Monday, November 16, 2009
Sikap
Kerapkali gerakan mahasiswa yang dapat saya amati dengan mata dan kepala saya sendiri, samada gerakan berasaskan kerohanian atau gerakan bersifat partisan-mahasiswa bergerak sendirian tanpa sokongan dan dukungan sekitar.
Maka ketika bergerak sendirian itulah, sikap mereka dilihat oleh persekitaran sebagai sebuah entiti asing yang sangat berlainan dengan kedudukan norma setempat yang telahpun menjadi sebati kadangkala.
Gerakan-gerakan ini mudah dilihat ekslusif, bergaul sesama mereka serta jarang melibatkan diri dengan aktiviti di luar capaian mereka.
Keberadaan ini sebenarnya merugikan jemaah sekitar, yang kadangkala melihat perubahan yang perlu dibawa oleh gerakan atau pergerakan sebahagian gerakan tersebut sebagai sebuah harapan baharu masa hadapan.
Jemaah, walau sukar sekali untuk diperbetulkan, mempunyai sifat insaf dan kenihilan tersendiri yang memerlukan anggota pergerakan gerakan-gerakan tersebut untuk memecahkan tembok apartheid perkauman yang senantiasa melihat pergaulan sesama mereka sebagai lagha dalam usaha ringkas mentarbiah dan menyemai rasa insaf jemaah untuk disuburkan menjadi sekampung ladang perubahan.
Kerapkali situasi yang saya amati, gerakan-gerakan tersebut, dalam situasi yang menggoyangkan kedudukan 'playsafe' mereka, hanya mampu menghantar esemes-esemes yang mengeji dan memaki sesuatu acara, atau hanya kelihatan murah dengan menulis di blog sebagai tempat meluahkan kebencian terhadap keberadaan sesuatu situasi tersebut.
Jarang sekali mereka akan menyatakan sikap secara profesional, berhadapan dan bersama berbincang untuk melihat ke hadapan, bukan meremehkan permasalahan yang sudah sedia ada.
Maka pendapat umum yang dihadapkan kepada saya dan dapat saya perhatikan bahawa ahli-ahli gerakan tersebut gemar memandang rendah kepada ahli persekitaran yang tidak menganggotai mereka kerana mereka berasa mereka jauh lebih baik.
Sifat eksklusiviti ini menyebabkan gerakan-gerakan tersebut jauh menyimpang dari fungsi utama mereka sebagai penegak sikap kepada pemecah persepsi terhadap agama dan bangsa.
Esemes atau blog bukan medium untuk berorganisasi. Jika benar mahu menyemai bakti terhadap masyarakat atau anggota sekitar, turun ke bawah dan hadapan untuk sama mendepani sebarang isu atau masalah. Jangan mudah jadikan pendapat individu sebagai bom jangka atau peluru curi untuk memperlekeh usaha orang lain.
Bangsa lain mudah melihat bangsa Melayu sebagai gah dari sisi organisasi tetapi bukan dari pemikiran.
Nyatakan sikap, setuju atau tidak, zahirkan kausaliti sebab-akibat terhadap sebarang justifikasi yang dilontarkan, kaum lain atau lebih dekat bangsa kita sendiri akan lebih rasa mesra terhadap pergerakan-pergerakan seumpama ini.
Di hujungnya, bangsa lain mudah akan melihat bangsa kita sebagai entiti agama yang sangat primitif, tertutup serta belum bersedia berhadapan dengan bahaya globalisasi serta perang budaya.
Tubuhlah seribu pergerakan sekalipun, jika tidak bersikap kita akan kalah dalam perang budaya sebegini.
Saturday, October 24, 2009
'Tanah Terpilih' di Berita Harian 24 Oktober 2009
“Musibah ini adalah untuk dihayati, Ren. Tidak lain dan tidak bukan untuk mengingati manusia agar kembali memproses diri, pulang ke pangkal jalan, kembali kepada aturan Allah SWT dan Rasulnya.”
“Umat Islam harus bersatu untuk menghayati musibah ini secara bersama untuk berjuang dalam erti kata yang sebenar melawan musuh yang nyata seperti Amerika dan Israel. Ketepikan taklid sempit kemazhaban atau sekali lagi kita akan terjerumus ke dalam lubang biawak!” seruku kepada Ren dalam upaya untuk memotivasikannya kembali, mengakhiri jawapanku terhadap warkahnya. Dan jawapan ini harus kuposkan pagi esok juga!
p/s: baca lanjut di sini atau dapatkan Berita Harian 24 Oktober 2009

Saturday, October 17, 2009
Falasi Perhimpunan UMNO
Saya percaya kadangkala kita muak, apabila saban tahun disajikan dengan retorika ala le-rupture oleh sebuah parti terbesar bangsa Melayu di negara kita ini.
