Saturday, July 15, 2006

Saat tinta ini bergerak...

Saat tinta ini bergerak, bumi Palestin masih dibedil peluru-peluru berpandu haram Israel. Dalam masa yang sama, bumi Lubnan, Beirut juga menerima 'nasib' yang sama. Malah lebih menakutkan, ini adalah serangan terburuk Israel dalam masa 24 tahun terhadap jirannya itu. Mata-mata ibu terus-terusan dapat diperhatikan, merah, berair dan terair dengan bedilan peluru berpandu tersebut.

Saat tinta ini bergerak juga, pengerusi NAM & OIC baru sahaja selesai menyelesaikan urusan-urusan esemes. Bedilan peluru-peluru esemes terus-terusan menghujani bumi Astro sehingga jam 10 tadi. Samada pihak Astro mampu menangani bedilan tersebut tidaklah dapat dipastikan kesahihannya, namun yang penting aksi tarik beg yang meloyakan tetap berlaku dan mata-mata rakyat pengerusi badan dunia Islam ini sekali lagi merah, berair dan terair dengan bedilan peluru esemes tersebut.

Saat tinta ini bergerak juga, pihak-pihak berkaitan, yang bahasanya kita pakai, yang makan minumnya kita sebat, yang penghiburnya kita raikan, masih membisu. Bush dengan selamba dan pertama kalinya senyap dan membisu dengan bedilan peluru haram Israel tersebut. Negara lain yang kita agungkan, yang kita hantar pelajar kita belajar disana, yang kita tiru teknologinya, juga membisu. Perancis. Russia. Jepun.

Saat tinta ini bergerak, Sayyid Hassan Nasrallah, ketua pergerakan Hezbollah berjanji akan bertindak balas. Setelah kecaman yang diberikan Liga Arab kononnya Hezbollah bakal menerima nasib sendiri setelah menimbulkan masalah, tiba-tiba mereka mengutuk tindakan kejam rejim Zionis tersebut. Hanya mengutuk.

Saat tinta ini bergerak, Iran memberi amaran kepada Israel, jika ia menyentuh Syria, maka mereka tidak akan teragak-agak untuk melepaskan peluru berpandu nuklear ke bumi haram Israel tersebut.

Saat tinta ini bergerak, tidakkah kita, pemuda pemudi Islam sedar bahawa dunia yang kita hidup sekarang berada di amabang kehancuran. Kemungkinan Israel, sekutu Amerika yang bahlol itu melancarkan siri serangan keatas negara Islam bakal menimbulkan perang yang tidak berkesudahan, walaupun Liga Arab yang berpendirian bangang bertindak mementingkan kepentingan sendiri.

Saat tinta ini bergerak, kita pemuda pemudi Melayu secara kolektifnya masih mengamalkan gaya hidup hedonisme yang dicipta barat. Berbeza dengan pemuda pemudi Palestin yang sedang sibuk berperang menggunakan batu, kita masih lena dibuai konsert murahan dan pelbagai urusan duniawi yang melalaikan tanpa sedikit pun sedar bahagian kita sebagai penganut agama Islam.

Saat tinta ini bergerak...

