Friday, June 30, 2006

You have 15 minutes to talk about the past 45 minutes...

Wah..dah 45 minit rupanya tercongok kat depan tv. Emm, boleh tahan jugak terpengaruh. Bukan hari ni jek. Boleh cakap setiap game tercongok kat depan tv, kecuali game2 pukul 3 pagi tu. Kalau ade kuliah, memang tak larat..

Abah bising sebenarnya. Hedonisme. Memang pun. Mana taknya, hilang semua cerita lain. Palestin kene serang. Agak-agaknya, kalau buat survey rambang dengan anak muda Melayu Islam, ada yang tak tau. Tapi kalau tanya pasal bola, InsyaAllah mesti boleh jawab punya. Macam mana nak elak? Macam mana nak hilangkan pengaruh hedonisme ni dalam diri kita, especiallynya pemuda pemudi Melayu? Paling tak, dalam sehari mesti kita ada dengar muzik. Lalai. Sekarang tengah suku akhir Piala Dunia. Lagi la galaknya kita berhibur..

Dalam keadaan ini, Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk berfikir. Kesempatan untuk merenung. Bak kata Faisal Tehrani, jendela kalau tak buka macam mana cahaya nak masuk. Tapi tak berani nak cakap hidayah. Sebab sedar diri ni penuh dengan maksiat. Tetapi kesempatan ini tak semua orang dapat. Dalam pergaulan seharian, baru dapat lihat bagaimana orang lain tak diberi peluang oleh Allah untuk nampak apa yang kita nampak. Ada yang cakap,
World Cup 4 taun sekali beb..rugi xlayan..
Wah, konfiden betul hidup lagi 4 tahun. Kalau hidup. Kalau tak? Alhamdulillah lagi sekali sebab Allah bagi peluang untuk neuron-neuron kat otak ni berfungsi dengan 'betul'. Masalah utama walaupun neuron-neuron itu berfungsi dengan baik, adalah hati. Kekuatan hati untuk berubah. Kekentalan hati untuk meninggalkan segala yang tidak baik itu. Dan yang paling penting, proses membersihkan hati itu. Dengan segala keperluan dan perubahan sosial yang berlaku..
Dalam proses berfikir & memerhati inilah baru kita berupaya untuk melihat dan seterusnya menganalisis dapatan-dapatan tersebut. Betapa kita hidup dalam dunia yang penuh kepura-puraan. Betapa dunia ini penuh muslihat. Betapa agama bukanlah menjadi perkara yang utama. Ironinya, agamalah yang perlu kita hadapi tatkala maut menghampiri. Uniknya, maut tidak boleh dihitung. Bagaimana harus kita manage hidup dalam zaman & keadaan semasa yang mendesak ini? Retoriknya, boleh kita lihat dalam budaya masyarakat semasa. Laungan Islam Hadhari tersesak disana sini. Betapa mudah Islam disandarkan sebagai gaya hidup. Gaya hidup. Bagaimana agaknya pemimpin masa hadapan melihat keadaan ini. Jangan kita bincangkan pemimpin masa kini. Kain buruk tak usah disentuh-sentuh lagi. Kalau sudah buruk ianya tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Yang perlu kita lihat sekarang pemuda & pemudi, aspirasi negara kononnya.
Kesan signifikan yang ada adalah persekitaran terdekat. Betapa aspek penghidupan adalah lebih penting dari mati. Fokus kepada kehidupan remaja, kenalan yang mempunyai pegangan agama yag kuat amat sedikit. Soal akademik, persoalan remaja biasa, cinta, barangan branded, movie terbaru, dan segala macam aspek kesempurnaan kehidupan dilihat mendominasi aspek akhirat. Belum diperkatakan gejala sosial yang lain. Peningkatan kes jenayah, rogol dan segala macam haram jadah yang lain menghantui pemikiran pemikir agama sahaja.
Berbalik kepada soal hedonisme. Piala Dunia 2006. Jerman baru sahaja mengesahkan tiket ke semi-final. Melalui penalti. Betapa dakyah jahat yang disemburkan terhadap kita selama ini adalah licik. Jijik. Dan berkesan. Betapa mereka memainkan hormon-hormon didalam badan manusia Islam khasnya sehingga terkial-kial kita terkena akannya. Permainan hormon ini akan mengakibatkan kita tergedik-gedik. Tak boleh duduk diam. Ini yang terjadi sebentar tadi. Terlonjak-lonjak, menjerit dan yang sewaktu dengannya seperti ketagihan Zolpid lagaknya. Kalau dengan sebutir bola itu mereka mampu membuat kita tercongok 2 jam tanpa berbuat apa-apa, malahan melompat macam cacing kepanasan, apakan lagi dengan kemajuan ICT yang semakin tak terkejar kita.