Setiap kali persidangan maka rakyat akan diberitahu dengan leluasa melalui media konservatif milik mereka unsur-unsur yang akan mereka gunakan untuk membahagiakan masyarakat secara keseluruhannya.
Namun pada tahun ini saya fikir berlainan situasinya. UMNO (namanya sahaja sudah membina konotasi negatif berkenaan westernization) pasca 8 Mac 2008 benar-benar sudah terdesak.
Pada persidangan kali ini UMNO terpaksa mengambil Viagra supaya boleh terus ereksi di dalam antropologi politik ekstrem semasa negara dengan kata lain; meminda perlembagaannya sendiri.
Hugo Chavez pada awal tempoh pemerintahannya pada 1998 telah melakukan 3 langkah utama yang banyak membantunya hingga kini iaitu 1; membangun dukungan dari masyarakat kelas bawahan , 2; mencipta dukungan bersifat komplementari dengan organisasi bisnes domestik dan yang ke-3; mengisolasi oligarki industri desa, asing dan domsestik secara besar-besaran.
Dalam tiga langkah tersebut, langkah yang cukup penting, di antara faktor utama mengapa Presiden Ahmadinejad berupaya mengekalkan popularitinya adalah keberupayaan mendapat dukungan dari masyarakat kelas bawahan dan masyarakat luar bandar.
UMNO sehingga ke hari ini, dilihat berupaya mengambil hati masyarakat luar bandar, walaubagaimanapun jelas gagal menangani masalah masyarakat kelas bawahan. UMNO dilihat kekal bersifat elitis, para pemimpinnya bermuka licin kesan suntikan Vitamin C, bercelana licin dan ke sana ke mari ditemani pemain politik masing-masing.
Tidak cukup itu, pemimpinnya sukar untuk ditemui malah jarang-jarang turun memerhatikan masalah rakyat.
Saya bukan bersifat ultra-fanatis kepartian, di kawasan saya sendiri, adun kami melompat parti semata-mata untuk menyelamatkan dirinya dari tuduhan rasuah wang dan wanita, lantas menyebabkan kudeta kerajaan secara simbolik. (Apa yang ingin saya tegaskan bahawa bukan UMNO semata yang bermasalah)
Namun permasalahan utama yang ingin dibangkitkan di sini adalah, wujudkan perubahan major seperti yang dicanangkan oleh setiap corong wakil media konservatif kerajaan seperti yang dihadapkan kepada masyarakat sehari dua ini?
Perlu difahami bahawa keghairahan sesebuah gerakan berhubung rapat dengan kondisi seperti lokaliti dan komposisi ras. Dengan kata lain, UMNO yang berwajah Melayu (walau namanya sahaja sudah menjelekkan bahasa Melayu) perlu mengambil inspirasi dari semangat kebangsaan Melayu, bukannya bergerak semakin ke belakang dengan menimbulkan soal kesamaan dan kesaksamaan sebagaimana yang ingin diperlihatkan oleh presidennya melalui kempen 1 Malaysia beliau.
Perubahan yang diambil ketika ini sebagai Viagra, hanya bersifat permukaan di mana ianya hanya menyuluh ke arah daerah terpencil berkait soal pemilihan kepimpinan, tetapi lansung tidak berani menyoal secara retrospektif berkenaan soal etika dan rejuvenasi siasah politik dari dalam (fikr dan nafs).
Sayang seribu kali sayang, oleh kerana UMNO adalah harapan alternatif kepada penyokong pembangkang yang sehingga kini masih gagal menemui sosok terbaik pemimpin ultra-utopia mereka, UMNO dilihat gagal membina impresi positif melalui persidangan ala kadar yang hanya berani bercerita mengenai perubahan dari sisi lapis-lapis permukaan sahaja.
Transformasi kalau menurut Michael Kaufman adalah sebahagian dari empat elemen demokrasi partisipatoris. Transformasi merujuk proses transisi yang bukan sahaja linear atau kuantitatif (sehingga 7 pindaan dilakukan) tetapi agen yang lebih penting adalah pergeseran substantial serta kualitatif yang berhubung rapat dengan ekonomi, sosial dan budaya pada setiap hari.
Sehingga UMNO dapat menyentuh ketiga agen substantial di atas pada setiap hari untuk masyarakat kelas bawahan, maka transformasi aka perubahan yang dilaungkan pada perhimpunan kali ini akan dianggap berani.