Saturday, July 01, 2006

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Baru-baru ini terjumpa buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, milik abah di perpustakaan dalam rumah. Terbitan 1976, syarikat di Jakarta, buku tersebut masih dalam keadaan baik. Hati tergerak untuk membaca. Lagi-lagi karya tokoh terkenal, Hamka. Buku ini dihabiskan dalam masa 3 hari membaca sahaja. Rupa-rupanya ia adalah kisah cinta. Ironi apabila sebenarnya budaya membaca telah lama ditinggalkan. Semenjak umur mencecah 13 tahun, kehidupan lebih berkisar akan akademik. Betapa buku-buku yang dibaca hanyalah buku pelajaran sahaja. Budaya membaca yang abah terapkan dengan buku yang melambak di dalam rumah, termasuk perpustakaan sekolah (abah dulunya guru perpustakaan, namun dirumah juga mempunyai satu perpustakaan milik abah sendiri) sejak kecil, mengambil kembali budaya ini menggamit memori lama. Abah juga pelik. Signifikannya apabila semua percubaan dalam akademik gagal. Percubaan dengan sains sebetulnya gagal. Masuk sekolah sains tidak menjamin kejayaan rupa-rupanya. Masuk matriks juga tidak menjamin jaminan hidup yang lebih baik. Keupayaan dan kemahuan, mestilah seiring. Ataupun salah satu akan tenggelam, macam kapal Van Der Wijck. Haha. Menggelakkan diri sendiri untuk kesalahan lampau adalah satu kepuasan juga, rupa-rupanya. Disini baru nak belajar apa itu hidayah. Baru nampak kenapa apabila meninggalkan surau, begini besar kesannya. Baru faham qada' & qadar. Baru nampak, betapa apa yang tersurat adalah lebih manis dan cantik dari aspek kolektif. Sekurang-kurangnya, keluar nanti pekerjaan sudah menanti. Hutang pun tiada. Dan yang lebih penting, suasana persekitaran. Sekurang-kurangnya, tiada rasuah. Ini sangat abah pentingkan. Makan minum yang halal dari sumber yang halal. Baru nampak kenapa abah menolak untuk pekerjaan lain apabila disuakan. Berbalik kepada Kapal Van Der Wijck, apa yang ingin diketengahkan ialah budaya membaca. Namun ianya juga melibatkan minat. Dan minat yang datang ini hasil daripada kegagalan mencuba dalam sains tadi. Maka percubaan seterusnya pula ialah sastera. Mampukah.. hanya masa yang mampu menilai. Membaca buku karya Dr Hamka ini membuatkan hati berasa meronta-ronta. Membuat hari terasa sedikit. Betapa hebatnya kuasa untuk terus membaca. Sebab itu dapat dihabiskan dalam masa yang sedikit. Pembacaan harus diulang. Betapa merasa orang yang belum membacanya, sangat rugi. Permainan hormon sebegini hanya mampu dimanipulasi oleh orang yang sedikit. Bahkan, bukunya tidak tenggelam dek zaman, walaupun tajuknya tenggelam. Berikut disediakan sedikit review yang diambil dari beberapa page yang ada menyatakan mengenainya.
JUDUL: TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCKPENGARANG: HAMKAPENERBIT: PT BULAN BINTANG, JAKARTA
Ini adalah buku karya sastera Hamka yang dianggap paling mengundang beberapa perkara yang menarik (kontroversi?). Pertama, ia dikatakan saduran daripada buku Alphonse Carr, seorang pengarang ahli filsuf Perancis yang menulis (karya asal) sebuah buku dengan judul “Di bawah Pohon-pohon Tilla (?)” (terjemahan ke Indonesia). Buku pengarang filsuf Perancis ini kemudian diterjemah ke bahasa Arab oleh Al-Manfaluthi dengan judul Magdalena (diterjemah juga ke Bahasa Melayu/Indonesia). Hamka dituduh memplagiat novel asal Carr atas saduran daripada hasil kerja al-Manfaluthi. Tetapi, kemudiannya, alasan yang dibawakan dalam proses pembelaan hal sadur/plagiat (melibatkan HB Jassin) ini adalah kisah manusia boleh saja bersamaan situasinya. Malah pengarang juga mempunyai sifat keterpengaruhan karya atas karya. Tak ketinggalan juga protes atas plagiat ini dikatakan atas unsur politik. Titik.Dua tahun lalu (?), sebuah drama bersiri terbitan seorang pengarah perempuan Malaysia dilahirkan atas ilham inspirasi novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Namun, drama periode tersebut menggunakan judul “Haryati” dan cerita