Teringat kepada soalan yang pernah saya disoal dalam Yahoo Answers 3 bulan lepas. Begini bunyinya :
Soalannya :
why youngers spent much more time on playing games?
(ini pun disoal setelah mak membebel apabila tengok saya asyik main game FIFA...)
Jawapan :
I have recently researched this topic. Like many things that people and kids like, video games raise the dopamine level in one's brain. Dopamine is a prime chemical in your body that controls addictions and passions. Things that raise your dopamine level very high are narcotics, cigarettes, and alchohol. Now most video games don't raise one's dopamine level enough to consider it an addiction but many video game producers have hired doctors to find ways to make the games raise one's dopamine level; essentially they hire doctors to make their games more addicting. This isn't the case in all situations but some games are worse than others. The most addicting sort of game is currently the MMORPG. This type of game is played online with and against hundreds of thousands of other of people across the world. There are cases where people have played MMORPG's so much that they drove their body to exhaustion and died. Some popular MMORPG's are World of Warcraft, Guild Wars, City of Heroes/Villains, Runescape, and Everquest 2. It is my observation that the MMORPG type of games raise the dopamine level in one's brain to the level of addiction. Now this isn't the case for everyone and for the most part people will be safe, but some are at risk of health problems. People can become so caught up in the virtual reality of the game that they will not eat or sleep for days. An adult is responsible for what they do and how they use their time but a child needs to be monitored by a parent. Be sure that your child isn't staying up all night playing video games (MMORPG's) and that they are not slacking off on their other responsibilities. It is up to a parent to decide how much is too much.
Sekadar ingin berkongsi. Sedar tak sedar, dah 13 hari blog ni tak berusik. Cepatnya masa berlalu. Dengan apa yang disibukkan, entah. Baru-baru ini terpilih masuk bahas. Wah. Bahas. Tak pernah masuk pun. Kalau kat sekolah dulu join research team Debate English pun sebab nak ponteng kelas. Bukan terpilih agaknya. Kena paksa. Ayat yang lebih sesuai. Namun keupayaan untuk bercakap dalam masa yang sama berfikir, masih berada di bawah tahap peserta lain. Namun tak salah mencuba. Pengalaman. Dah tua bangka baru nak mencuba. Tapi yang sebetulnya muda-muda dahulu tak berpeluang. Dalam menempuh tiga hari menjelang Pertandingan Debat Ala Parlimen ini, hati berdebar-debar. Expectation rakan dan kemampuan diri masih menjadi persoalan. Semoga Allah, dan hanya kepada Dialah yang maha berkuasa. Coretan yang sedikit ini mengurangkan kepedihan ketagihan menulis. Hebat. Dah ketagih menulis. Lebih baik daripada ketagih game bukan..
Coretan yang sedikit ini, terhasil daripada rasa betapa kotornya diri. Betapa agama hanya taruhan yang tidak bernilai. Betapa..betapa..betapa..hanya keluhan yang mampu menangisi segalanya. Semoga Allah menguatkan mental hambamu dalam mengharungi hari-hari seterusnya. Dan peringatan itu tidak lebih hanyalah peringatan untuk diri sendiri, lagipula ianya datang dari Hamba Allah yang Berdosa. Y Allah. Ampunkanlah Segala Dosa Hambamu ini..