Jika tidak, sebagaimana cadangan Derrida di dalam deconstruction-nya, karektor dikotomi kehidupan kita adalah tiada yang neutral, selain ianya adalah 'double gestures' ataupun 'general displacement of the system'.
Saturday, September 26, 2009
Universiti Apex dah jadi Saiful Apek
PENJELASAN kepada komen Dato' Salleh Majid oleh Datuk Radin Omar (Utusan Malaysia, 23 Oktober 2009) adalah amat menarik. Isu ini boleh dijadikan satu pelantar positif untuk umum membincangkan tentang perubahan kepada pengajian tinggi secara ilmiah demi kebaikan bersama.
Pada saya yang paling menarik sekali adalah istilah overhaul yang digunakan oleh kedua-dua penulis tersebut. Di satu tahap, istilah ini memang tepat untuk menggambarkan satu "pembaharuan" melalui proses pembersihan yang rapi, termasuk mengganti bahagian-bahagian yang tidak lagi berfungsi dan sebagainya seperti mana yang dilakukan kepada enjin kenderaan.
Inilah yang lazim berlaku apabila dioverhaul dengan tujuan membaik pulih sesuatu secara mekanikal. Ia membawa kefahaman bahawa "benda yang lama" diperbaiki/ditambah baik/diperbetulkan supaya prestasi sedia ada ditingkatkan semula.
Pokoknya, sejauh mana sekalipun prestasinya ditingkatkan "benda" tersebut masih yang lama pada asasnya. "Pembaharuan" yang dilakukan hanya secara relatif.
Pada pendapat saya, dalam membincangkan tentang masa hadapan pengajian tinggi amnya, dan universiti khususnya, apa yang utama adalah soal-soal "asas" dari mana terbit segala-galanya. "Asas" tersebut mesti sesuai dengan masa dan ketikanya, lantas prestasi yang dihasilkan turut mendatangkan manfaat sepenuhnya. Dan berkesan pula dari segi kos yang dibelanjakan.
Misalnya, selepas overhaul dilakukan, hasilnya perlu meningkat berlipat-lipat kali ganda ekoran kecekapan
telah ditingkatkan. Namun demikian jika tidak sesuai atau sepadan seperti yang dibangkitkan oleh Dato' Salleh, maka ia akan terus menghantui.
Datuk Radin ada membayangkan cara penyelesaiannya dengan memperkenalkan konsep profil graduan, bermaksud jika profil graduan yang dihasilkan sesuai, maka soal sepadan tidak timbul.
Ini membuka satu persoalan lain: siapa yang menentukan apa yang sepadan atau tidak? Sudah tentu pihak majikan kerana akhirnya perkiraan kita adalah untuk memenuhi sektor pekerjaan. Ini semacam Indeks Prestasi Utama (KPI) sesebuah universiti. Jika semua keluaran institusi pengajian tinggi (IPT) mendapat pekerjaan yang sepadan dan cepat, maka dianggap "berjayalah" IPT tersebut. Begitu pula jika di sebaliknya.
Pendek kata, tidak banyak bezanya di antara sebuah "kilang" yang mengilang barangan buatan yang sepadan dengan pasaran, dengan sebuah universiti yang mengeluarkan (mengilang?) "graduan" - asalkan prinsip "keterpasaran" (marketability) dipatuhi.
Seperti barangan perkilangan, selagi ada permintaan, selagi itulah mesti ada pembekalan. Namun kerisauan yang "kita sudah sampai tahap terlalu banyak universiti" menggambarkan pula sumber bekalan sudah terlalu banyak, dan dikhuatiri melebihi permintaan, biar sepadan mana sekalipun!
Mujurlah yang dikatakan universiti khusus seperti - Multimedia, Telekom, Petronas - juga menentukan "permintaan" pasaran (sekali gus merupakan majikan utama kepada industri-industri utama negara). Oleh itu cerita kesepadanan tidak timbul bagi mereka.
Halnya amat berbeza dengan IPT yang lebih umum di mana mencari kesepadanan agak lebih rumit. Ini memandangkan IPT umum juga menyasarkan industri yang sama. Di sini timbul isu keterpasaran, apa lagi sekiranya pasar telah ditepukan oleh graduan universiti khusus tersebut, yang pada adatnya lebih cenderung ditempatkan di industri yang berkaitan.
Selainnya, IPT umum masih memikul amanah menawar dan membangunkan kursus-kursus yang dianggap kurang mendapat pasaran. Misal bidang falsafah, kesusasteraan tempatan, bidang agama, seni, budaya dan warisan. Industri mana agaknya yang memerlukan bidang ilmu ini secara berterusan, kalaupun ada?
