiah sahaja yang mengangkat gambar Nasrullah, kini semuanya telah berubah. Rakyat Lubnan, tidak kira samada mereka itu Syiah, atau Suni, mahupun Kristian, kini mula menggantungkan gambar Nasrullah di rumah masing-masing.

Mesej Nasrullah kepada pemimpin umat Islam dan pemimpin Arab di seluruh dunia amat mudah. Ayuh bersama kami untuk menentang penjajahan Zionis. Kita mampu mengalahkan mereka, kerana Allah akan sentiasa bersama kita!....

Dan beliau telah membuktikannya"


Friday, September 01, 2006

20 PERSOLAN ASAS PALESTIN


15


Bagaimanakah nasib rakyat Palestin yang menjadi pelarian?


31 Ogos 2006: Kelahiran Semula UTUSAN MELAYU?

MERDEKA tidak memberi erti suatu apa pun pada saya. MERDEKA tidak menggamit memori indah, walau secalit. MERDEKA pada saya hanyalah laungan. MERDEKA juga pada saya hanyalah hirisan Luka yang timbul di siku tangan ini. MERDEKA?



Malam Ambang MERDEKA yang saya hadiri beberapa hari lepas sangat hambar. Entah apa yang disogokkan entah. MERDEKA bagi Malaysia kini mungkin pada nyanyian. Kalau tidak nyanyian, mungkin tarian. Kalu bukan tarian, mungkin hanya pada laungan. Entah berapa kali saya laungkan MERDEKA pada malam tersebut, namun satu pun perkataan tersebut tidak memberi kesan kepada hati ini. MERDEKA?




MERDEKA-nya Malaysia mungkin pada fizikalnya sahaja. Dari sudut spiritualnya? Saya dikerumuni mat-mat rempit yang baru selesai menyambut ambang MERDEKA pada pukul 1 pagi. Dengan bunyi motor yang bising, entah apa yang mereka rencanakan entah. Inilah semangat MERDEKA yang disogokkan Malaysia. Aksi mat rempit memenuhi kawasan sambutan ambang MERDEKA, yang dipenuhi hiburan.




Konsep hiburan yang disogokkan ini tidak mampu mengubah pemikiran mat rempit tersebut. Konsep sambutan menggunakan medium hiburan tidak lagi sesuai memandangkan negara kita kontang wahana pemikiran yang kreatif & kritis dari zon golongan muda. Saya menjangkakan satu bentuk pemikiran baru dari golongan seperjuangan, dari tempat yang saya hadiri pada malam tersebut. Namun saya gagal. Gagalnya saya memberi satu petunjuk kekontangan pemikiran tersebut. Maka timbul satu parsoalan, apakah pengisian pemikiran pada anak muda masa kini selain hiburan, jika hanya hiburan yang disogokkan ?


Saya boleh menjadi agen pemangkin dalam usaha menggerakkan sebuah teritori pemikiran golongan muda. Buktinya, saya bawakan satu tema khas dalam persembahan saya pada malam tersebut, iaitu UTUSAN MELAYU. Namun persoalan asas disini adalah, mampukah usaha kecil saya ini menempelak bahkan menembusi benteng hiburan yang dibina sejak dari kecil kedalam pemikiran bahkan hati anak muda masa kini? Saya memerlukan orang-orang yang mampu memberi komitmen dalam mengkaji seterusnya memperbaiki keadaan ini. Pada hemat saya, nasib golongan muda masa kini hanya mampu diselesaikan oleh kuasa dan revolusi politik jikalau tiada usaha serius dari pihak golongan muda ini sendiri.

Berbalik kepada tema persembahan saya, sejenis persembahan berbentu teater ringkas, yang berlansung selama 5minit sahaja. Pengisiannya hanya menumpukan kepada penggunaan ruang yang maksimum disamping kekuatan individu setiap pelakon itu sendiri dalam menghadiahkan babak sadis kepada penonton. Lakonan spontan ini direncana dalam masa 2 hari sahaja tetapi mendapat sambutan yang menggalakkan. Saya tidak menzahirkan estetika bentuk dalam lakonan ini, tatapi saya mengharapkan penonton yang menonton menilainya dari aspek estetika makna. (Nyata kepada sesiapa yang arif tentang estetika mengetahui bahawa estetika itu sendiri terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu Estetika Makna & Estetika Bentuk). Sekali lagi persoalan timbul, adakah mesej yang hendak saya sampaikan, sampai kepada penonton secara kolektifnya, ataupun penonton hanya terhibur dengan babak yang disajikan semata-mata tanpa mengambilkira mesej yang perlu mereka fahami? Saya kira saya mempunyai masalah dalam menafsir mentaliti masyarakat sekeliling ketika ini.