Saturday, June 17, 2006

17 Jun 2006
22.25
2 minit lepas, Portugal baru sahaja menjaringkan gol keatas Iran, pada minit ke 60-an saya kira. Kedudukan berubah kepada 1-0. Presidennya semalam menekankan kebenaran kejadian Holocaust, dan signifikannya keatas kewujudan Israel serta kesannya keatas Palestin.

Menurut Wikipedia :

Holokus merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beberapa kumpulan etnik, agama, nasional, dan sekular sewaktu Perang Dunia II. Ia bermula pada tahun 1941 dan diteruskan sehingga 1945. Kumpulan Yahudi merupakan sasaran utama Holokus dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai "penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi". Dianggarkan enam juta orang Yahudi terkorban didalam pembunuhan beramai-ramai ini. Selain kaum Yahudi, kumpulan lain yang dibunuh termasuklah kumpulan yang dianggap tidak diperlukan atau "undesirables" oleh masyarakat seperti golongan Slav (seperti rakyat Poland, Russia dan lain-lain), Rroma (atau Roma), Sinti, golongan kurang berkeupayaan (pesakit mental dan/atau cacat anggota) dan golongan homoseks. Oleh sebab kekurangan rekod, agak sukar untuk menetapkan jumlah sebenar mangsa yang terkorban dalam Holokus ini tetapi dijangkakan terdapat lebih kurang 26 juta orang yang terbunuh dalam masa yang singkat.
Terdapat segolongan orang, yang dikenali sebagai "Holocaust deniers" (penafi Holokus). Menurut orang-orang ini, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, tidak pernah mengarahkan pengikutnya untuk membunuh kaum Yahudi. Mereka juga mendakwa bahawa anggaran enam juta orang Yahudi terkorban adalah terlalu tinggi, dan nombor yang sebenar adalah kurang daripada sejuta.
Kegiatan Holokus dijalankan di semua tempat yang ditakluk oleh tentera Jerman sewaktu Perang Dunia II, biasanya di kem pelupusan. Satu kem ini yang paling terkenal merupakan Kem Auschwitz-Birkenau. Biasanya, kaum Yahudi dibawa ke sini melalui kereta api, dan dibawa ke bilik gas. Di situ, pil Zyklon B dilontarkan ke dalam bilik tersebut. Pil ini bertukar kepada gas "cyanide" yang maut. Selepas kesemua di dalam bilik gas meninggal dunia, mayat mereka dibakar.
Setelah Jerman dikalahkan oleh tentera Perikatan, ramai pemimpin Nazi Jerman didakwa di atas jenayah terhadap kaum manusia ("crimes against humanity"). Kebanyakan mereka didapati bersalah, walaupun mereka beritahu mahkamah bahawa mereka hanya mengikut arahan, dan digantung sampai mati. Namun, Adolf Hitler tidak dapat dihukum — beliau bunuh diri beberapa hari sebelum Jerman menyerah kalah.

*************

Berapa ramai anak muda Melayu kita yang bersenggang mata sampai ke pagi meraikan World Cup. Berapa ramai anak muda Palestin yang bersenggang mata berdarah di bumi sendiri. Berapa ramai anak muda Iraq berlari ketakutan di atas tanah air sendiri. Melayu, Palestin ataupun Iraq. Agama tidak membezakan sesiapa.

Seminar Persuratan & Peradaban Nasional 2006

DBP - PENA - PEN akan menganjurkan Seminar Persuratan & Peradaban Nasional 2006 pada 4 hingga 6 Ogos, 2006 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Penyertaan dibuka kepada semua.

Bayaran pendaftaran : RM30 (individu); RM500 (institusi - untuk 3 orang wakil)Para penulis / penyair dijemput mengirim puisi yang akan diterbitkan dalam antologi puisi sempena seminar tersebut.

Tema puisi mestilah berkisar Perjuangan Memartabatkan Bahasa Melayu. Penyair tidak akan dibayar honorarium tetapi akan menerima senaskhah antologi tersebut.

Jadi bila lagi hendak menyumbang kepada peradaban nasional? Mulakan sekarang. E-melkan karya ke Sdr Lutfi Ishak (lutfi_ishak@yahoo.com).