Wajarkah oleh kerana tidak ada pasaran bidang-bidang ini dicicirkan dengan sengaja seperti menutup kilang yang rugi? Sudah tentu tidak, kerana apa yang dipentingkan oleh universiti adalah nilai ilmu tersebut berbeza dengan industri. Ternyata terdapat percanggahan nilai ilmu di sini.
Diandaikan sebuah universiti itu adalah "kilang," perhitungannya teramat mudah sekali; lantas IPT swasta lebih berkecenderungan tidak menawar kursus yang tidak laku di pasaran, tidak kira setinggi mana sekali nilai ilmunya! Maka tidak hairan, hampir tidak ada IPT swasta yang menawarkan bidang-bidang tersebut. Kalau ada pun umpama seni, kerana ia boleh dipasarkan! Anehnya IPT swasta rata-rata dianggap lebih berjaya dan kos-berkesan berbanding dengan IPT umum kerana mereka pandai memilih-milih kursus untuk diperagakan.
Ringkasnya, kekusutan ini timbul kerana kita masih tidak jelas tentang apa yang dikatakan "universiti"? Adakah untuk tujuan pasaran semata-mata, seperti yang sering dipolemikkan? Jika ya, apakah akibatnya nanti jika universiti menjadi Pak Turut kepada telunjuk pasaran dengan anggapan ia juga adalah tuntutan negara?
Untuk menjawabnya lihat sahaja apa yang berlaku hari ini di mana Malaysia dikatakan terperangkap dalam tingkat ekonomi sederhana. Antaranya ia disebabkan bahawa universiti atau IPT kita, baik awam mahupun swasta gagal menyediakan graduan untuk tingkat ekonomi yang lebih tinggi gara-gara memenuhi permintaan pasaran yang agak ketinggalan dalam usaha ini.
Dengan kata lain pasaran yang ada tidak langsung berupaya/berminat menjangkau masa hadapan, malah terus ketinggalan agak jauh ke belakang.
Ambil contoh, bidang bioteknologi. Pasaran untuk graduan berkemahiran dalam bidang ini amat terhad, malah tiada langsung beberapa tahun yang lalu.
Jadi apa yang hendak disepadankan jika tiada pasaran, atau terlalu kecil untuk menjadi penentunya. Lantas kita terus tercicir dalam bidang bioteknologi kerana "universiti" kita hanya dikehendaki "mengisi" pekerjaan yang ada dan bukan mengambil risiko membina pekerjaan hari esok.
Jadi tidak hairanlah jika ekonomi kita "terperangkap" dan sukar berkembang maju berlandaskan kepesatan bidang-bidang baru, kerana tiada permintaan pasaran! Hal ini berlaku lagi apabila jika berbincang tentang bidang nanoteknologi sedangkan negara saingan kita telah mencurahkan ribuan juta membangunkan bidang-bidang baru melalui "universiti" mereka.
Di negara maju, universiti menjadi penyuluh masa hadapan untuk membuka pasaran baru dan membina kekayaan negara agar ekonomi mereka terus meningkat maju. Malangnya di Malaysia sebaliknya. Malah "universiti" didesak mengikut telunjuk pasaran bersuluhkan industri yang ada - tidak kira sejauh mana ia tercicir ke belakang, ataupun industri matahari terbenam asalkan sahaja mereka menawarkan pekerjaan.
Oleh itu, apa yang diperlukan bukannya overhaul, tetapi lebih hebat daripada itu. Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengesyorkan tidak kurang daripada "revolusi pendidikan" untuk menangani masa hadapan Malaysia. Ini juga bermasuk "asas" pendidikan yang ada perlu di pugar semula melibatkan semua pihak, peringkat dan dasar.
Perubahan tempelan di sana-sini umpama proses overhaul pada "benda yang lama" lagi usang tidak lagi memadai; dan akan hanya membuang masa dan tenaga sahaja kerana keadaan sudah terlalu banyak berubah, dan tidak lagi sesuai, termasuk konsep sebuah "kilang." Apa lagi jika dihitung hari muka.
Inilah penyelesaian pokok yang perlu segera dilaksanakan. Soalnya bila, kerana ia menuntut satu bentuk keberanian untuk meroboh dan merubah dari segenap lapisan politik, ekonomi dan sosial?
p/s: entri ini disalin dari blog ini. apa yang UMNO buat selama ni sampai nak kena 'overhaul' pula universiti kita ni? entri berikutnya akan mengulas mengenai penjenamaan semula maktab perguruan yang indah kata dari prasarana (IPGM?apa tu?) -->gambar di atas walaubagaimanapun tiada kena mengena dengan entri ini.