UTUSAN MELAYU

Tulisan Jawi (توليسن جاوي) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu (بهاس ملايو). Tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan jawi memain kan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyuran Merdeka 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam skrip jawi.

Sedar akan signifikannya Tulisan Jawi kepada bangsa Melayu dan juga seterusnya kepada negara Malaysia secara kolektif, kami dari Unit PISMK PJ OUM mementaskan sebuah Puisidra pendek bertajuk Utusan Melayu, selaras dengan penerbitan kembali akhbar Tulisan Jawi tersebut yang pernah berkubur di bumi sendiri. Jika dalam lakonan pendek itu nanti penjajah Jepun akan membunuh orang Melayu, sedarkah kita bahawa mungkin kini kita sendiri bangsa Melayu yang membunuh Tulisan Jawi tersebut.

Khazanah ilmu negara yang sedang pupus ditelan dek zaman ini sedang menanti secebis perhatian terutamanya kita sebagai warga pendidik yang bakal mendidik anak bangsa. Bertolak dari kesedaran ini, kami merayu sempena sambutan Kemerdekaan Negara yang ke-49 ini kepada semua warga pendidik sekalian agar tidak meminggirkan terus Tulisan Jawi. Anda bebas untuk mentafsir sendiri setiap bait sajak yang diperdengarkan bahkan juga setiap langkah lakonan yang akan dipaparkan. Yang penting, kita perlu segera merencana sebuah tatacara pemikiran baru agar semakin kita merdeka, semakin kita mengenal jati diri sendiri.

MERDEKA!!!





Saya membawakan tema Tulisan Jawi agar golongan zaman kini beringat kepada tragedi yang berkaitan. Khazanah penulisan terpenting kita telah dijajah sewenang-wenangnya, malah kini bukan oleh penjajah tetapi orang kita sendiri. Anda membaca tulisan ini dalam Tulisan Rumi. Dan yang amat mengerikan, sedarkah anda bahawa kita tidak mungkin dapat mengembalikan zaman kegemilangan Tulisan Jawi yang pernah mengungguli zaman peradaban dan memperjuangkan tamadun keilmuan di nusantara ini suatu masa dahulu? Analogi paling mudah, semakin kedepan kita memandu kereta, sesekali kita perlu melihat melalui cermin pandang belakang agar kita selamat. Adakah ini yang dilakukan anak muda sekarang? Sedarkah kita sewaktu kita menjerit MERDEKA, terdapat banyak aspek lain yang telah kita tinggalkan?



Malaysia MERDEKA hanya pada zahir. Memang perlu diakui, hidup menjadi lebih mudah, aman dan menyeronokkan. Tetapi keadaan sebegini banyak melalaikan kita, jika kita tidak berhati-hati. Sekali lagi saya hendak nyatakan bahawa MERDEKA pada saya kali ini hanyalah LUKA disiku yang saya dapat semasa membuat persembahan.




Saya, MERDEKA & Luka.

Catatan : Artikel dibawah ini diambil dari http://www.jelas.org/2006/02/melayu_harus_risau_tulisan_jaw.html semata-mata sebagai hiasan sahaja bagi orang yang malas berfikir.

29 Januari lepas penerbitan akhbar tunggal bertulisan Jawi di Malaysia, Utusan Melayu, diberhentikan. Untuk 20 tahun kebelakangan ini penerbitannya lebih kepada untuk memenuhi syarat sahaja. Sukar untuk melihat masyarakat membeli akhbar tersebut kerana mahu membacanya. Akhbar tersebut terpaksa di 'subsidi'kan penjualannya kepada sekolah-sekolah.