Untuk menyertai seminar dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Rumah PENA : 03-2142 5824 atau e-mel pena@streamyx.com

********

Pengenalan : Seminar Persuratan & Peradaban Nasional (SPPN) ini akan melibatkan 200 orang peserta termasuk pemakalah dan urus setia. SPPN akan melihat pemikiran golongan muda terhadap masa hadapan budaya, sastera, pendidikan dan bahasa Melayu. SPPN penting dalam membawa penglibatan golongan muda terhadap dasar-dasar yang sedia ada dalam konteks pembangunan dan kemajuan untuk masa hadapan.

Tema : Memperkasakan peradaban bangsa melalui bahasa dan kesusasteraan kebangsaan

Matlamat : Mengemukakan cadangan tentang DASAR SASTERA KEBANGSAAN

Tentatif / Atur Cara :

4 Ogos 2006

7.00 pagi - 3.00 petang : Pendaftaran Peserta
4.00 petang : Taklimat Peserta
8.30 malam : Majlis Perasmian oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

5 Ogos 2006

8.30 - 11 pagi

Sidang I

Ucaptama I : Persuratan & Peradaban Nasional Abad ke-21Dato' Prof. Dr. Awang Sariyan
Pengerusi : Puan Mahaya Mohd Yassin

Ucaptama 2 : Persuratan & Peradaban Nasional Abad ke-21Prof. Dt. Mohd Yusuf Othman
Pengerusi : Puan Hajah Zalila Sharif

11.30pagi - 1.00 tengah hari

Sesi I : Mahakarya Melayu Dalam Abad Ke - 21
Pemakalah : Dr. Nor Faridah Abd. Manaf (UIA)Dr. ABu Hassan Hasbullah (UM)Awang Azman Awang Pawi (UNIMAS)Dr. Zariat Abdul Rani (UPM)
Pengerusi : Saifulizan Yahya (DBP)Sesi II : Sejarah Intelektual Melayu & Kelangsungannya Pemakalah : SN Prof. Dr. Syed Othman Syed Omar (UPM)Mohamad Saleed Rahamad (UM)Dr. Mawar Shafei (UKM)Nassury Ibrahim (MTAB)
Pengerusi : Mohamad Daud Mohamad (DBP)

2.30 - 5.30 petang - Bengkel
Puisi Tradisional (Teromba) - Dato' Dr. Rosli Saluddin
Puisi Tradisional (Pantun) - Ali Badron
Puisi Moden - Marsli N.O
Seni Pementasan - Rahidin Zahari

8.30 - 11.00 malam - Acara Makan Malam & Pesembahan

6 Ogos 2006

8.30 - 10.30 pagi

Sesi III : Peranan Bahasa Melayu dalam Memperkasakan Kesusasteraan Nasional
Pemakalah : Nisah Haji Haron (PEN)Dr. Chew Fong Peng (UM)Hasni Abas (DBP)Shamsudin Othman (PENA)
Pengerusi : Zulkifli Abu (PEN)

11.00 pagi - 1.00 tengah hari

Sesi IV : Penulis Bukan Melayu dalam konteks Pembinaan Sastera Nasional
Pemakalah : Dr. Krishnan Maniam (UM)Mohd Hanafi Ibrahim (DBP)Daniel Jebon Januan (Sabah)Poul Nanggang (Sarawak)
Pengerusi : Amiruddin Mohd Ali Hanafiah (GAPENA)

Sesi V : Tulisan Jawi dan Pengkanunan Semula

Pemakalah : Dr. Teo Kok Seong (UKM)Prof. Dr. Hashim Musa (UM)Azman Anuar (Utusan Melayu)Ust. Salehuddin Mohamad (DBP)
Pengerusi : Jaffar Hamdan (DBP)

Sesi VI : Teks Klasik Melayu sebagai Warisan Bangsa

Pemakalah : Zaen Kasturi (PENA)Dr. Jelani Harun (USM)Dr. Hashim Ismail (UM)Dr. Noriah Taslim (USM)
Pengerusi : Mohamad Shahidan (DBP)

2.30 - 5.00 petang

Sidang II : Kebudayaan dan Bahasa Melayu

Panel : YB Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh (ITNM)YB Razali Ibrahim (Lembaga Pengelola DBP)Dato' A. Aziz Deraman (GAPENA)Dato' Baharuddin Zainal (PEN)
Pengerusi : Dr. Mokhtar Hassan (UM)

5.00 - 6.00 petang : Acara Penutup

*************

Thursday, June 08, 2006

continuing patience of the American people..?