Tuesday, September 22, 2009
Vladivostok
di Mitos Pawana.
Sunday, September 20, 2009
Tetapi adalah tetapi.
Apakah rasanya menjadi manusia yang tidak Merdeka pada tahun ini, berhari Raya ataupun menyambut hari lahirnya sendiri?
Masih saya ingat, Sarjan Fadhil, ketua unit semboyan PBSM SMK Khir Johari, agak gelap tetapi bergigi putih. Bersama-sama mereka adalah sekumpulan anak muda yang tabah, Koperal Rizal, Koperal Faiz dan Koperal Hazwan.
Bukan apa, saya akan sentiasa mengenang betapa remaja boleh berubah menjadi sangat tabah ketika berada di dalam disiplin.
Faridah, kenalan rapat, kini telahpun menjadi seorang doktor. Khabar terakhir yang sempat saya terima, mungkin sudah bertugas di sekitar kawasan Tanjung Malim atau Slim River.
Haniza, graduan UPM, juga kenalan rapat saya sewaktu di tingkatan satu hingga tiga. Selain beliau, Huda, Ipin, Bean, Napi dan ramai lagi rakan sekelas adalah murid rancangan khas yang dibawa dari sekitar daerah Batang Padang, kebanyakannya dari Felda Trolak dan Besout. Sekolah di Tanjung Malim ini ada menyediakan asrama buat murid rancangan khas yang jarak rumahnya jauh.
Wan, rakan comel yang agak rendah dari Kuantan, juga adalah rakan sekelas yang banyak bersama saya sewaktu saya bersekolah di Cheras. Batch saya, SMSS 02 adalah batch terakhir pihak kementerian membawa masuk para pelajar yang prestasinya menjanjikan dari tanah rancangan Felda di seluruh negara. Maka memang ramai rakan saya se-batch berasal dari Felda.
Ah, terbaru saya baru sahaja menghadiri majlis perkahwinan seorang anak murid abah, seorang pensyarah muda di UPSI. Khabarnya sudah mempunyai sehingga 4 rumah, dengan tanggungjawab sebagai pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta terkemuka. Beliau menjalankan majlis persandingan santai yang ringkas di rumah ibunya, Felda Sungai Behrang.
Fadhil, Rizal, Faiz, Hazwan dan Faridah adalah dari Felda Sungai Behrang. Haniza dan Bean (kini masih di luar negara melanjutkan pelajaran) dari Felda Besout. Napi dan Ipin dari Felda Trolak. Wan juga dari Felda di Pahang.
Siapakah yang dapat menafikan kehebatan generasi kedua dan ketiga para peneroka Felda di negara ini kini?
Diri saya sendiri sangat rapat dengan warga Felda sejak dari dulu lagi. Mana mungkin saya mampu untuk memandang rendah kepada rakan-rakan yang kini jauh lebih advance dari saya dari pelbagai aspek kehidupan.
Tetapi adalah tetapi. Pepatah berbunyi sebab mulut badan binasa.
Walau apa pun, saya akan biarkan Tuhan menghakimi saya. Tuhan lebih mengetahui apa yang saya maksudkan di dalam hati. Tuhan maha mengetahui segala sesuatu yang telah terjadi.
Kadangkala, nasi memang ditakdirkan untuk menjadi bubur kerana perancangan-Nya, hanya yang Hak mengetahuinya.

Selamat menyambut Eid Mubarak.
Maaf lahir dan batin.
Ingat saudara mara seagama kita di Palestin.

Wednesday, September 16, 2009
Bangganya menjadi anak 1 Malaysia!
Oh, bagusnya, nama Malaysia akan lebih gah begini!
Lebih-lebih lagi dengan warna-warni begitu, sungguh meriah rasanya. Akan lebih meriahlah dunia Formula 1 nampaknya tahun hadapan!
Lebih-lebih lagi, akan memanfaatkan tenaga kerja di Malaysia?
Wah wah wah..sungguh hebat YAB Perdana Menteri kita kali ini!
Sungguh bijak berbelanja ya!
p/s: dengar khabarnya, biasiswa KPM akan ditukarkan kepada PTPTN untuk mengurangkan kos tampungan yang pihak kerajaan sedang biayai..sungguh berhati mulia kerajaan YAB Perdana Menteri, potong duit biasiswa pendidikan anak 1 Malaysia untuk buat kereta Formula 1 ya..yalah, akan menguntungkan sektor pelancongan dan automotif negara kelak..anak-anak 1 Malaysia belajar sambil berhutang pun tak apalah..ekonomi negara didahulukan, pendidikan dikebelakangkan..
Subscribe to Posts [Atom]