Sesetengah pihak menyalahkan kandungan didalam akhbar tersebut yang menyebabkan ianya terpinggir. Kandungannya dikatakan tidak seaggresif akhbar bertulisan rumi. Mungkin ada rasionalnya.

Namun jika difikirkan, jika tiada permintaan(demand) maka tiada bekalan(supply). Begitulah yang terjadi. Tiada permintaan untuk membaca tulisan jawi, masakan bekalan boleh wujud? Persoalannya kenapa permintaan tersebut tidak ada?

Sejarah tulisan jawi tidak dapat dipisahkan dengan perkembangan agama Islam di Nusantara. Fenomena mengadaptasi huruf arab untuk kegunaan bahasa tempatan seperti Melayu sebenarnya berlaku di merata tempat dimana Islam bertapak.


Sementara kebanyakan orang tahu Bahasa Arab ditulis dan ditutur oleh lebih dari 150 juta orang, sedikit yang menyedari alfabet(huruf) Arab juga digunakan oleh satu per tujuh dari populasi penduduk dunia.

Jutaan di Afrika dan Asia menulis bahasa mereka dengan alfabet Arab. Farsi - bahasa negara Iran, Urdu - bahasa negara Pakistan dan sebahagian India ditulis dengan alfabet Arab. Bahasa Turki menggunakan alfabet Arab sehingga 1920an. Juga alfabet Arab digunakan hari ini di Afghanistan, Indonesia, Malaysia, beberapa bahagian China dan juga kawasan Muslim di Filipina dan bekas Soviet Union

Tulisan Jawi, seperti mana tulisan-tulisan yang dinyatakan diatas, adalah sebahagian warisan umat Islam seluruh dunia. Ianya bukanlah warisan bangsa Melayu(Nusantara secara am) semata-mata. Pemberhentian penerbitan Utusan Melayu seharusnya menjadi satu detik hitam kepada sejarah Islam. Satu lagi legasi Islam telah hilang.



20 PERSOLAN ASAS PALESTIN


14


Apakah yang telah dilakukan oleh rejim Yahudi dalam usaha mereka untuk mengYahudikan Palestin



20 PERSOLAN ASAS PALESTIN


13

Apa pula PLO & peranannya dalam isu Palestin?


20 PERSOLAN ASAS PALESTIN


12

Bilakah Negara Israel ditubuhkan?

PERANG LUBNAN 2006: zionis KALAH PERANG


oleh : Maszlee Malik


"A guerilla army wins if it does not lose. A conventional army loses if it does not win."

-Henry Kissinger, mantan presiden AS.

Ketika Rejim Zionis Israel melancarkan perang ke atas Lubnan, mereka mempunyai dua matlamat utama. Matlamat pertama mereka adalah untuk membebaskan dua orang tentera mereka yang telah ditawan oleh para pejuang Hizbullah pada 12 Julai 2006. Matlamat kedua mereka pula adalah untuk menghapuskan Hizbullah dari muka bumi Lubnan, terutamanya di kawasan Selatan Lubnan yang dianggap mengancam keselamatan negara 'Israel" dan penduduknya. Walaupun para pejuang Hizbullah menawarkan "Prisoners Swap" di antara para tawanan Lubnan yang berada di penjara-penjara Zionis dengan kedua-dua tentera tersebut, malangnya rejim Zionis menolaknya mentah-mentah. Demi membebaskan kedua-dua tentera mereka, Rejim Zionis telah melancarkan peperangan selama sebulan ke atas Beirut. Kesannya amat dahsyat, dan yang paling ramai terkorban adalah warga awam Lubnan.


Angka rasmi mencatatkan 1,300 orang warga Lubnan telah terkorban. Hampir 400 dari kalangan yang terkorban adalah kanak-kanak. 3,600 pula dilaporkan cedera, manakala sejuta rakyat Lubnan kehilangan tempat tinggal (Berdasarkan laporan Robert Fisk di akhbar Independant News and Media Limited, 17/8/2006). Kesemuanya itu merupakan harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Lubnan di atas usaha rejim Zionis untuk membebaskan dua orang tenteranya yang telah ditawan. Di pihak Zionis pula, sebanyak 53 telah terkorban, 1350 telah cedera dan setengah juta (500,000) telah kehilangan tempat tinggal. Hal ini telah menyebabkan rakyat Zionis marah terhadap pentadbiran Olmert dan juga sistem keselamatan kerajaan rejim yang rapuh dan lemah. Walaupun mereka sering mendendangkan bahawa sistem pertahanan "Israel" merupakan sistem pertahanan yang tercanggih dan terkuat di dunia, namun perang di Lubnan 2006 ini telah membuktikan sebaliknya. Rakyat Zionis tidak lagi percayakan lagi sistem keselamatan yang disediakan oleh kerajaan mereka.