30 minit lalu...

Associated Press (AP) melaporkan Abu Musab Al Zarqawi telahpun meninggal dunia. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada petang Rabu dalam kempen Amerika memerangi pengganas di kawasan perkampungan Diyala, suatu kawasan didaerah timur Baqouba. Juga ditemui meninggal ialah penasihatnya iaitu Sheik Abdul Rahman.

Bush memmberi respon sebagai;

"a severe blow to al-Qaida and it is a significant victory in the war on terror."

"We have tough days ahead of us in Iraq that will require the continuing patience of the American people."

Semoga Allah mencucuri rahmat kedua-dua para mujahidin ini. Hanya Allah yang mampu menimbang tara pengorbanan mereka. Hanya Allah yang mengetahui segala diatas sesuatu kejadian. Hanya Allah yang Maha Adil.

Menarik dikongsi bersama;

PESANAN TERAKHIR SYED QUTB

Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku
dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat inidan teruskan perjalanan ke gerbang jaya.

Saudara,
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merindu
taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku
burung-burungnya berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi.

Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar.

(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid pada tahun 1966.)

Melayu Mudah Lupa

"Ironinya..Betapa masyarakat kita lebih mengagungkan naskah bacaan
daripada negara luar tanpa memberi perhatian kepada naskah keluaran sendiri. Betapa kita sanggup bersedekah kepada penulis-penulis luar yang intipati bukunya kita tak tahu apa2, nilai moral? saya tidak pasti tapi cukup liat untuk bersedekah dengan penulis kita sendiri..yang intipasti tulisannya adalah berkaitan nilai hidup kita sendiri.."

Diambil dari blog Fikir-Fikir, 8 Jun 06

Sewaktu merayau entah kemana tiba-tiba Amnesia tertarik akan tulisan ini yang membincangkan mengenai penulis muda tanah air kita. Apa yang menarik untuk dibincangkan adalah perkembangan menjijikkan yang sedang berlaku di bumi Malaysia. Perkembangan penulis muda Malaysia sebilangannya Melayu yang sedang giat menulis dalam bahasa Inggeris. Tidak salah untuk menghasilkan karya menggunakan bahasa penjajah itu tetapi dalam masa dan peringkat yang sesuai. Ada Apa Dengan Bahasa Melayu. Melayu Mudah Lupa.



Wednesday, June 07, 2006

afundi saya?

manifestasi pemasaran

moraliti cetek (elemen reaksioner)

tarik beg

terlalu banyak wang dan masa, terlalu sedikit benda lain nak difikir

generalisasi

generasi pasca-Islamisasi

promosi “budaya Barat”

program tulen hedonis

tambunan sampah sarap program TV (idiot box?)

kebolehan 15minit

rancangan hampas yang meloyakan tekak

bahan lawak antarabangsa

Adakah Sama Orang Yang Berilmu Dengan Orang Yang Tidak Berilmu...

Rasulullah SAW bersabda tentang kepentingan & keistimewaan ilmu & orang yang berilmu:

"Pelajarilah ilmu pengetahuan, maka sesungguhnya mempelajari itu bagi Allah kebaikan dan mempelajari ilmu itu merupakan tasbih (mensucikan Allah), dan membahas ilmu itu merupakan jihad, dan mencari ilmu itu merupakan ibadah serta mengajarnya merupakan sedekah sedangkan menggunakan ilmu itu bagi ahlinya merupakan jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT..."

Sumber: Drs. H.M Ariffin, M.Ed, 1976, Pokok-Pokok Fikiran Tentang Bimbingan & Penyuluh Agama, Jakarta, Bulan Bintang. halaman 94.