berlatar belakangkan Tanah Melayu. Watak utama lelaki di dalam drama tersebut masih kekal Zainuddin, sedang nama asal karekter perempuan di dalam buku ialah Hayati. Titik.Kembali ke novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dengan persona-nya sendiri, paling tidak pembaca akan melupakan dua hal di atas. Karya ini memang cukup halus, pada soal narasi, pada kalimat, pada patah kata, pada pengucapannya. Bahasa yang dipakai Hamka di dalam novel tersebut sangat mengharukan. Seorang rakan laki-laki pernah beberapa kali menangis setiap kali membaca ulang novel ini. Anggap sahaja bahawa ia seperti menceritakan ratap nasib para pembaca, baik laki-laki atau perempuan siapapun ia. Pada awal halaman cetakan ulang buku TKVDW, beberapa pembaca menyatakan hal ini: “Seakan-akan Tuan menceritakan nasibku sendiri.”Hamka tersohor sebagai ulama, dan banyak mewariskan kepada pembaca buku-buku tentang soal akhlak dan agama. Tapi roman (novel) Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ditulis pada usia 31, ketika jiwa muda Hamka masih penuh dengan resah, bara dan gelisah cinta.Pembaca akan terpesona dengan bahasa indah, bukan sahaja dalam soal pengucapan jiwa. Cara Hamka melukiskan latar alam, manusia dan segala sikap perangai masing-masing begitu mendekati jiwa halus pembaca. Benar, kisah cinta Zainuddin dan Hayati merupakan hal paling signifikan dalam roman klasik ini. Tetapi, soal manusia dan peradabannya juga paling banyak disentuh Hamka. Tradisi dan adat Minang yang sangat rumit itu disanggah dalam mempertahankan hak manusia sebagai manusia yang sama rata. Namun, kritikan terhadap adat tradisi yang sudah kekal berkurun lamanya itu tidak dijentik menuju kemarahan, tetapi tak lain ia menjadi alas meneruskan rasa simpati pembaca kepada karekter Zainuddin itu sendiri.Soal anak dagang, membawa diri piatu merempat di negeri orang (walaupun asal usul bapanya dari daerah itu juga), kisah anak gadis yang menurut kemahuan keluarga, soal material mengganti cinta, kemewahan dan kemodenan hidup yang mengelabui mata. Ini beberapa perkara penting yang menggores banyak luka dalam hubungan cinta Zainuddin dan Hayati.Novel ini menjadi kisah cinta klasik yang disebut oleh generasi tua pencinta sastera dan peminat karya-karya Hamka. Hal klasik selalu menjadi hal yang abadi, yang akan dilihat dan dipakai kembali oleh generasi pengganti. Buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck diulang cetak beberapa kali, oleh beberapa penerbit berlainan. Kalau dulu buku ini diimport dari negara tetangga, sekarang sudah ada penerbit di Malaysia yang menerbitkan sendiri buku ini. Malah beberapa web-log orang muda yang lahir pada tahun-tahun 80-an masih mencari, membicarakan, membaca berulang kali Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck menunjukkan bahawa karya cinta klasik ini tak akan putus dari jiwa manusia yang penuh perasaan kasih sayang, simpati dan kesetiaan abadi. Anak-anak muda ini yang masih belum tahu membaca atau bersekolah ketika Hamka saat meninggal dunia (1992?) kini melihat takdir Zainuddin dan Hayati sebagai sebahagian takdir diri mereka atau manusia yang pernah hinggap dalam kehidupan mereka. Alangkah indahnya ironi hiper-kemodenan dibanding dengan keulungan sesebuah karya yang tahan zaman! Disarankan juga membaca Di Bawah Lindungan Kaabah, yang pernah difilemkan oleh Asrul Sani (tahun-tahun 80an). Biarpun kisah cinta Zainab dan Hamid tak jauh beza peritnya dengan Hayati dan Zainuddin, paling tidak anda akan tetap terpesona dengan keindahan kalimat-kalimat catatan Hamka.
Review ini diambil daripada : bicaraku.blogdrive.com/comments?id=65 , dan sinopsis ada di laman tersebut. Buku yang membicarakan tentang cinta tidak pernah masuk dalam list pembacaan sebenarnya, tetapi buku ini berjaya membuat kita berhempas pulas menghabiskannya. Luangkanlah masa. Sesungguhnya, banyak yang boleh dipelajari.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]