Keangkuhan rejim Zionis menolak tawaran Hizbullah merupakan satu kerugian kepada mereka. Inisiatif yang ditawarkan oleh Hizbullah itu sebenarnya bertepatan dengan mana-mana undang-undang antarabangsa berkaitan dengan tahanan perang. Malangnya, Rjim Zionis bukanlah satu entiti yang mengenal erti kedamaian dan diplomasi. Cukuplah kedegilan dan keangkuhan menjadi pengajaran kepada mereka. Hakikatnya rejim Zionis telah klah perang. Kedua-dua matlamat peperangan mereka ke atas Lubnan telah gagal dicapai. Bukan sekadar itu, malah kemusnahan yang mereka tanggung di dalam peperangan selama sebulan ini amat memalukan dan menjadi titik hitam di dalam sejarah rejim Zionis. Seperti kata Kissinger, jika sesebuah negara memasuki peperangan dan gagal mencapai matlamat mereka, maka mereka telah kalah perang. Itulah yang sedang berlaku kini kepada rejim Zionis. Jika tidak kerana resolusi 1701 yang merupakan hadiah dari PBB, nescaya rejim Izonis akan menanggung malu yang lebih besar.

30,000 tentera Zionis yang dilengkapi dengan persenjataan yang canggih dan juga disokong oleh jentera-jentera peperangan yang terkuat dan tercanggih di dunia ini telah kalah hanya kepada lebih kurang 2,000 pejuang Hizbullah.


Hakikat kegagalan Zionis ini diakui oleh semua pihak, termasuk pihak rejim sendiri. Walaupun mereka dengan bongkak mengatakan mereka menang di dalam peperangan tersebut, namun tuntutan agar Olmert meletakkan jawatan, tindakan yang dikenakan ke atas Jeneral Dan Haluzt, komandan perang IDF di dalam peperangan ini cukup membuktikan bahawa rejim Zionis telah kalah perang. Benjamin Netanyahu, ketua parti Likud, ketika mengkritik Olmert di Knesset Zionis lewat penerimaan Olmert resolusi 1701 telah menyatakan hal ini. Beliau telah mengecam Olmert kerana telah gagal di dalam menguruskan peperangan di Lubnan itu. Beliau juga turut mengecam tindakan bacul Olmert yang menerima gencatan senjata, kerana itu hanya menunjukkan kepada dunia bahawa tentera Zionis yang dinobatkan sebagai tentera kedua terkuat di dunia adalah lemah.

Bagi masyarakat dunia pula, peperangan ini telah mengakhirkan dogeng tentang kehebatan tentera Zionis. Tentera yang kononnya keempat terkuat di dunia dan juga komando Golani yang mereka miliki merupakan yang terhebat di dunia, hanya tinggal illusi sahaja. 30,000 tentera Zionis yang dilengkapi dengan persenjataan yang canggih dan juga disokong oleh jentera-jentera peperangan yang terkuat dan tercanggih di dunia ini telah kalah hanya kepada lebih kurang 2,000 pejuang Hizbullah. Kekalahan tentera Zionis ini akan tercatat di dalam sejarah, dan akan menjadi bukti bahawa rejim Zionis boleh dikalahkan. Kemusnahan sebuah jet pejuang F-16, empat buah helikopter Apache, tiga buah kapal perang di laut dan juga 180 buah kereta kebal Merkava milik tentera Zionis merupakan angka yang amat besar. Kematian 123 tentera Zionis dan kecederaan 500 yang lain di dalam tempoh sebulan juga merupakan sesuatu yang mengaibkan tentera Zionis di mata dunia. Apa yang lebih mengaibkan lagi, mereka hanya bertempur dengan 2,000 tentera Hizbullah sahaja.