Monday, June 05, 2006

Eksperimental Mental

Kononnya kita merdeka
Hujan masih turun
Kononnya kita bebas
Mengertikah kita erti bebas itu sulit
Otak dan akal
Hati dan suara
Apakah yang lebih celaru dari ini?
Melayu akan tetap Melayu
Agaknya kita terpanah sasar
Tepatnya qalbu itu
Agaknya kita mencemuh selalu
Hinggapnya anasir itu ?
Pemikiran dan fikiran
Tidakkah itu berbeza
Tidakkah itu sama
Sakitnya medium
Lelahnya bahasa
Semakin janggal kita
Semakin pupus ia
Semakin suka kita
Semakin lupa ia.

Sunday, June 04, 2006

Pseudo-propaganda Part 1

Adalah sesuatu yang menarik untuk membincangkan perihal manusia, memandangkan martabat manusia yang semakin parah hari ini, menuntut suatu perbahasan dalam pemerihalan keadaan manusia itu sendiri. Keadaan manusia ini boleh dilihat dari sudut yang berbeza, dari segi akademik mahupun perspektif individu pemerhati. Menarik untuk dikongsi disini:

Ahli falsafah dan sosiologi Sepanyol Jose Ortega mengatakan; "dunia Eropah pada saat sekarang sudah menjadi biadap..."

Perdana Menteri Britain tahun 1938, Anthony Eden mengucapkan; "dalam period terakhir zaman ini penduduk bumi hendak kembali ke zaman yang biadap & buas..."

Abul Hasan Ali Al Hasany An Nadawy dalam bukunya 'Madza Khasiral Alam Bin Hithathil Muslimin' menyatakan; "dizaman kita dewasa ini hampir tidak ada satu bangsa atau kelompok manusia yang mengambil sikap berlainan dengan bangsa-bangsa Eropah baik keyakinan mahupun teori-teori kemasyarakatannya..."

Ahli falsafah Jerman Oswald Spengler mengatakan; "kebudayaan Barat sekarang ini merupakan kebudayaan yang sedang dan hendak tenggelam..."

Ahli sarjana Perancis Roger Garaudy juga mengatakan; "manusia berada diambang pintu kehancuran..."

Dr Alexis Carrel dalam bukunya 'Man The Unknow' mengatakan; "kebodohan ilmu pengetahuan moden terhadap hakikat manusia merupakan penyebab utama bagi krisis kehidupan manusia..."

Dr Ir Hidayat Nataatmadja dalam bukunya 'Ilmu Humanika' menyatakan; "kelemahan pokok berkisar pada pengenalan manusia mengenai dirinya, mengenai sumber daya manusia itu sendiri. Manusia moden telah mampu menunjukkan kemahirannya dalam upaya menaklukkan dunia alami dan hayati. Tetapi manusia moden cenderung semakin jauh dari pengenalan yang hak mengenai dirinya, mengenai manusia sebagai subjek, manusia sebagai makhluk agamawi, makhluk spiritual..."

Manakala menurut Syahminan Zaini dari Jakarta bahawa; "bidang kekuasaan atau ilmu manusia hanyalah dalam hal-hal nama segala sesuatu sahaja..." , selaras dengan Surah Al-Baqarah ayat 31, ertinya; 'Dan Ia ajarkan kepada Adam nama-nama segala sesuatu'.

Mampukah kita sebenarnya dalam mencari erti kata sebenar kemartabatan manusia itu sendiri? Berdasarkan keadaan kita sendiri pada hari ini, sesuaikah kita mempersoalkan harga diri yang mana kita sendiri tidak tahu secara saintifik dan skala penentu ukurnya? Berbalik kepada ajaran agama adalah jawapannya. Kupasan selanjutnya akan ditulis kemudian. Manusia diberi akal fikiran untuk berfikir. Adalah sesuatu yang malang apabila kelebihan ini digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah. Mungkin agak keterlaluan jika manusia yang malas dan berfikir untuk perkara yang tidak berguna diklasifikasikan sebagai haiwan kerana ia tidak memberi faedah dan manfaaat, untuk dirinya sendiri malah masyarakat. Berfikirlah kerana dapat berfikir itu nikmat dan bersyukurlah kerana masih diberi peluang oleh Allah nikmat berfikir dan beringatlah bahawa ada manusia didunia ini yang ditentukan oleh Allah tidak dapat nikmat berfikir dengan baik.

Allah berfirman dalam Surah Muhammad ayat 12; "Dan orang-orang yang ingkar bersenang-senang dan makan sebagaimana haiwan ternak makan"



Saturday, June 03, 2006

Jiwa Bangsaku

Hujan di luar
Panas di dalam?
Hujan di luar berhenti
Panas di dalam?
Kepala diangguk-angguk
Turun ke bawah
Naik ke atas
Apa yang betul-betul naik?
Apa yang turun?
Ceramuk adrenalin
Simpang siur oksigen
Hati yang paham
Mulut yang rasa
Bahasa
dan
Melayu
Semakin menjerit.

Friday, June 02, 2006

ada apa dengan bahasa melayu?
Ada apa dengan Bahasa Melayu? Sebenarnya isu ini sudah banyak dibincangkan. Faisal Tehrani dalam kakiseni. Hishamudin Rais melalui konsep Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan. Apa ni? Tidak pernah dengar pun..? Tidak menghairankan andai anak muda Malaysia khususnya Melayu tidak sensitif dengan isu sebegini. Buaian hedonisme mengenjut laju-laju agar kita terus terlena. Lambakan 'blog-blog' dalam frenste ini sudah cukup menggambarkan segalanya. Lebih mudah menulis dalam bahasa lain. Agaknya menulis menggunakan bahasa penjajah lebih mengasyikkan. Orang lain akan lebih kagum. Mungkin boleh cepat jadi popular. Malangnya penulis bukan lahir di Manchester. Jauh sekali di lorong-lorong sekitar St Giles ataupun sekitar Portman Square. Penulis mungkin lahir di Sg Behrang. Mungkin di Jerantut. Mungkin juga di Felda Taib Andak. Tahun 1522 Antonio Pigafetta menyusun kamus bahasa Melayu-Itali. Pendeta I Tsing mempelajari Bahasa Melayu sekitar 673 sebelum masehi. Belum lagi kedudukan Bahasa Melayu sebagai kuasa ekonomi dan lingua franca pada abad pertama masehi. Sakitnya Bahasa Melayu, tiada siapa yang tahu. Sebabnya jelas. Yang membenci bahasa itu sendiri adalah bangsanya sendiri. Bangsa Melayu. Masakan bangsa Papua faham. Jauh lagi bangsa dinegara seperti Senegal mahupun Belanda. Kekebalan Bahasa Melayu sudah lama hilang. Dicuri, dipijak dan disepak oleh ahli politik dan segala macam jenis manusia Melayu di muka bumi Malaysia ini. Ironinya, Bahasa Melayu tidak terpupus di tangan penjajah. Kedatangan Portugis menurut Faisal Tehrani tidak sampai menyebabkan Bahasa Melayu tersingkir. Agaknya Bahasa Melayu ini juga seperti Keris Taming Sari. Hanya dapat dibunuh oleh tuan empunya sendiri. Ataupun Bahasa Melayu boleh juga disamakan dengan penyakit berisiko tinggi seperti AIDS? Menulis atau bercakap Bahasa Melayu boleh menyebabkan penulis atau tuan punya mulut berguling-guling atas tanah dengan mulut berbuih. Catatan menyatakan sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Raja China sekitar 644-645 M. Tidak pula takut Maharaja China tersebut dengan kemunculan bangsa ini? Signifikannya, apa pula motif Zaa'ba, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam atau Abdullah Munsyi yang bermati-matian memperjuangkan bahasa ini?
Rujukan:
http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
http://homepage.mac.com/abuhassanhasbullah/mw2004/pages/466.html
http://www.kakiseni.com/articles/columns/MDIxMA.html
http://www.malaysia-today.net/ShamRais/2006/04/bahasa-dan-pengucapan.htm

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]