Di pihak Hizbullah pula, mereka hanya kehilangan 85 orang pejuang, dan mereka tidak kehilangan apa-apa jentera peperangan. Apa yang lebih penting, selepas peperangan tersebut, mereka menjadi semakin kuat, dan sokongan kepada mereka semakin bertambah. Hal ini sekali lagi membuktikan bahawa rejim Zionis telah kalah di dalam peperangan yang mereka sendiri mulakan. Hassan Nasrullah yang cuba mereka bunuh masih lagi hidup dan menjadi ikon atau hero kepada rakyat Lubnan pasca peperangan 12 Julai ini. Majoriti masyarakat dunia mengiktiraf kekalahan Zionis dan kemenangan Hizbullah. Hanya George W Bush sahaja yang tidak malu-malu mengisytiharkan bahawa "Israel" telah menang perang dan Hizbullah telah kalah. Malangnya tuduhan beliau itu tidak berdasarkan fakta dan tidak dapat diterima oleh akal yang logik.

Roket "Patriot" yang amat-amat dibanggakan oleh Zionis untuk menangkis sebarang serangan peluru berpandu dan juga roket, ternyata amat lemah di hadapan roket-roket jarak jauh Hizbullah.


Seperkara yang lebih mengaibkan Zionis juga ialah kegagalan mereka menangkis serangan roket-roket Hizbullah. Kawasan utara "Israel" yang diserang oleh Hizbullah bagaikan tidak berupaya dipertahankan oleh tentera-tentera mereka. Roket "Patriot" yang amat-amat dibanggakan oleh Zionis untuk menangkis sebarang serangan peluru berpandu dan juga roket, ternyata amat lemah di hadapan roket-roket jarak jauh Hizbullah. Penduduk-penduduk Nahariya, Kriyat Shemon, Tibria, Akka dan bandar-bandar Zionis di utara "Israel" terpaksa meninggalkan rumah masing-masing. Bagi penduduk bandar Haifa yang merupakan bandar ketiga tersebesar di "Israel" pula, mereka terpaksa hidup dalam ketakutan. Ratusan roket yang sampai ke Haifa telah memeranjatkan kerajaan Zionis yang selama ini memandang ringan kemampuan Hizbullah. Penghijrahan 500,000 rakyat Zionis dari rumah-rumah mereka merupakan sesuatu yang tidak pernah diduga dan juga yang pertama kali berlaku di bumi Palestin yang dijajah tersebut.Mereka tahu, selepas ini kehidupan mereka pasti akan berubah. Mereka tahu juga bahawa mereka tidak lagi selamat hidup sebagai penjajah di bumi Palestin, dan mereka juga tahu tentera mereka bukanlah segagah yang digembar-gemburkan. Angka 1.1 billion Dollar AS merupakan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rejim Zionis.

Kini, Ehud Olmert, PM Zionis sedang berhadapan dengan rakyatnya. Sebuah tribunal telah pun ditubuhkan untuk menyiasat punca kekelahan tentera Zionis di dalam peperangan tersebut. Rakyat juga mendesak agar Olmert meletakkan jawatan. Rakyat Zionis juga semakin risau akan nasib mereka di masa hadapan. Walaupun mereka boleh berasa lega jika pasukan keselamatan PBB akan berkuasa di selatan Lubnan dan mengosongkannya dari para pejuang Hizbullah, namun mereka tidak pasti, apakah Hizbullah tidak akan menyerang mereka lagi. Realiti menunjukkan kemenangan Hizbullah ini telah mencelikkan mata banyak pihak. Rakyat Palestin yang setiap hari diserang dan dibunuh di Gaza, kini telah mula mendapatkan semangat dan motivasi untuk meneruskan perjuangan. Walaupun puluhan kereta kebal dan juga tentera Zionis telah terkorban di dalam pertempuran dengan para pejuang Palestin, malangnya media langsung tidak melaporkannya. Seperkara yang pasti, kini para pejuang Palestin pastinya sudah sedar musuh yang mereka hadapi ini bukanlah sukar untuk dikalahkan. Persoalannya, mampukah mereka hendak mengalahkan tentera Rejim Zionis dengan persenjataan yang mereka miliki?, tidakkah negara-negara umat Islam "


This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]